Dari Nami Island kami terus bergerak ke Mount Seorak. Mount Seorak ni terletak agak jauh dari kawasan bandar. Perjalanan dari Nami Island ke sini pun lebih kurang 3 jam setengah ye. Kalau anda ke sini adalah lebih baik sekiranya dapat bermalam di sekitar Mount Seorak. Sebabnye, Korea ni pada musim luruh waktu malamnya sangat cepat. Pukul 5.30 petang pun dah gelap. Gelap seperti pukul 8.00 malam. Mula2 tu ingat macam dah lewat sangat kami check-in hotel tapi rupanya awal lagi. Cuaca pulak semakin sejuk pada waktu itu, sudah turun ke 5 Degrees. Erkkk... tak faham apa yang ditulis Ada toilet di sekitar kawasan ini. Mereka guna air gunung - sejuk giler! Kami sampai di Mount Seorak ni pun sudah lewat. Kiranya perkhidmatan cable car yang kami naiki adalah yang terakhir ke puncak gunung. Sebenarnya kat sini anda boleh buat aktiviti mendaki tau. Tapi kami tak berpeluang nak buat aktiviti tersebut. Mount Seorak ni kira macam national park yang
~A Dream Catcher~