Skip to main content

MUSIM BUNGA DI FRANCE & GENEVA ~ PERSIAPAN & DAY 1


Aci tak mulakan entry dengan gambar seperti di atas? Hehehe.. Buruk betul rupa orang over excited ni kan. Nak buat camne, memang pun Nufa teruja sangat nak share my first trip experience to Europe dengan uols semua. Musim bunga kali ni panjang sket kaki melangkah. Alhamdulillah - akhirnya dapat juga Nufa menjejakkan kaki ke sini. Benua eropah adalah antara tempat yang Nufa nak sangat pergi tapi dalam masa yang sama rasa bimbang dengan keadaan diri yang mabuk udara a.k.a motion sickness. 





Tahu tak betapa mencabarnye traveler macam Nufa nak mengatasi penyakit mabuk udara ni?  Sampaikan pernah satu tahap rasa macam tak mau lagi dah travel jauh2. Sebabnye dulu Nufa pernah la travel kebih kurang 8/9 jam dan badan jadi lembik kerana asyik muntah sepanjang perjalanan. Masa tu Nufa tak tahu pun yang badan tak boleh adopt dengan tekanan udara yang rendah di dalam kapal terbang semasa berada di ketinggian beribu-ribu kaki dari paras laut. Yeaa.. jangan main2 dengan penyakit ni tau. Mujur sekarang sudah ada pil untuk mengurangkan symptom mabuk udara ni. Jadi adik2, silalah dapatkan pil tahan muntah ini di farmasi berdekatan anda, okeh! Pun begitu  tetap jugak la kau merancang trip seterusnya ke tempat yang jauh2 kan Nufa? Dasar traveler tegar memang begitu *mata ke atas tangan di bahu*




Bercerita pasal persiapan ke Europe ni sebenarnye takde lah banyak sangat berbeza seperti persiapan Nufa ke Korea dua tahun lepas. Boleh cek balik persiapan yang Nufa buat di      KOREA ye. Cuma kali ni terdapat penambahan sedikit dari segi bekalan makanan yang Nufa perlu bawa. Maka sebelum berlepas, Nufa sudah sediakan list makanan yang Nufa akan bawa ke sana. Contoh macam instant food Pak Brahims, beras, sardin, biskut, coklat, meggi and so on. Nufa sediakan senarai makanan ni dalam dua salinan dan Nufa simpan dalam hand carry backpack untuk memudahkan proses bila ditanya pihak imigresen Perancis. Kita kena declare tau makanan apa yang kita bawa. Nufa agak bernasib baik sebab semasa berada di sana, pihak imi tidak terlalu cerewet. Mereka tak cek pun barang apa yang Nufa bawa. Rasanye travel ke Eropah ni tidak terlalu rumit kalau dibandingkan travel ke Australia. Alhamdulillah everything smooth aje ketika proses bersama pihak imigresen.





Untuk pengetahuan, kali ini Nufa tidak menggunakan khidmat travel agency tau. Nufa ikut satu kelab kembara yang berkonsepkan ala adik-beradik yang agak aktif merempit di negara2 sekitar benua eropah. Sebab utama Nufa memilih untuk mengikuti kelab kembara ini adalah kerana route serta lokasi yang dibawa agak rare daripada apa yang ditawarkan oleh mana2 travel agency yang lain. Kami menginap di homestay yang terletak di pekan kecil Annecy serta hotel budget yang boleh dikatakan agak selesa juga. Jadi bila kena duduk di homestay tu kena faham2 la ye. Pinggan mangkuk, toilet, sampah-sarap semua kena uruskan sendiri. Macamana bersihnya rumah tu semasa kita masuk, macam tu jugak la keadaan yang sepatutnya bila keluar dari sana. Makan pula samada masak bersama-sama, makan bekal yang dibawa dari Malaysia atau beli aje di luar.  


Konsep travel kali ni lebih kepada konsep road trip. Peserta sendiri diberi peluang untuk merasai pemanduan di sana. MPV yang kami sewa sudah tersedia dengan GPS yang boleh berbahasa Inggeris. Jadi tidak la sukar sangat walaupun ada masanya tersesat juga la. Hahaha.. Kena ingat ye dekat France ni masalah utama adalah language barrier. Masyarakat sana agak friendly, kita boleh nampak mereka sangat membantu pelancong yang datang cuma nak berkomunikasi tu agak susah. Trip ini sesuatu yang sangat berlainan dan boleh dikatakan agak adventures. Secara jujur, Nufa rasa konsep travel begini sangat tidak sesuai untuk pelancong yang sudah terbiasa disediakan segala-galanya from A-Z. Kalau anda sejenis manusia yang sukakan kelainan, suka menikmati alam semulajadi serta sihat tubuh badan, boleh cuba konsep road trip ini. Sekali seumur hidup kena cuba. It's kinda fun though. 






Penerbangan bersama Qatar airline dari KLIA ke CDG airport mengambil masa lebih kurang 13-14 jam, tidak termasuk waktu transit. Kami transit di Doha selama 3 jam.  Nufa suka sgt dgn Hamad International Airport nih, serius suka! Cabin crew Qatar pun baik2, makanan banyak serta sedap sampaikan dah tak larat nak makan sebab kenyang. Nanti Nufa akan buat satu entry khas untuk Qatar Airline dan Hamad International Airport. Tunggu tau.




Yeeaayyy!! da sampai France uols


Kita lepak dulu sementara menunggu kedatangan peserta dari penerbangan Emirates





Perjalanan berbelas jam memang akan menghasilkan penampilan yang selebet dan serabai. So kau sabar je la tengok muka comot aku ni ye :-p 





Lupa nak bagi tau, untuk trip ini Nufa menghabiskan lebih kurang RM6K seorang. Kos sudah termasuk dengan tiket penerbangan, ground package [makan serta entrance fees excluded] serta travel insurance. Tiket flight sebenarnye boleh beli sendiri. Sebab itu ada di antara peserta yang menaiki penerbangan Emirates. Ada pula di kalangan peserta yang tiba awal kerana bercuti ke negara lain di eropah sebelum mengikuti trip ini dan ada juga yang pulang lewat kerana ingin menyambung percutian. Trip yang Nufa ikut ni sangat flexible. 





Antara hentian RnR yang sempat kami singgah

Waktu pada masa ini adalah pukul 8.00 malam. Terang benderang lagi uols!


Dari CDG Airport ke homestay kami di pekan kecil Annecy mengambil masa selama 7 jam perjalanan. Boleh bayangkan tak berapa puluh ribu km dan jauhnya kami mengukur jalan pada hari pertama lagi. Hahaha!! Berhenti banyak kali juga di setiap RnR yang terdapat di sepanjang highway. Nak bagi tau RnR dekat France tak sama macam RnR dekat Malaysia ni ye. Jangan harap nak tengok banyak kedai makan serta petrol pump pelbagai brand. Itu semua takde ye. Keadaan RnR kat sana pun sunyi aje. Satu-satunya kedai yang ada pun cuma sama level macam 7E dekat Malaysia. Walaupun begitu complete dengan toilet dan hot chocolate yang sedap. Coffee dekat sana semestinye sedap lah kan. Tapi itu lah, macam yang Nufa cakap tadi, sukarnya untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sana. Lain yang Nufa order, lain yang dapat. Adohh.. memang lawak jadinya. Yang terer cuma setakat bonjour je kan, itu pun pronunciation ke laut. Lantak lerr..




Yang pasti toilet kat sana bersih dan wangi. Tak kiralah samada toilet dalam kedai RnR atau toilet awam disepanjang highway. Kena bagi kredit untuk tahap kebersihan mereka. 










Antara pemandangan menarik di sepanjang perjalanan. Taburan bunga canola seperti menyambut ketibaan kami. Cewah!! 



Kami sampai ke homestay agak lewat, sudah tengah malam kerana berlaku kerosakan pada 2 daripada 4 buah MPV yang kami sewa. Operasi menyelamat dilakukan dan terpaksa berpatah balik untuk menjejaki MPV yang rosak di lebuhraya dengan cara keluar masuk kampung. Ye, kami keluar masuk kampung orang di tengah malam buta. Dengan suasana yang gelap-gelita, sunyi dan cuaca sejuk di musim bunga terasa macam duduk dalam The Twilight Zone plak. Agak jauh juga untuk berpatah balik walaupun berpandukan pada GPS kenderaan dan GPS smartphone masing2. 


Nufa sebenarnye tak berani nak komen lebih2 sebab masalah teknikal ini adalah sesuatu yang di luar kawalan. Cuma rasa bersyukur sangat kerana peronda highway di sana serta pihak workshop kereta sewa terlibat sangat membantu. Nufa cuma berharap mereka boleh ambil lebih ramai pekerja yang boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris atau menyediakan kelas Bahasa Inggeris untuk pekerja2 mereka. Ini aje kekurangan bila kita travel ke negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Mati kutu jadinye bila berdepan dengan masalah begini. 




Menarik kan hari pertama Nufa di bumi Perancis? Hehehe.. Well, bila kita menggembara macam-macam perkara akan kita jumpa dan tempuh. Chillax aje - kata nak kutip pengalaman. Kan?





Jumpa lagi pada next entry ye.



Daaaa...



Related link |











Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,