Assalammualaikum readers. Sorry lama dah tak update blog picisan kesayanganku ini. Sebenarnye Nufa ada dua entry yang masih pending lagi iaitu entry tentang percutian di dalam negaraku Malaysia. Tapi Nufa terpaksa hold dulu entry tu sebab Nufa tengah usahakan untuk mengumpul kembali semua info serta gambar supaya nanti kita semua dapat manafaat bersama ye. Untuk entry kali ni izinkan Nufa menulis tentang Perth. Orang lain dah lama sampai ke Perth tapi Nufa baru je jejakkan kaki ke sana September lepas. Itu pun disebabkan cuti tahun ini dah tak banyak, maka terbang aje la ke Perth tu 😁
Nufa ke Perth selama 5 hari 4 malam dan trip ini Nufa ambil pakej daripada CARAVANSERAI HOLIDAYS. Overall Nufa puas hati je dengan pakej ini cuma satu je la kekurangan yang kalau boleh Nufa nak highlighted kat sini iaitu mereka tidak beri kami Tour Leader sepanjang dalam penerbangan dari KLIA2 ke Perth dan dari Perth balik semula ke KLIA2. Tour Leader hanya tunggu kami di sana walaupun pada masa itu group kami agak besar dalam 40 orang. Agak aneh juga la, sebab untuk group sebegini besar sepatutnya Tour Leader disediakan dari KLIA2, dalam penerbangan dan sehinggalah habis trip. Nufa tak pastilah macamana cara mereka beroperasi. Bukanlah kita nak cerewat bagai, tapi tahu tak dalam trip itu ada diantara peserta yang baru kali pertama melancong ke luar negara. Bayangkan camne blur nye peserta tersebut. Ini adalah trip ke Australia yang kita memang tahu agak strict immigresen kat sana. Nufa pernah suarakan juga hal ini pada salah seorang agent/TL caravanserai, tapi lepas tu kena blocked pulak di fb. Haru sungguh perangai hang noooo... Tak boleh ditegur kah? 😏
Sebab itu walaupun Nufa travel dengan mana-mana travel agency, Nufa akan pastikan pergi ke sana dengan seberapa banyak maklumat yang boleh Nufa dapat.
Actually Nufa takde la excited sangat nak explore Perth sebab orang selalu kata Perth ni macam agak bosan, tak happening & aktiviti penduduknye pun slow aje kat sana. Samada betul atau tidak apa yang orang kata tu, kena baca entry Perth ni sampai habis tau. Lepas tu plak, nak masuk ke Australia sekarang dah macam2 halangan. Banyak makanan yang kita tak boleh bawa ke sana dan yang paling kritikal adalah masalah dengan Visa. Disebabkan itulah, Nufa ambil keputusan untuk ambil saja pakej dari Travel Agency (TA). Kurang sket sakit kepala memikirkan tentang Visa ni semua. Dan sukalah Nufa nasihatkan di sini, sekiranya anda ingin ke sana secara persendirian, sila selesaikan urusan Visa ni dahulu sebelum anda booking ticket flight and so on. Ini kisah benar ye, ramai yang terpaksa menangguh atau membatalkan terus percutian disebabkan masalah Visa ni. Nak buat macamana, rakyat Malaysia sendiri yang bikin onar. Menyalahgunakan visa pelancong untuk kerja petik buah di sana. Bukan setakat di Perth, semua tempat di Australia sangat sensitif dengan permohonan pelancong dari Malaysia ni. Kan dah susah tu? Ikut hati nak je aku rotan sekor-sekor. Jadi jalan yang paling mudah, ikut sajalah mana-mana pakej yang reliable yang ada menawarkan pakej perjalanan ke Perth. Itu pun belum tentu mudah lagi sebab Immigration Australia ni antara immigration yang paling strict di dunia. Memang nervous jadinye nak ke Perth ni weyy... Berbulan cari maklumat sebab taknak bersoal jawab dengan pegawai immigration tapi tetap jugak kena soal-jawab. Yaaa.. apa pun tak boleh. Lulz!

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa masih lagi kena bersoal-jawab walaupun dah ikut TA. Dalam penerbangan ke Perth, cabin crew akan bagi kita satu declaration form. Dalam form tu kita kena tulis segala maklumat yang berkaitan dengan diri, alamat penuh tempat tinggal semasa di Perth, contact number waris yang boleh dihubungi di Malaysia serta barang yang dibawa. Kita kena declare segala barang yang kita bawa masuk ke sana termasuk la segala ubat-ubatan ye. So sila la declare, jangan tipu nanti kena denda! Denda pula bukan sikit punye amount ye. Silap-silap bukan setakat denda aje tapi boleh dipenjarakan terus atas tuduhan menyeludup. Kena ingat juga bukan semua jenis makanan boleh dibawa ke sana. Jadi apa yang boleh dibawa ke sana? Nah sila rujuk & baca website ni AUSTRALIAN HIGH COMMISSION, Nufa malas nak tulis. Hewhewhew..
Untuk kes Nufa plak, Nufa declare ubat-ubatan. Nufa travel dengan warga emas, jadi banyak ubat yang dibawa. Selain tu Nufa turut membawa pek makanan Brahim's serta biskut. Walaupun Nufa dah hulur senarai makanan serta ubat-ubatan kepada pegawai immigration tu, tetap juga diarahkan untuk ke kaunter khas ye. Nebesnye mak nakkkk... apa lagi yang tak kena ni kan? Hahahahaha! Takde apa pun sebenarnye, mereka cuma nak pastikan yang kita tahu dan declare benda yang betul aje. Tak perlu buka beg pun. Dan yang bestnye lagi pegawai yang menyoal kami tu siap boleh berbahasa Melayu. Cisss!! Buat lawak di pagi hari namanye ni 😝😝😝
Flight kami sampai ke Perth Airport seawal 5.00 pagi. Jadinye kami tak perlu jumpa pun anjing pengesan tu. Alhamdulillah & lega sangat wehh!! Hahahaha.. Oh lupa, kami menaiki penerbangan AirAsia dari KLIA2 dan perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam lebih saja untuk sampai ke bumi Kangaroo ini.
Senget-senget mulut nak sampai ke Perth 😆 |
Nampak tak muka kami yang gembira tu? Hahahaha.. Ok sebelum tu Nufa nak cerita, sesiapa yang memilih untuk membeli simkad di Perth, dekat airport ada dua pilihan telco yang terkenal iaitu OPTUS & VODAFONE. Pilih la mana yang sesuai kerana dua-dua pun ada pakej tersendiri. Anda akan lihat dua2 telco ni sebelum melalui pintu keluar Perth Airport. Senang nampak, jangan risau. Staff mereka pun sangat friendly dan akan membantu anda untuk membuat pendaftaran nombor sehingga selesai. Nufa tak beli pun simkad ni sebab Nufa roaming saja. Kebetulan pula masa tu Celcom ada tawarkan pakej roaming pass 7 days 3 in 1. Partner celcom disana adalah Telsa. Pakej ni Nufa bayar dalam RM138 dan Nufa sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi kerana line disana sangat bagus, takde tersangkut-sangkut. Smooth aje.
Sedikit perkongsian la ye, kalau ada yang cakap musim bunga di Perth tak sejuk - itu tipu! Cuaca sejuk okeh. Sila la bawak jacket tebal. Cuaca ketika itu lebih kurang 15 Degree di waktu siang dan boleh jatuh dibawah 10 Degree pada waktu malam. Jacket, stokin tebal & long john perlu dibawa. Mafla serta gloves tak perlu sangat la. Cuaca di Perth ni sukar dijangka, tapi kalau datang ke sini semasa musim bunga, tetap akan terasa sejuknye.
Next entry Nufa akan share tentang CAT bus yang kami guna semasa disana serta serba sedikit tentang Perth city. Tunggu tau! Daa...
#Latest info - tiada keistimewaan visa kalau anda follow Travel Agency sekalipun. Pihak Australia tetap boleh menolak visa anda walaupun anda datang dibawah mana-mana travel agency. Semoga urusan kita semua dipermudahkan, amin.
Comments