Salam uols..
Sebelum blog menjadi semakin bersawang, bak kata seorang reader tu (Ahahahahaha!!) - Moh ler kita sambung cerita tentang Nami Island & Seoraksan Mountain. Kami sampai di Incheon Airport lebih kurang dalam pukul 8 pagi waktu Korea & group kami disambut oleh Ms Judy selaku wakil dr JOY & ADVENTURE TRAVEL. Mereka ni adalah ground supplier di Korea. Group kali ni pun tak ramai, 12 orang je & all of them adalah peserta dewasa. Untuk pengetahuan semua, waktu di Korea adalah sejam lebih awal dr waktu di Malaysia. Maknanya pukul 8 pagi Korea = pukul 7 pagi di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan dari Incheon Airport ke Nami Island adalah lebih kurang 2 jam tau. Anggaran kelajuan pemandu bas waktu tu sekitar 130km/h. Terasa laju betul ahjumma tu bawa. Ye, ahjumma okeh. Jangan terkejut kalau driver bas/van anda adalah seorang makcik. Orang2 Korea ni kuat bekerja & kita boleh lihat mereka ni sangat aktif dan sihat walaupun sudah berusia 60 tahun.
Sepanjang kami berada di sana, pihak Ms Judy menyediakan bekalan mineral water di dalam bas. Air aje, makan2 takde tau. 2 jam perjalanan tu lama ye adik2. Dalam masa 2 jam tu apa yang Nufa boleh simpulkan adalah:-
- Orang Korea ni sangat patriotik. Kebanyakan mereka menggunakan kereta jenama Korea seperti Hyundai & Kia. Macam2 model yang kita tidak pernah lihat ada kat sana.
- Dari Incheon Airport tu kami melalui banyak tol ye. Bukan Malaysia aje yang banyak tol, Korea pun sama ðŸ’
- Bukan setakat tol, tapi banyak terowong juga. Ada yang pendek & ada terowong yang panjang. Bentuk muka bumi Korea kan berbukit-bukau.
- Pemandu mereka kategori berhemah juga la. Tidak gelojoh & kasar.
- Bas yang kami naiki tu dipanggil van kat sana. Tapi kalau compare dengan van yang ada kat Malaysia, kita akan panggil ia sebagai bas mini. Hewhewhew...
- Ms Judy ni adalah lulusan universiti & sudah lama bekerja sebagai tour leader. So banyak info yang dia kongsikan di sepanjang perjalanan kami terutama mengenai budaya, undang2 & sejarah Korea. Walaupun begitu, kami kadang2 kurang faham juga apa yang dia ceritakan sebab accent Korea beliau sangat pekat & kami pun sebenornye keletihan. Hahahaha!!
- Ms Judy boleh berbahasa Melayu sikit2. Walaupun tak berapa fasih, tapi agak membantu juga.
Our first meal in Korea :-) |
Ni namanya makanan Korea :-p |
Sebelum ke Pulau Nami, kami singgah makan tengahari di satu kedai yang berdekatan dengan pulau tersebut. Minta maaf, lupa plak nak catit nama kedai tu, tapi memang berdekatan sangat dengan pintu masuk Nami Island. Kalau kena makan bersila macam ni maknanye sebelum masuk ke kedai sila buka kasut ye. Lepas tu jangan merungut cakap lauk macam tak cukup. Sebab lauk-lauk ni akan ditambah sepanjang masa selagi mana korang mampu nak makan.
Nasi tu pun, nampak aje macam seciput tapi sangat mengenyangkan sebab mereka kat sana guna beras yang berbeza daripada kita. Nasi tu kenyal macam pulut. Kalau tak cukup jugak boleh minta tambah. Serius cakap mula2 aje Nufa rasa macam tak cukup tapi lepas daripada tu Nufa makan separuh aje nasi tersebut. Nufa lebih enjoy makan lauk2 mereka. Makanan diaorang pun nampak sihat aje. Rebus2 macam tu. Air minum pulak, air kosong je uols. Takde air2 manis ni sume okeh.
On the way to Nami Island |
Eh! tetiba ada bendera Malaysia |
Hey Kang Jung Sang!! |
- Ferry ke Pulau Nami cuma mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja.
- Ferry yang membawa kami ke Pulau Nami ni adalah feri 2 tingkat, anda boleh memilih untuk berada di tingkat atas atau di bawah. View dari tingkat atas lebih cantik. Nufa sendiri memilih untuk berada di tingkat atas semasa Ferry balik ke jeti. Takde kerusi tau dalam Ferry ni, kita kena berdiri.
- Harga tiket masuk ke Pulau Nami & ferry adalah di antara 8000-10000 KWon. Sorry - lupa sudah. Hiks!
- Pulau Nami berbentuk bulan sabit dan berkeluasan 460000 persegi. Nufa tak pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk explore keseluruhan pulau tersebut. Untuk mereka yang mengikuti pakej percutian ke sini, anda kena bijak menguruskan masa. Macam kami, masa yang diperuntukan adalah selama 1 jam 40 minit saja - termasuklah waktu untuk bersolat ye #sedih
- Maka sebaik saja sampai ke Pulau Nami, jangan buang masa berhenti sana-sini, terus aje ke tempat wajib iaitu lokasi pengambaran cerita Winter Sonata. Lokasi tempat tersebut lebih kurang 700 meter dari pintu masuk. Ada kes dimana pengunjung tak sempat ke sana kerana leka dengan spot yang cantik2 di dalam kawasan pulau. Menangis tak berlagu la dik kalau tiba2 tour guide cakap masa dah tamat kannn..
- Surau terletak di tingkat 2 dalam kawasan library. Tidak jauh dari pintu masuk Pulau Nami. Surau juga sangat selesa.
- Cenderahati yang dijual di sini, harganye sangat la mahal.
Surau kat dalam library tu.. |
Pulau Nami ni memang cantik. Apa musim pun, kecantikannya tetap ada. Walaupun Nufa ke sini pada penghujung musim luruh, Pulau Nami tetap kelihatan menarik. Sepanjang berada di pulau tersebut kita akan diperdengarkan dengan lagu-lagu dari drama Winter Sonata. 1 jam 40 minit yang pihak travel peruntukan sebenarnya tak cukup tau. Dengan cuaca yang sejuk2 manja, memang seronok & sangat menenangkan fikiran la berjalan-jalan di sekitar pulau tersebut. Warga Korea sendiri suka menghabiskan masa kat sini.
Bye-bye Nami Island. Ada rezeki kita berjumpa lagi.
Related link |
Comments