Skip to main content

HO CHI MINH CITY ~ VIETNAM

 Aduhai, bersawang sudah blog Nufa. Banyak comment yang terlepas pandang untuk entry sebelum ini. Nufa cuba balas sebarang pertanyaan walaupun agak lewat ye. Minta ampunn..

Nufa sebenarnya serba salah juga nak share entry Ho Chi Minh City (HCMC) sebab Nufa ke sana hujung tahun lepas atas urusan kerja. Tak berjalan sangat pun sebab fokus pada kerja. Eceh! Tapi itu la, nak share juga sebagai rujukan diri sendiri pada masa akan datang. Jangan expect lebih tau entry kali ini, Nufa banyak habiskan masa dekat hotel & Malaysia Embassy aje semasa disana. Tapi lepas tu baru sedar rupanya dah lama Nufa tak fly, patut la sakan ambil gambar epot! Hahaha.. 

Ada yang rindu KLIA ke?


Nak jugak share gambar passport yang hampir expired

Kebanggaan rakyat Malaysia



Tempat chager ni sentiasa fullhouse!





Jarak perjalanan dari KLIA ke HCMC sekitar 2 jam sahaja. Ikutkan ini lah "trip" luar negara yang paling singkat untuk Nufa. Takde jetlag, tak sempat nak tido lena. Sekarang baru Nufa faham kenapa Mak-Mak kita suka sangat pergi negara Asian. Sebab jarak pendek, maka kurang penat. Nak bagitahu, dekat airport Nufa masih kekalkan pemakaian facemask tau. Covid kan masih ada. Atas sebab ini juga lah, Nufa masih tak konfiden nak fly lagi. Hurmmm..


Nufa nak bagi tau ni, kalau anda menaiki Vietnam Airline sila minta halal menu semasa menempah tiket penerbangan. Kalau tak request memang tak dapat menu halal ye walaupun menunya sama.



Eh, cantik juga Sungai Mekong ni

Hanya penumpang tertentu aje dibenarkan menaiki kenderaan khas ini ye, ahaks!


Rupanya dekat Vietnam ini ada banyak airport tau dan Vietnam sendiri pun besar. Kalau nak pergi HCMC, kena pilih Tan Son Nhat International Airport (SGN). Jangan tersilap pergi ke Hanoi atau mana-mana airport. Jauh perjalanan nanti. Nufa akan sediakan satu entry khas pasal airport ini. Ada perkara yang kita kena beri perhatian semasa di sana.



Axia tak rahmah








Sesiapa yang sudah pernah sampai HCMC pasti akan bersetuju kalau Nufa cakap keadaan lalu lintas dekat sana sangat la mencabar jiwa pemanduan rakyat Malaysia. Traffic light yang ada seolah-olah sekadar perhiasan aje ye. Di sesetengah kawasan, lampu hijau, kuning, merah semua mereka langgar. Bunyi hon pulak adalah wajib di sepanjang pemanduan. Kalau kena memandu sendiri, rasa macam blur - confused - teragak-agak juga la. Silap-silap menangis dekat tengah jalan raya tu. Begitu la kehidupan..

Satu masalah utama dekat Vietnam ini adalah susahnya mencari makanan halal. Disebabkan Nufa ke sana atas urusan kerja, maka Nufa terpaksa memilih hotel yang terletak di sekitar Malay Street, Ho Chi Minh. Empat hari di sana, jemu pula nak makan roti & meggi hari-hari kan? Ada beberapa pilihan hotel di sepanjang Malay Street, pilihlah ikut budget masing-masing. Nufa menetap di Cochin Sang Hotel yang terletak betul-betul di hadapan deretan kedai makanan halal di situ. Penginapan ini sudah termasuk dengan breakfast tapi pihak hotel dah informed awal-awal menu yang disediakan tidak halal. Walaubagaimanapun, tetamu Muslim mereka boleh menikmati sarapan pagi di rangkaian hotel mereka yang lain iaitu Aluna Ben Thanh.

Cochin Sang Hotel


Jarak Cochin Sang Hotel dengan Aluna, just a few step away aje. Nak mudah duduk terus dekat Aluna. Tapi disebabkan company yang pilih hotel, kita layan aje lah. Cumanya Nufa perhatikan kebanyakan hotel dekat HCMC terletak di antara deretan bangunan di situ. Jadi saiznya tidak la terlalu besar dengan kapasiti penggunaan lift tidak lebih daripada 4/5 orang. Nak ke lobby hotel bertangga pula tu. Kalau ada masalah lutut atau kaki, mencabar juga. 

Korang pilih la nak makan kat mana





Tandas hotel takde bidet, harap maklum



Syahdu betul kena tidur sorang-sorang kat sini. Sudah la setiap malam dengar bunyi orang mengemas bilik. Apo la housekeeping ni, buat kerja tengah malam pula 😝 👻👻

Personally Nufa rasa agak convenient juga duduk dekat Malay Street walaupun keadaan sekitar agak serabut. Sebelum Covid tempat ini agak popular & crowded dengan pengunjung Muslim. Selain mudah dapatkan makanan halal, pada waktu malam macam ada bazar dekat bawah hotel. Memang happening! Tapi masa Nufa ke sana hujung tahun lepas, aktiviti malam macam dah berkurang. Kalau nak shopping barangan Vietnam, kena menapak ke Ben Thanh Market yang tidak jauh dari hotel sebab di situ pilihan lebih banyak. Dari tingkap bilik hotel, boleh nampak bumbung Ben Thanh Market tu ye. 

Ada beberapa buah kedai currency exchange/ money changer tidak jauh dari Ben Thanh Market. Nilai tukaran dekat sini jauh lebih baik kalau dibandingkan tukar di Malaysia. Cuma kena queue up sikit la.  Ada peniaga yang terima mata wang Malaysia juga. 



Tour company ini terletak di bawah hotel aje. Syarikat Muslim




Semasa Nufa ke sini, ada kenalan yang ingatkan supaya berhati-hati dengan scammer. Scammer kacang tanah & scammer kipas tangan/ souvenir tempatan antara yang disebutkan. Peniaga-peniaga ini  kerap approach tourist di sekitar perkarangan hotel. Selain itu, Nufa juga ada dengar tentang scammer teksi. Risau pula Nufa nak berjalan-jalan di sana. Ikutkan jarak antara hotel dengan bandar Saigon tu tidak la jauh mana tapi Nufa tidak recommend la untuk gegirl berjalan seorang diri. Sebab kita perlu melalui celah-celah bangunan untuk ke tourist attraction yang berdekatan. Atau perlu mengambil Grab, untuk lebih selamat. Still, Nufa tidak galakkan la untuk gegirl solo trip. Cuma dekat sini, language barrier pula jadi halangan. Pergerakan Nufa di sana diuruskan oleh ground agent. Ada teksi yang datang ambil, tapi bercakap dengan pemandu menggunakan google translate kebanyakan masa. Agent beritahu, kebanyakan driver hanya boleh berbahasa English yang basic sahaja. 

Tapi Nufa jalan-jalan juga disekitar hotel. Cuma tak tunjukkan sangat yang kita adalah pelancong. Monopod segala bagai, semuanya Nufa simpan. Bayangkan semasa Nufa meronda di sekitar kawasan dengan beberapa pelancong Europe, ada Grab motorist yang menawarkan perkhidmatan menghantar tourist hanya di tepi-tepi bangku jalan. Mereka main tahan aje mana-mana pelancong yang berada di situ. Uishhh.. seram nyah!



Motor sewa




Street Cafe begini sangat popular di HCMC. Tapi banyak yang tidak halal



Satu hal yang pasti, HCMC tersangat la panas. Sila la bawa topi, sun glasses dan yang sewaktu dengannya. Balik Malaysia, terus sunburn ye. Tapi makanan dekat sini semua boleh masuk tekak. Dah sampai kena cuba. Kopi Vietnam tu pun sedap, tapi pastikan cari yang halal tau 😋


Hanya oldtown coffee & munchy's cracker aje yang made in Malaysia


Breakfast @ Aluna Hotel


Ini Middle Eastern Food, bukan Vietnam food




Next entry Nufa akan share pasal Ben Thanh Market & Tan Son Nhat International Airport. Serba sedikit panduan serta tips yang berkaitan. Tak boleh muatkan dalam satu entry, macam heavy sangat pula. Oh ye, Nufa ada bagi tau trip ini adalah atas urusan kerja kan? Simpan la sekeping dua gambar sebagai bukti selesainya tugas di sana. Heheh...

Malaysia Embassy @ HCMC Vietnam


Until next time!

Daaaaa...



 








Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,