Kalau dah namanya kaki jalan tu kan, pantang ada cuti panjang sket mula la gelabah nak holiday. Ya ampun! memang sejenis penyakit betul la. Bali Trip ni pun asalnya lambat lagi nak di realisasikan tapi sape suruh bagi cuti raya cina bersambung dengan 1st February? Padan muka kena beli flight ticket last minute dengan harga yang tak masuk akal. Nasib la janji boleh pergi holiday katanye 💪😂
Okeh, Nufa nak bagi tau ni ye. Kebanyakan trip Nufa bukan la berkonsepkan backpackers style sangat. Luxury pun bukan sebab mek memang tak mampu. Lulz! Pernah dengar konsep flashpackers? Konsep Nufa lebih kurang macam tu la. Higher budget sket sebab Nufa travel dengan ibu. Contohnye macam kalau naik AirAsia Nufa akan beli hotseat. Untuk accommodation pula, Nufa akan cari hotel yang selesa. Selesa ye bukannya mewah. Dan lagi kalau ada kemudahan supir/driver, Nufa akan ambil juga sebab nak jimatkan masa & untuk elak sesat. Kecuali kalau kita dah familiar dengan sesuatu tempat tu atau lebih mudah untuk kita bergerak sendiri macam trip PD & Melaka, Nufa akan buat sendiri. So kalau ada yang minta advice tentang budget yang murah ni, Nufa tak reti nak guide. Mana tips yang Nufa share dalam blog ni sesuai dengan budget anda, boleh implement kan ye.
So here we go - BALI TRIP!!
Jangan fikir Bali hanya sesuai untuk honeymoon aje ye. Family vacation pun sesuai. Takkan la sebab kita takde partner lagi maka nak duduk mereput aje tak mahu ke Bali kan? Belasah je uols, Bali ni best.
Sebelum tu Nufa nak update sket pasal KLIA2. Oleh kerana dah setahun tak naik flight, maka ada la beberapa perubahan dekat KLIA2 ni. Dari segi layout tak banyak beza cuma please take note beberapa perkara dibawah:-
- Kaunter check-in : buat la web check-in awal2 sebab kaunter tu dah takde kot. Kecuali untuk business/premium flex passenger, ada satu kaunter khas untuk mereka. Print siap2 luggage tag sekali sebab akan cepatkan proses dekat drop off luggage counter. Kalau tak sempat buat dekat rumah, ada banyak check-in kiosk dkt KLIA2 tu. Cumanye antara pandai dengan tak je la nak guna 🙊. Tapi sebelum tu pergi timbang dulu luggage yang kita bawa. Antara 15kg-20kg aje yang dibenarkan, jangan lebih okeh.
- Setiap negara akan ada satu kaunter sendiri. Sila survey dulu negara yang uols nak pergi berada di kaunter mana. Jangan main terjah aje, beratur macam diva tapi lepas tu silap kaunter. Malu ye.. haha!
- Sila datang awal ke Airport! Lebih lagi kalau anda travel semasa musim perayaan. Kena faham ye traffic kat Malaysia ni jem yang hamat kalau tiba musim perayaan. Datang awal! Nufa sendiri keluar rumah sebelum subuh walaupun flight pukul 11.30 pagi. Gigih kan?
- Sila pasang telinga & rajin2 la cek papan informasi walaupun kita sudah diberitahu kena tunggu di Gate sekian-sekian. Naik AirAsia ni kalau flight tak delay, akan ada kemungkinan bertukar gate perlepasan. Lesson learnt!
- AirAsia ada sediakan lounge tau sekarang. Lounge tu terletak di sebelah kiri betul2 sebelum kita turun ke gate perlepasan. Senang je cari. Lounge tu percuma untuk business / premium flex passenger. Untuk passenger class economy pula dikenakan bayaran lebih kurang RM80 untuk enjoy kemudahan tu ye. Nufa tak lepak sana pun sebab takut tertinggal flight. Hahaha.. ketakukan yang melampau aje kan?
- KLIA2 ada banyak tempat makan. Anda pilih la nak makan sebelum check-in atau selepas check-in. Lepak chill aje okeh :-)
First entry ni Nufa nak cerita pasal airport aje la. Boleh ye? Kadang2 info ni susah nak dapat sebab ramai yang lupa nak share. Penting untuk kita ambil tau pasal airport ni, walaupun tidak la secara details. So camne plak dengan Bali Airport? Airport Bali ni namanye Ngurah Rai International Airport, terletak di Denpasar. Besar airport ni lebih kurang macam Airport Kota Kinabalu. Luas dan selesa. Kemudahan pun tip top. Toilet semua lengkap. Pemeriksaan imigresen pun smooth aje. Alhamdulillah! Ada beberapa points yang Nufa nak share di sini:-
- Dalam kapal terbang dari KLIA2 ke Bali, FA akan bagi kita declaration form. Satu form untuk satu family. Declare betul2 ye. Jangan tipu2.
- Perjalanan dari KLIA2 ke Bali ambil masa dalam 3 jam sahaja.
- Ada banyak papan tanda setibanye kita di Airport Bali. So untuk first timer jangan takut ye, follow aje signboard. Ada kaunter khas untuk pemegang passport bukan warganegara Indonesia. Mereka memang asingkan kaunter. Papan informasi tu penting, rajinkan baca sebab kat situ dah tunjuk dekat mana kita nak collect luggage.
- Tak perlu bayar airport tax dah sekarang sebab harga tiket dah termasuk dengan airport tax.
- Jawab je soalan yang pegawai imigresen tu tanya. Diaorang baik & peramah. Lagi2 kalau kita kata kita dari Malaysia. Hahahaha! Perasan je aku ni 😁
- Dekat Bali Airport ni pun ada banyak tempat makan. Nak selamat ambil makanan berasaskan ikan. Sandwich tuna contohnya.
- Pemeriksaan imigresen takde la begitu tegas. Mudah betul perjalanan Nufa kali ni. Suka sangat. Lepas aje selesai urusan semua tu, pintu keluar menuju ke lobby airport dah tak jauh pun. Nufa ke sana semasa 1st day Raya Cina. Ketibaan kami disambut dengan Lion Dance uols. Terkejut gegirl! Sorry tak dapat share video lion dance sebab waktu tu Nufa sibuk cari pak supir yang kami dah booking. Ramai supir yang dah tunggu client masing2 bersama sepanduk nama. Artis la sangatt..
Pak supir kami Hadi Purwadi. |
##Kaunter check-in AirAsia terletak di bahagian kiri. Untuk MAS di bahagian kanan. Kalau Malindo tak pasti kat belah mana. Kaunter imigresen plak di tengah2.
Trip ni Nufa uruskan sendiri dari awal hingga akhir. Nufa cuma ambil supir aje kat sana. Itinerary plak Nufa minta supir yang uruskan. Percutian selama 4 hari 3 malam. Walaupun ada itinerary tapi kami tak follow sangat sebab Nufa lebih suka gaya free and easy. Lagi pun 4 hari memang tak boleh nak cover the whole Bali. Aihh! Selalunye memang camtu la kan. Kena repeat baru terasa complete 😣
Next entry Nufa akan share attraction places yang kami pergi ye. Harap entry ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke Bali :-)
Daa...
Related link |
Comments
IE nonetheless is the market leader and a large component of other people will omit your magnificent writing because of this
problem.