Selamat Tahun Baru 2016 uols! Harap semuanya berada dalam keadaan yang sangat menggembirakan la ye.. Ok, sebelum ingatan semakin mereput ๐๐ lebih baik Nufa sambung entry percutian ke Korea ni kan. Hehehe.. Nufa nak bagi tau, dekat Korea ni kami menginap di 2 hotel tau. 1 malam di Mount Seorak & 3 mlm di Seoul. Nanti Nufa buatkan satu entry/review tentang hotel2 ni ye. Hari ke-2, selepas bermalam di Mount Seorak, kami terus bergerak ke Seoul. Tapi sebelum tu kami singgah dulu di Teddy Bear Farm & Everland Theme Park. Dari Mount Seorak ke tempat2 ni mengambil masa hampir 4 jam jugak tau. Sepanjang perjalanan tu kita akan nampak banyak tempat perusahaan Ginseng. Dikatakan Ginseng yang terdapat di Korea ni adalah yang terbaik di dunia. Sekiranya anda memang peminat Ginseng & mengamalkan cara hidup sihat boleh la memborong Ginseng di sana. Kalau kita pergi Korea melalui travel agency, mereka akan bawa kita ke National Ginseng Centre....
~A Dream Catcher~