Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2024

LABUAN - RENEW PASSPORT DI UTC LABUAN

  Nufa ke Labuan lagi tahun ini. Actually tahun lepas pun Nufa ke sana juga tapi setakat 2 hari 1 malam, jadi tak dapat nak update apa-apa sangat. Nufa ke Labuan memang atas urusan kerja aje sesambil melawat kawasan. Tapi tahun ini istimewa sedikit sebab Nufa sempat ke UTC Labuan untuk renew passport. Hahaha.. iye, sempat renew passport dekat sana. Perangai sangat 😆 Tak tahu la pasal apa suka ambil gambar view dari atas kapal terbang. Labuan pula pulau yang kecil comel, aman damai nyaman pemandangan, maka enjoy saja la ye. Perjalanan dari KLIA ke sini ambil masa selama 2 jam 30 minit tau. Lagi jauh dari Ho Chi Minh City, ala-ala macam travel ke oversea gituh! Airport Labuan kecil aje, cukup memadai dengan jumlah pelancong yang datang ke sana. Tidak perlu rushing atau berjalan terlalu jauh sangat dalam airport tu. Santai je airport Labuan ni, tak macam KLIA. Boleh marathon kat dalam KLIA airport tu kalau terlambat boarding. Kah! Jadual penerbangan Nufa asalnya adalah pada waktu pagi, t