Skip to main content

KOREA 2015 ~ Day 2 ~ Teddy Bear Farm & Everland Theme Park

Selamat Tahun Baru 2016 uols!
Harap semuanya berada dalam keadaan yang sangat menggembirakan la ye..

Ok, sebelum ingatan semakin mereput 😂😆 lebih baik Nufa sambung entry percutian ke Korea ni kan. Hehehe..
Nufa nak bagi tau, dekat Korea ni kami menginap di 2 hotel tau. 1 malam di Mount Seorak & 3 mlm di Seoul. Nanti Nufa buatkan satu entry/review tentang hotel2 ni ye.


Hari ke-2, selepas bermalam di Mount Seorak, kami terus bergerak ke Seoul. Tapi sebelum tu kami singgah dulu di Teddy Bear Farm & Everland Theme Park. Dari Mount Seorak ke tempat2 ni mengambil masa hampir 4 jam jugak tau. Sepanjang perjalanan tu kita akan nampak banyak tempat perusahaan Ginseng. 

Dikatakan Ginseng yang terdapat di Korea ni adalah yang terbaik di dunia. Sekiranya anda memang peminat Ginseng & mengamalkan cara hidup sihat boleh la memborong Ginseng di sana. Kalau kita pergi Korea melalui travel agency, mereka akan bawa kita ke National Ginseng Centre. Dekat sini kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Bagusnya, setiap representative yang membawa kita meninjau sekitar premis tersebut akan bercerita tentang Ginseng serta kebaikannya. Ginseng yang berumur 7 tahun adalah yang paling baik. Camne nak tau umur Ginseng ni? Kita kena kira kelopak daun yang terdapat kat pokok Ginseng tu. Kalau 3 kelopak maknanya umur Ginseng 3 tahun :-) Tapi harga Ginseng ni bukannya murah tau. Paling murah dalam bentuk kapsul pun dah beratus ringgit. So boleh la menabung dari sekarang uols..


Cuaca sejuk berkabus 






Sempat beli jagung pulut

Jagung pulut ni takde la semanis jagung rebus kat Malaysia. Rasanye sedikit tawar & kenyal. Seketul jagung tu boleh makan berdua, sebab cepat rasa kenyang. 




Coffee machine banyak je terdapat kat Korea ni, tapi oleh kerana Nufa bukan la penggemar kopi, tak rasa pun kopi kat sana. Hehehe.. 


Masing-masing pun dah macam teddy bear. Eh!! :-p



Teddy Bear Farm ni kira macam satu taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis size & bentuk teddy bear yang cute miut. Cara mereka susun atur teddy bear pun menarik. Ada tema tertentu & ada pelbagai tema. Souvenir yang dijual kebanyakannye berkonsepkan teddy bear. Tapi kat Korea ni, boleh dikatakan harga barang/cenderahati bukan la semurah yang kita sangka ye. Teddy Bear Farm ni tak besar mana pun. Ada 2 bahagian - indoor & outdoor. Lebih kurang sejam saja diperlukan untuk kita bersiar-siar kat dalam taman tu.












Rajinnye adik ni. Sentap iols! Ahahaha..











Perjalanan diteruskan ke Everland Theme Park. Sebelum masuk ke theme park tu ada baiknya kita ambil lunch dulu sebab Nufa difahamkan dekat dalam tu susah nak cari makanan halal. Hanya pop corn & churros aje yang kita boleh makan tau. Harga churros adalah KWon 9000 untuk 2 potong. Memang tak cukup la kalau dibandingkan dengan tenaga yang kita akan guna turun naik bukit dekat dalam theme park tu. Serius cakap - tak tipu.





Kami lunch di Thai Food Restaurant - lokasi kedai berhampiran Everland Theme Park


Dalam mangkuk hujung tu adalah tomyam ye adik-adik




From Korea With Love - Gittew!




Thai Food Restaurant

  • Tempat selesa, luas & bersih. Suhu kat dalam kedai suam2 manja. Sesuai dengan cuaca sejuk kat luar waktu tu. Ada toilet jugak dalam kedai
  • Jangan compare dengan kedai tomyam yang ada kat Malaysia. Tomyam Korea tak pedas. Tapi taste wise lebih kurang aje. Sedap - itu yang penting :-p
  • Seperti biasa, uols takkan jumpa kedai makan dekat Korea ni yang serve minuman manis. Air kosong satu kemestian 



Everland Theme Park
  • Anda akan diberikan peta sekitar theme park ketika mendaftar masuk. Sila peruntukan 15-30 minit untuk study kawasan theme park. Theme park ni besar & ada 5 bahagian
  • Harga 1 day ticket adalah KWon 48000. Lebih kurang RM200 
  • Toilet banyak tapi surau very limited
  • Kalau anda bernasib baik, akan ada parade show
  • Kalau boleh elakkan datang ke sini pada hujung minggu. Rakyat Korea suka aktiviti riadah & santai. Kami hanya diberikan 3 jam aje kat sana tapi oleh kerana kami datang pada hujung minggu, terlalu ramai umat manusia. Queue up aje da sejam #nanges
  • Percaya tak kami hanya sempat ke Zoo Topia aje. Masa selebihnya tu kami sekadar jalan2 dalam theme park saja. Itu pun sesat-bagat. Lulz!
  • Terlalu tua untuk theme park? Pedulik kan. Ibu Nufa sendiri enjoy kat dalam tu. Malahan terlebih enjoy dari Nufa sendiri
  • Orang Korea baik-baik. Walaupun bahasa merupakan halangan utama untuk berkomunikasi, tapi kan mereka sangat helpful. Tak kisah la cakap macam ayam-itik pun mereka nak sangat membantu. Dekat Korea, berkali-kali juga Korean people offer Nufa ambilkan gambar. Jangan jelesss.. 
  • Everland adalah di antara tempat yang Nufa suka dekat Korea ni
















Besar betul Bear ni. Gerun kot!



Sape kata Bear tak reti main netball? :-p

















Penat la. Tido kejap. Ahahaha..

Dekat Safari World, kami menghabiskan masa lebih kurang 45 minit untuk 1 tour. Bas yang disediakan untuk kami pusing-pusing dalam tu fully covered, maknanya dari segi keselamatan terjamin la. Selain beruang, ada juga harimau & haiwan lain kat situ. Saiz semua besar2. Seram jugak! Actually kan, sepanjang tour pemandu bas ada la bercerita tentang haiwan2 kat dalam tu. Tapi sayangnya dalam Bahasa Hangul. Tau2 je kanak-kanak dalam bas tu da ketawa mengekek. Mengumpat kita lettew! Hahaha..  



Walaupun Everland Theme Park ni tidak sehebat Disneyland, tetapi inilah taman tema yang terbesar dekat Korea. Dikatakan dahulu kerajaan Korea tidak membenarkan rakyatnya melancong ke luar negara. Sebab tu mereka ambil inisiatif membina taman tema ini. Slowly mereka mula mengamalkan dasar terbuka & membenarkan rakyat mereka melancong serta menerima pelancong ke dalam negara. 




Kalau nak naik semua ride kat dalam ni memang kena datang seawal pagi. Ada ride yang extreme macam T-Express roller coaster & ada yang sempoi macam Safari World tu. Owh.. kanak-kanak rupanya Nufa ni. Ahaks!




Ok, jumpa lagi pada next entry. 


Daaa..



Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,