Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

The Sterling Boutique Hotel - MELAKA

Salam uols.. Apa khabar? Cuti sekolah bulan March ni kemana? Hehehe.. Sibuk sangat tanya kemana percutian orang lain ye. Blog sendiri pun dah berkepuk tak update sejak balik bercuti Tahun Baru Cina hari tu :-p Ok, CNY baru-baru ni Nufa memilih Melaka sebagai destinasi bersantai. Oleh kerana cuti pun tak lama maka kita pusing-pusing negeri yang berdekatan Kuala Lumpur je sudehh.. Melaka ni banyak tempat yang menarik, tapi kami cuma nak jalan-jalan di sekitar Bandar Hilir aje. Jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping.. perkara wajib yang orang perempuan akan lakukan, ye tak? Kita lupakan dulu bab jalan2 & berjimba tu. Yang itu, 1 lagi entry akan menyusul. Kali ni nak cerita pasal hotel dulu. Susah betul nak dapatkan info mengenai hotel ini dalam Bahasa Melayu. Asyik blog berbahasa omputeh je yang banyak cerita pasal hotel ni. Eh, tak aci okeh.. Kita kena adil pada rakyat Malaysia, gittew! Nama hotel ni - The Sterling Boutique Hotel. Haaaa... nama je cam omputeh