Salam uols..
Apa khabar? Cuti sekolah bulan March ni kemana? Hehehe..
Sibuk sangat tanya kemana percutian orang lain ye. Blog sendiri pun dah berkepuk tak update sejak balik bercuti Tahun Baru Cina hari tu :-p
Ok, CNY baru-baru ni Nufa memilih Melaka sebagai destinasi bersantai. Oleh kerana cuti pun tak lama maka kita pusing-pusing negeri yang berdekatan Kuala Lumpur je sudehh.. Melaka ni banyak tempat yang menarik, tapi kami cuma nak jalan-jalan di sekitar Bandar Hilir aje. Jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping.. perkara wajib yang orang perempuan akan lakukan, ye tak?
Kita lupakan dulu bab jalan2 & berjimba tu. Yang itu, 1 lagi entry akan menyusul. Kali ni nak cerita pasal hotel dulu. Susah betul nak dapatkan info mengenai hotel ini dalam Bahasa Melayu. Asyik blog berbahasa omputeh je yang banyak cerita pasal hotel ni. Eh, tak aci okeh.. Kita kena adil pada rakyat Malaysia, gittew!
Nama hotel ni - The Sterling Boutique Hotel. Haaaa... nama je cam omputeh tapi orang Melaka juga yang keje kat sana (confident je). Da nama pun bercuti di Melaka kan? Staff kat sana teramat la peramah ya hamat uolss. Masa kami sampai siap bawakan luggage & masa balik pun siap hantarkan ke kereta. Mereka juga tak kedekut untuk guide kita hot spot yang terdapat di sekitar Bandar Hilir. Setiap kali kami keluar dari hotel, counter staff akan berpesan macam2 - hati2 jalan, silangkan handbag.. Concerned yer! Sohih la orang Melaka tu. Ahahahaha!!
Jom tengok gambar dulu :-D
Model wajib posing |
Ini bilik Leyton & Stoke Mandeville Double |
Toilet yang bersih & luas |
Belakang kerusi tu adalah toilet yang transparent. I am sexy & I know it! Lulz.. |
Kami booked Bilik Leyton & Stoke Mandeville Double. Harga untuk bilik ni sebenarnya agak mahal la juga, lebih-lebih lagi kalau bercuti semasa public holiday. Harga bilik boleh mencecah RM4++ untuk 1 malam terutama sekali di hujung minggu. Berbaloi ke tak hotel ni dengan harga tu? Ermmmm...
Hotel ni takde swimming pool tau adik-adik. So jangan le berharap utk bermandi-manda di hotel. Gym pun takde! Tapi personally Nufa suka je dengan hotel ni sebab ini kali pertama Nufa duduk di butik hotel yang FUH!! tak macam butik hotel pun. Kalau nak rasa bercuti dlm suasana kolonial, hotel ini mungkin menjadi pilihan anda. Bilik yang kami ambil tu sangat luas, selesa, bersih & wangi.
Tak caye? cer tengok balik gambar kat atas ni :-D
Koridor hotel |
Pose dulu sementara tunggu lif. Hikhik! |
Hotel ni mempunyai 37 buah bilik aje. Memang eklusif sangat. Setiap bilik adalah berbeza-beza dari segi interior design & harga. Parking pun luas & cukup untuk tetamu. Apa istimewanya lagi hotel ni?
LOKASI. Ini penting yer sebab Bandar Hilir & jem berpisah tiada. Mak tak kuasa nak hadap jem ni nak oii!! Sudah la KL pun jem. Makanya pilihan terbaik adalah mencari hotel yang berdekatan dgn tempat2 menarik yang kami mahu pergi.
Jarak hotel ke tempat2 tersebut dalam 15-20 minit berjalan kaki. Public parking di sekitar Bandar Hilir agak terhad, jadi sukacitanya Nufa cadangkan - sila la pakai kasut yang sesuai untuk menapak. Oh ye! juga sun glasses / topi yang sesuai semasa operasi tersebut. Bandar Hilir panas ye uolsss 😫
Tapikan, saja la nak bagi tau - beca tak nak bawa kita@pengunjung pulang ke hotel. So, pandai-pandai la budget masa perjalanan anda. Boleh kurus kalau duduk lama sikit kat sini. Kihkih!!
Antara tempat tumpuan yang berdekatan dengan hotel ini adalah:-
- Jonker street
- Kompleks Muzium Stadthuys
- Melaka River Cruise
- Muzium Maritim
- Menara Taming Sari
- Bukit St. Paul
Breakfast @ The Loft |
Breakfast kat sini sedap. Kami bersarapan di The Loft yang terletak di tingkat 3 hotel. Menu pula akan bertukar setiap hari. Yang Nufa paling suka adalah roti canai. So kalau ada menu roti canai & kari ayam tu, sila la makan banyak sikit sebab esoknya anda tidak akan berjumpa lagi dengan roti canai tersebut #nanges
Banyak juga kedai makan yang terdapat disekitar hotel. Lebih2 lagi lokasi hotel yang berdekatan dengan The Little India, memudahkan anda untuk mencari kedai makan di sana. Ada juga kedai yang menjual barangan asas yang berhampiran dengan hotel. Keluar aje dari perkarangan hotel dah nampak kedai-kedai ni. Best kan?
Senang tak nak cari hotel ni? Selepas saja susur keluar dari tol Ayer Keroh terus kami guna waze. Hahaha.. standard la tu kan. Hotel ni terletak di antara Jalan Bendahara & Jalan Temenggong. Jangan risau insya Allah jumpa. Kalau da lost sesangat, pusing-pusing tak jumpa - call aje hotel. Staff sana akan membantu anda untuk tiba dengan selamat. Macam kami hari tu... hewhew!
Ok, entry selepas ni Nufa akan ceritakan pulak pengalaman kami meronda Bandar Hilir. Daaaa....
Comments