Kami sampai di Ngurah Rai International Airport dalam pukul 2.30 petang. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali smooth & takde banyak masalah. Cuma apa yang Nufa perhatikan, pada hujung tahun & awal tahun cuaca di Bali agak tidak menentu. Hujan kerap turun walaupun sekejap-sekejap. Ada masanya flight kami bergegar jugak la (fuh!) Hari pertama takde aktiviti sangat pun. Kami cuma dibawa makan tengahari dan kemudiannya ke hotel untuk check-in. Free and easy. Bagus juga macam ni sebab kita boleh rehatkan diri dulu & explore sendiri kawasan sekitar hotel. Penat ye bangun seawal pagi semata-mata nak elakkan heavy traffic semasa travel ketika festival season ni. Itinerary Nufa diaturkan sendiri oleh pak supir kami Encik Hadi. Supir kami ni beragama Islam, jadi kami takde la risau sangat pasal bab makan & solat di Bali. Tahu kan majority penduduk di Bali beragama Hindu? Kita boleh nampak temple dan patung di merata-rata tempat tau. Ada macam2 bentu
~A Dream Catcher~