Kami sampai di Ngurah Rai International Airport dalam pukul 2.30 petang. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali smooth & takde banyak masalah. Cuma apa yang Nufa perhatikan, pada hujung tahun & awal tahun cuaca di Bali agak tidak menentu. Hujan kerap turun walaupun sekejap-sekejap. Ada masanya flight kami bergegar jugak la (fuh!)
Hari pertama takde aktiviti sangat pun. Kami cuma dibawa makan tengahari dan kemudiannya ke hotel untuk check-in. Free and easy. Bagus juga macam ni sebab kita boleh rehatkan diri dulu & explore sendiri kawasan sekitar hotel. Penat ye bangun seawal pagi semata-mata nak elakkan heavy traffic semasa travel ketika festival season ni.
Itinerary Nufa diaturkan sendiri oleh pak supir kami Encik Hadi. Supir kami ni beragama Islam, jadi kami takde la risau sangat pasal bab makan & solat di Bali. Tahu kan majority penduduk di Bali beragama Hindu? Kita boleh nampak temple dan patung di merata-rata tempat tau. Ada macam2 bentuk dan size. Dari sekecil-kecil temple/patung sampai la ke sebesar-besarnya. Kalau nak tau, semakin besar temple yang ada dalam kawasan rumah penduduk di Bali, semakin berharta la mereka ni sebenarnye. Tapi agak susah la nak tengok rumah banglo mewah kat Bali tu. Semuanya lebih kurang sama aje. Dah kenapa plak Nufa gigih bercerita pasal harta kekayaan masyarakat Bali ni kan? Aihh - info ni Nufa dapat dari Hadi juga 😆
Dulu orang Islam macam was2 juga nak ke Bali sebab memikirkan agak susah nak bersolat & mencari makanan halal. Sekarang Nufa rasa sudah ada kemajuan dari segi kemudahan itu walaupun tidak la sebaik dan sebanyak kemudahan di Malaysia. Dekat Malaysia memang mudah kita nak jumpa surau, masjid & makanan halal. Ini yang kita belajar semasa travel ye. Kita belajar budaya mereka, hormati perbezaan yang ada tetapi dalam masa yang sama kita masih mengekalkan jati diri.
Kena sentiasa ingat kita berada di negara orang. So kitalah yang kena sesuaikan diri - cewah! Sebab tu Nufa lebih suka ambil driver aje kalau travel ke mana-mana. Jimat masa & lebih konfiden. Gituh! Tambahan lagi Hadi ni jenis banyak mulut. Jadi banyak la info yang Nufa dapat. Kita tak tanye apa pun dia rajin je berborak. Kah!
Meh, Nufa nak cerita pasal tempat lunch kami. Kedai ni memang famous di kalangan pelancong Malaysia. Kami makan di restoren Ayam Tulang Lunak Malioboro. Yang bestnya dengan ayam ni adalah, kau boleh makan dengan tulangnya sekali sampai licin. Mula-mula tu macam tak pecaya juga, btol ke boleh telan tulang tu kan? Jangan risau, takde tercekik pun. Makan je la sebab mereka dah rebus ayam tu sampai tulangnya pun boleh dimakan sekali. Tiba-tiba teringat kat rangka tulang ayam plak masa menaip entry ni. Hahaha..
Sambal cili tu sedap tapi pedas weh! |
Teh botol ni rasanye macam air cincau |
Environment restoren ni biasa-biasa aje tapi harga makanan kat situ boleh tahan mahal ye. Ayam tu ada macam2 menu, ada yang pedas dan kurang pedas. Nufa pun tak sure mana yang paling sedap tapi Nufa minta menu ayam yang kurang pedas. Cuba tengok ayam tu, kecik kan? Itu size untuk seekor ayam tau. Wah!! cukup ke tu? 😂
Cukup je sebenarnya, tak payah nak buruk lantak sangat. Hahaha! Kecuali la kalau sejenis yang kuat makan tu kan atau datang dengan family yang besar kena la order lebih. Ngehhh.. Lunch kami hari tu harganya hampir RM100. So kalau nak makan kat sini pandai-pandai la budget ye.
Next, jom kita check-in hotel. Hotel kami terletak di Kuta area. Nufa request untuk menginap di Kuta dan minta Hadi cadangkan beberapa hotel untuk kami pilih. Ada banyak sangat pilihan hotel kat area Kuta ni tau. So jangan bimbang, pasti boleh cari hotel yang ikut budget kita. Cumanya yang Nufa nak tekankan, bukan semua hotel yang ada kat Kuta/Bali ni menyediakan makanan halal. Sama juga la masa Nufa ke Korea dulu. Hotel tak sediakan pun makanan halal, jadi kita sendiri kena bijak memilih atau bawa makanan halal dari Malaysia.
CITADINES KUTA BEACH BALI
Inilah hotel kami - Citadines Kuta Beach Bali. Hotel ni berkonsepkan hotel apartment tau & yang paling best berhadapan dengan pantai Kuta uols! Seberang jalan aje. Tak tau la pasal apa suka sangat hotel yang dekat dengan pantai ni padahal bukannye pandai swimming & surfing pun.
#update terkini ~ sekarang dah pandai swimming. Setahun ambil swimming class ko! 😂😂😂
Si gadis yang manis. Hikss! |
Breakfast berhadapan Pantai Kuta. Spot ni kena cop awal2 :-D |
Ini lah standard room kami :-) |
Lobby area |
Kami stay di hotel ni selama 3 malam. Secara jujur Nufa suka je hotel ni sebab:-
- Hotel ni dekat dengan Pantai Kuta
- Makanan halal disediakan @ BERAS cafe/restaurant. Info ni Nufa dapat dari staff hotel sendiri. Tapi kalau rasa was2 juga, ambil je makanan yang bukan berasaskan daging. Banyak sangat pilihan & ruang cafe pun besar
- Makanan kat cafe sedap-sedap. Hahaha!
- Ada laundry/ironing services disediakan di ground floor hotel. Service ni percuma tapi kena buat sendiri
- Ada Guardian & kedai 24/7 kat sebelah hotel. Dalam kedai 24/7 tu ada atm machine tapi Nufa tak pernah guna pun. Nufa beli mineral water dari kedai 24/7 ni setiap hari. Suka weh!!
- Kat depan kedai 24/7 tu ada disediakan perkhidmatan motor sewa
- Beachwalk Mall is within walking distance, 10 minit je berjalan kaki. Sepanjang laluan ke Beachwalk Mall ada banyak Night Club
- Security dkt hotel ni terbaik. Kalau takde access card memang tak boleh sesuka hati nak keluar masuk kemana-mana floor
- Staff pun baik2 juga. Dpt welcome drink semasa mendaftar masuk & proses check-in pun sekejap
- Ada rooftop bar & infinity swimming pool dkt floor paling atas
Best tak hotel ni? Meh enjoy lagi gambar2 yang sempat Nufa ambil dekat sekitar hotel & Pantai Kuta
Pantai Kuta |
Kuta @ night - belakang tu semua bar / night club uols |
Beachwalk Mall area |
Roof top area @ Citadines |
Selain Kuta kita juga boleh menginap dekat area Seminyak. Seminyak ni bersebelahan aje dengan Kuta area. Tapi harga pengginapan dekat situ agak mahal sbb kawasannya lebih exclusive. Banyak penginapan berkonsepkan private Villa dan butik berjenama di situ. Tapi Nufa lebih sukakan Kuta sbb terasa lebih blend dengan masyarakat setempat. Nak bagi tau, kalau terjumpa dengan penjaja yang jual jagung bakar di sekitar Kuta, sila la beli ye. Sedap jagungnye - ada rasa limau purut dalam jagung bakar tu. Hehehe...
Sebelum terlupa Nufa nak bagi tau, sebelum kita masuk ke Beachwalk Mall tu akan ada security yang memeriksa handbag (utk pengunjung wanita) dan badan (utk pengunjung lelaki). Pemeriksaan itu dibuat atas tujuan keselamatan. Ingat tak dulu ada kes bom di Bali? Sejak peristiwa tu mereka agak sensitif sket tentang ciri-ciri keselamatan. Tapi Nufa tak pasti plak sama ada setiap Mall yang ada di Bali akan dikenakan security check atau tidak.
Peta Bali |
Bali ni sebenarnye besar juga, banyak tempat yang kita boleh pergi. Setiap tempat ada aktiviti yang berbeza. Dekat Bali pun kita boleh tengok Dolphin tau. Tapi Nufa tak pergi la ke sana tempoh hari.
Bali adalah sebuah gugusan kepulauan, kita hanya akan berjumpa dengan jalan-jalan kampung aje di sana. Takde highway dan kebanyakkan laluannye adalah jalan sehala. Tapi seronok juga memandu di sekitar Bali ni sebab kita akan jumpa dengan sawah bendang selain kebun dan kawasan kampung yang aman damai. Jalan kampung di sana agak sempit, ada dua lanes dan ngam2 aje untuk satu kereta pergi dan balik. Sebab tu jangan terkejut kalau tiba2 ada kereta hon dibelakang. Ini cara mereka untuk beritahu yang mereka ingin overtake/memotong kereta di hadapan. Mereka bukan suka2 nak bunyikan hon ye. Jadi kalau ada yang ingin memandu sendiri di Bali, kena take note budaya pemanduan rakyat Bali ni okeh.
So entry selepas ni Nufa nak cerita pulak antara attraction places yang sempat Nufa pergi.
Daa...
Daa...
Comments