Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

KONYA ~ HIERAPOLIS ~ PAMUKKALE

Dari Cappadocia kami menuju ke Konya. Sedih pula rasa hati sebab Nufa suka sangat dengan Cappadocia ni. Bukan setakat Cappadocia, kawasan luar bandar seperti Bolu & Ankara agak berbeza kalau dibandingkan dengan Istanbul & Bursa. Landskap cantik, kawasan lebih tenang dan penduduk tempatan yang peramah. Walaupun jarak diantara satu tempat ke tempat yang lain mengambil masa diantara 3 - 6 jam, tapi Nufa enjoy sangat dengan nature view yang ada. Semasa kami meninggalkan Cappadocia pagi itu, snowflake sudah mulai turun. Kiri kanan jalan terlihat salji yang memutih.  Satu perkara yang Nufa perhatikan di sini, mereka kurang gemar memasang lampu di luar kawasan rumah, bangunan atau hotel pada waktu malam. Ada masa-masa tertentu, pekan kecil di Bolu, Cappadocia & Ankara kelihatan  seperti pekan berhantu. Gelap, sunyi & sepi walaupun jam baru pukul 7.00 malam. Berlainan sangat dengan negara kita Malaysia yang meriah dengan lampu sana-sini. Sehinggakan terasa la seram sejuk