Dari Cappadocia kami menuju ke Konya. Sedih pula rasa hati sebab Nufa suka sangat dengan Cappadocia ni. Bukan setakat Cappadocia, kawasan luar bandar seperti Bolu & Ankara agak berbeza kalau dibandingkan dengan Istanbul & Bursa. Landskap cantik, kawasan lebih tenang dan penduduk tempatan yang peramah. Walaupun jarak diantara satu tempat ke tempat yang lain mengambil masa diantara 3 - 6 jam, tapi Nufa enjoy sangat dengan nature view yang ada. Semasa kami meninggalkan Cappadocia pagi itu, snowflake sudah mulai turun. Kiri kanan jalan terlihat salji yang memutih.
Satu perkara yang Nufa perhatikan di sini, mereka kurang gemar memasang lampu di luar kawasan rumah, bangunan atau hotel pada waktu malam. Ada masa-masa tertentu, pekan kecil di Bolu, Cappadocia & Ankara kelihatan seperti pekan berhantu. Gelap, sunyi & sepi walaupun jam baru pukul 7.00 malam. Berlainan sangat dengan negara kita Malaysia yang meriah dengan lampu sana-sini. Sehinggakan terasa la seram sejuk sewaktu kami memasuki perkarangan hotel untuk check-in process. Betul ke ini hotel? Takde rupa hotel pun.. Gitu la lebih kurang ayat masing-masing dalam bas 👻👻👻 Tapi selama bercuti di Turki takde la plak berjumpa dengan entiti misteri ini. Kalau ada pun tak perasan agaknye sebab masing-masing sudah keletihan. Hehehe..
|
Cappadocia di awal pagi musim salji |
Sebelum sampai ke Konya, kami berhenti di Oresian Caravanserai. Dahulu tempat ini menjadi tempat persinggahan para pedagang. Banyak kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang ini gunakan untuk beristirehat. Ini kira macam RnR zaman sekaranglah. Sekarang tempat ini dijadikan sebagai salah satu pusat jualan untuk para pelancong. Jangan risau, dekat sini disediakan toilet juga.
|
Semua barangan yang ada di sini untuk dijual ye, kecuali Makcik tudung purple tu. Ehekss! |
|
Gemuk-gemuk kucing dan anjing jalanan Turki. Mereka dijaga dengan baik di sana. Si Oyen ini sedang menikmati susu panas pemberian peniaga di Caravanserai |
Konya agak sibuk & kelihatan lebih moden. Dekat sini sudah ada electric train di tengah bandar, seperti Istanbul. Selain Melvana Museum, Nufa tidak pasti apa lagi attraction places yang terdapat di sini selain masjid. Ye dekat Turki sangat banyak masjid. Masjidnya tidak la besar mana pun tetapi yang pasti akan ada masjid di setiap 5km perjalanan. Begitulah lebih kurang. Dan lokasi masjid ini tidak menentu, kadang di sekitar kawasan bangunan pejabat, di tepi jalan atau di setiap kawasan perumahan yang Nufa jumpa. Walaupun banyak Masjid di sini, tetapi kami tidak berkesempatan nak masuk ke semua masjid pun. Disadvantages kalau kita ikut fullboard package seperti ini.
|
Bandar Konya |
Melvana Museum adalah satu muzium dimana terdapatnya makam serta peninggalan kepada pengasas whirling dervishes/ Tarian Sufi iaitu Jalal ad-Din Muhammad Rumi. Ada banyak bahagian di sini tetapi kawasannya tidak seluas Topkapi Palace. Selain itu terdapat juga koleksi mushaf al-quran sejak dari zaman pemerintahan Ottoman dalam pelbagai saiz. Tapi yang paling istimewa sekali, tersimpannya janggut junjungan Nabi kita Muhammad SAW disini. Bekas yang terdapat janggut Nabi kesayangan kita itu diletakkan di dalam satu ruang kaca dan berbau wangi.
|
Setiap pelancong harus memakai sarung plastik di kasut sebelum memasuki muzium |
|
Pintu hadapan Melvana Museum |
|
Antara Al-Quran bersaiz besar yang dipamerkan |
|
Bekas kaca yang mengandungi janggut Nabi Muhammad SAW berada di belakang ibu |
|
Sekitar kawasan Melvana Museum |
|
Tempat yang paling mencabar untuk ambil gambar. Terpaksa beratur untuk tunggu giliran. Sudahnya ambil sajalah gambar berkumpulan 😄 |
Di sekitar Melvana muzium terdapat gerai dan kedai kecil yang menjual minuman serta makanan ringan seperti kopi, juice, roti & simmit. Toilet juga disediakan untuk kemudahan orang awam. Simmit dijual di merata tempat di Turki tapi kami hanya sempat merasa di Grand Bazar aje. Kalau menyinggah nanti, sure kena tinggal dengan group. Silap-silap kena marah plak dengan tour guide sebab lambat. Ehehehe.. pandai-pandai la curi masa kalau nak membeli nanti ye. Tapi Nufa recommend sangat untuk mencuba juice delima kat sana. Harga untuk satu gelas kecil/sederhana delima jus dalam 10Lira. Kena beli tau.
|
Dalam perjalanan ke Pamukkale |
|
Berhenti di RnR untuk nature call. Jangan risau bas akan berhenti setiap 2-3 jam sekali |
|
Pastry ni semua sedap ye. Ikut hati nak rasa semua menu yang disediakan tapi perut ada satu je. Hehe.. |
|
Setiap hari kami akan check-in & check-out hotel yang berbeza |
Kembara Turki ini boleh dikatakan kembara melihat sejarah sebenarnya. Siapa yang minat pada sejarah, mesti akan sukakan Turki.
Nufa tak berapa sukakan sangat sejarah tapi rasa seronok pula trip kali ini. Banyak
benda baru kita dapat tengok dan belajar.
Jom kita tengok apa yang ada di Pamukkale
|
Awal pagi dah sampai sini |
|
Ambil mood sebelum memulakan pendakian |
|
Marilah kita mendaki |
Kalau tahu kena mendaki macam ni, patut makan banyak sikit masa breakfast tadi. Hahaha.. Takde la tinggi pun untuk mendaki tapi dengan struktur tanah berbukit agak mengah juga la kan disitu 😅. Tapi Nufa tak galakkan sangat golongan warga emas naik ke sini lebih-lebih lagi kalau ada yang bertongkat. Memang tak sesuai. Maybe boleh gunakan khidmat buggy. Harga buggy Nufa tak pasti.
Hierapolis Pamukkale merupakan salah satu kota lama yang terdapat di Turki. Dikenali sebagai sebuah "kota suci". Kebanyakan tempat yang kami lawati dalam trip Turki ini adalah tempat yang diwartakan oleh UNESCO sebagai keajaiban dunia, termasuklah di Pamukkale ini. Kalau tengok dari gambar di atas, kawasan ini memang luas. Sebuah kota lama yang unik. Ada ruang spa, teater, kuil, kolam dan juga makam.
Dan akhirnya sampai la juga! Ya ampun.. Mujurlah cantik. Berbaloi la untuk gigih bercomot mendaki. Kah!
Turun dari teater ini kita akan berjumpa dengan Cotton Castle. Pamukkale (turkish) sama maksud dengan cotton castle ye. Ia merupakan deretan kolam air panas yang terbentuk secara bertingkat-tingkat. Nama pun kolam air panas, maka boleh la kita rendamkan kaki sambil menikmati pemandangan hot air ballon. Kalau ada yang masih ingat, Nufa ada sebut di Turki ini aktiviti hot air ballon boleh dilakukan samada di Cappadocia atau Pamukkale.
|
Subhanallah. I just can't stop smiling |
|
Sape suruh comey sangat, kan dah kena tangkap. Hiks! |
|
Yang sekor ni sombong |
Rezeki Nufa dapat tengok hot air ballon di dua tempat yang berbeza serta berjumpa kucing & anjing jalanan yang comel sepanjang Turki trip. Ini antara wish list yang Nufa simpan sejak dari Malaysia lagi. Alhamdulillah.
Jumpa lagi pada entry akan datang.
Daaaaa...
Comments