Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

CASA DEL RIO HOTEL ~ BANDAR HILIR, MELAKA

Ya Tuhan, lamanya tak melawat blog sendiri. S ampaikan layout untuk blog pun dah bertukar 😂😂😂. Rasanya dah dua tahun Nufa tidak menulis sejak Covid19 melanda dunia. Siapa sangka virus yang kelihatan biasa-biasa ini mampu meragut banyak nyawa termasuk la beberapa orang kenalan terdekat Nufa. Banyak benda yang terjadi sepanjang dua tahun, harapan Nufa  pembaca blog ini sihat-sihat & dalam keadaan yang baik hendaknya. Amin. Ikutkan Nufa tak berani sebenarnya nak berjalan semasa musim pandemic ni. Tapi memandangkan sudah terlalu lama berkurung di rumah kerana Working From Home, vaksin pula dah lengkap maka kita cuba la bercuti semasa pandemic ini dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Tapi cara percutian semasa era pandemic sedikit  berbeza & terpaksa dibuat atas faktor keselamatan. Ikutkan hati nak ke Pantai Timur tapi nanti la dulu. Jom la ke Melaka sebagai pilot test vacation. Tiber! Melaka & Jem berpisah tiada. Hiks! RnR Seremban tutup, kita pergi RnR Nilai Macam ta