Skip to main content

CASA DEL RIO HOTEL ~ BANDAR HILIR, MELAKA

Ya Tuhan, lamanya tak melawat blog sendiri. Sampaikan layout untuk blog pun dah bertukar 😂😂😂. Rasanya dah dua tahun Nufa tidak menulis sejak Covid19 melanda dunia. Siapa sangka virus yang kelihatan biasa-biasa ini mampu meragut banyak nyawa termasuk la beberapa orang kenalan terdekat Nufa. Banyak benda yang terjadi sepanjang dua tahun, harapan Nufa pembaca blog ini sihat-sihat & dalam keadaan yang baik hendaknya. Amin.

Ikutkan Nufa tak berani sebenarnya nak berjalan semasa musim pandemic ni. Tapi memandangkan sudah terlalu lama berkurung di rumah kerana Working From Home, vaksin pula dah lengkap maka kita cuba la bercuti semasa pandemic ini dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Tapi cara percutian semasa era pandemic sedikit  berbeza & terpaksa dibuat atas faktor keselamatan. Ikutkan hati nak ke Pantai Timur tapi nanti la dulu. Jom la ke Melaka sebagai pilot test vacation. Tiber!

Melaka & Jem berpisah tiada. Hiks!


RnR Seremban tutup, kita pergi RnR Nilai


Macam takde tempat lain nak bercuti kan? Berapa kali la nak pergi Melaka? Hahahaha... Yang sebenarnya kampung Ibu di Melaka, jadi jangan la pelik kalau blog Nufa banyak cerita pasal Melaka ye 😌 Dah lama tak balik kampung, jadi kita buat kerja sekali harung la. Ziarah kampung dan terus ke Bandar Hilir untuk bercuti. Gitu la konsepnye.

Tapi Melaka ni panas weh! Bersabar je la kalau bercuti ke Bandar Hilir ni. Huhu..




Welcome drink/dessert?


























Macam mewah je pula tempat penginapan Nufa kali ni? Itu la, Nufa sebenarnya cuba mencari hotel yang less crowded dalam keadaan sekarang. Selain itu percutian kali ini sebagai hadiah harijadi Ibu pada bulan December yang lepas. Satu lagi faktor penyumbang yang diambil kira adalah parking. Kebanyakan hotel di sepanjang Sungai Melaka agak limited parking lot. Jadinye di sini la kami bermalam selama 3 hari. Sekali-sekala duduk hotel mewah macam ni ok kot! Lagi pun dah lama tak travel overseas & tatau bila lagi nak bercuti ke luar negara. Nufa malas nak layan tempoh kuarantin & swab test ni semua. Berjalan sambil pakai face masks pun dah mengah. 

Jom tengok apa yang best kat Casa Del Rio Melaka:-

  • Penginapan 3 hari 2 malam dibuat melalui booking.com
  • Bilik Deluxe Lago bernilai RM1200 untuk dua malam termasuk breakfast (ini bilik paling murah noks 😅)
  • Bilik complete dengan segala facilities, housekeeping datang setiap hari, bilik bau wangi & ada wifi sekali
  • Nak pergi ke mana² floor perlu touch access card dekat lift ye
  • Ada bathtub & shower. Hotel bagi bath salt untuk tetamu
  • Nufa perasan ada bekas ubat nyamuk & mosquito repellent dalam bilik. Ada satu di pasang sentiasa dekat suiz tepi dinding. Mungkin banyak nyamuk kat hotel ni tapi takde plak kena gigit. Syukur.. 
  • Swimming pool buka seperti biasa tapi kena booking time slot. Takde lifeguard jadi parents sila pantau anak-anak tau. Pool dekat rooftop, ada kolam kanak-kanak & kolam dewasa (1.2 meter). Setiap tetamu diberi masa selama 45 minutes. Tapi ada juga yang tak follow the rules. Tugas kita kat sini untuk beringat
  • Gym tak pasti buka ke tidak sebab tak sempat pergi
  • Breakfast secara buffet, ada social distancing & setiap tetamu wajib pakai glove semasa mengambil makanan
  • Hotel kat tepi Sungai Melaka, walking distance ke semua attraction places di Bandar Hilir. Melaka cruise berhadapan hotel ni aje uols & ada satu jeti khas untuk tetamu hotel
  • Jonker Walk just a few step away tapi kami naik grab sebab malas (baca: panas, haha)
  • Makanan dekat The River Grill & River Cafe sedap especially Baba Nyonya Seafood Laksa - teringat sampai sekarang 


Staff hotel pun peramah. Nufa sampai hotel sekitar pukul 4 petang, agak lewat sebab habiskan banyak masa di kampung. Sampai aje dekat lobby hotel bellboy dah tunggu & bawa turun luggage kami. Proses check in semua dilakukan oleh front desk staff, Nufa tunggu kat lobby aje. Kereta parking dekat basement. Kawasan parking luas & ada security. 

Percutian kali ni memang santai aje la. Takde melawat tempat sejarah pun, tak naik Taming Sari pun, Melaka cruise tu kami lambai dari tepi hotel je. Dah nama pun percutian pilot test. Tapi sempat la makan cendol kat jam besar yang popular tu. Ramai orang masa cuti sekolah walaupun semasa pandemic. Jadi kena hati-hati pilih aktiviti.








Jadi apa je yang kami buat kat Bandar Hilir tu? Shopping! Hahaha.. Makan & shopping aje la yang mampu. Kami shopping pun dekat uptown Pahlawan Walk (bertentangan dengan Taming Sari) & shopping malls sekitar kawasan tersebut. Itu pun dah penat sebab rimas dengan face masks. 



Sakan btol! 😂














Nufa ada terjumpa satu cafe yang terletak di tepi Sungai Melaka. Cafe ni viral agaknye sebab ramai yang datang makan. Nama cafe ni Waronk Avenue. Tempat agak klasik & konsep cafe pun lain. Dalam cafe ada beberapa buah kiosk, bila waiter selesai ambil order, pekerja di kiosk akan sediakan makanan & hantar sendiri ke meja kita. Hantar & terus bayar harga makanan/minuman yang telah dipesan. Dalam cafe ada dua bahagian tempat makan - di dalam & di tepi Sungai Melaka. Tapi spot kat tepi sungai tu memang payah la nak dapat kan? Cafe buka pukul 12 tengahari. Kalau datang awal banyak makanan yang belum siap lagi. Hari tu kami dapat makan Dim Sum & rojak aje. Kat sini parking pun limited, tapi best jugak nak lepak.


Waronk Avenue






Nampak gayanya rancangan awal untuk singgah di setiap Masjid semasa bercuti terpaksa la ditangguhkan dahulu. Sedih juga sebab kita ada banyak masjid yang cantik di Malaysia tercinta ini untuk dikongsi bersama pembaca di luar sana.












Kan dah cakap banyak aktiviti shopping & makan aje pada percutian kali ini. Hurmm.. 😕😅

Ok daaaaa...





 

Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,