Pertama sekali Nufa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Oasia Suites Kuala Lumpur Hotel kerana menaja penginapan kami pada bulan November 2021 yang lepas. Penginapan One Bedroom Premier Suite selama 3 hari 2 malam merupakan hadiah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak hotel beberapa bulan sebelum itu. Tak sangka juga dapat menang sebab Nufa bukan sejenis yang selalu bertuah untuk benda begini, heheh.. Apa pun ini bukan review berbayar tau, tapi Nufa nak share antara hotel affordable yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Secara jujurnya Nufa bukanlah antara yang gemar bercuti di mana-mana hotel dalam Key Ell memandangkan Nufa sendiri bekerja dalam bandaraya Kuala Lumpur. Hari-hari berulang-alik ke tempat kerja tengok KLCC, KL Tower, Monoreal, LRT Putra, bangunan pencakar langit.. mana mahunya nak staycation dalam bandar juga. Tapi macam Nufa sebut dalam entry yang lepas, Covid19 memang dah ubah banyak perkara. Lagi-lagi untuk orang Selangor/Kuala Lumpur macam kami ni, be
~A Dream Catcher~