Skip to main content

HOTEL OASIA SUITES KUALA LUMPUR & KL TOWER

Pertama sekali Nufa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Oasia Suites Kuala Lumpur Hotel kerana menaja penginapan kami pada bulan November 2021 yang lepas. Penginapan One Bedroom Premier Suite selama 3 hari 2 malam merupakan hadiah  pertandingan yang dianjurkan oleh pihak hotel beberapa bulan sebelum itu. Tak sangka juga dapat menang sebab Nufa bukan sejenis yang selalu bertuah untuk benda begini, heheh.. Apa pun ini bukan review berbayar tau, tapi Nufa nak share antara hotel affordable yang ada di sekitar Kuala Lumpur. 



Secara jujurnya Nufa bukanlah antara yang gemar bercuti di mana-mana hotel dalam Key Ell memandangkan Nufa sendiri bekerja dalam bandaraya Kuala Lumpur. Hari-hari berulang-alik ke tempat kerja tengok KLCC, KL Tower, Monoreal, LRT Putra, bangunan pencakar langit.. mana mahunya nak staycation dalam bandar juga. Tapi macam Nufa sebut dalam entry yang lepas, Covid19 memang dah ubah banyak perkara. Lagi-lagi untuk orang Selangor/Kuala Lumpur macam kami ni, berbulan kena PKPD. Kah!














Luaskan suite ni? Kelengkapan pun semua cukup tapi masa kami stayed di sana, pihak hotel cuma berikan cawan/pinggan/sudu etc untuk kegunaan dua orang aje. Kalau datang ke sini dengan family besar mungkin kena bawa peralatan makan/minum tu dari rumah. Nufa tak pasti kalau boleh minta extra daripada pihak hotel. Tapi amenities yang lain, tersangat la puas hati. Ada microwave, washing machine, peti ais gabak, working table, iron with iron board, semuanya lengkap la dalam suite ni. Tapi untuk bilik deluxe Nufa tak pasti tau. Cuma kat sini bathtub takde, tapi itu bukan masalah besar sangat. Swimming pool ada je dekat tingkat 24. Untuk pilihan bilik yang lain, korang boleh cek kat sini okey 👉 Oasia Suites KL




Jom kita tengok Lobby dengan pool plak. Ngehhh...


Lobby macam panas sket, tatau pasal apa




Main entrance





Pool sedalam 1.2 meter. Takde pool untuk kanak-kanak tapi kat bahagian tangga & kerusi santai tu air agak cetek. Macamana pun ibu ayah tetap kena monitor anak-anak masa mandi kan? Setiap tetamu kena booking slot untuk menggunakan swimming pool dan hotel akan beri setiap orang masa selama 45 minutes. Seawal 7.00 pagi pool sudah dibuka. Kami buat kerja gila jugak hari tu, masuk pool pukul 7.00 pagi, konon nak elakkan crowd. Memang takde orang langsung ye, hahaha.. pastu nyesal sebab sejuk bebenor!


Hotel ini terletak dekat Jalan P. Ramlee, betul-betul di belakang Shangri-La Hotel & bersebelahan dengan Pacific Regency Hotel. Berdekatan aje dengan KL Tower, tapi Nufa nasihatkan tak payah la cuba-cuba nak menapak ke sana. KL Tower tu terletak di atas bukit, basah tiak nanti 😂. Hotel ada sediakan parking percuma untuk tetamu tapi Nufa tak parking kat situ. Banyak review yang Nufa baca ada sebut tentang parking yang agak sempit. Tapi Nufa tak pasti la sempit macamana, cuma jiwa gegirl ni tak berani nak bawa sedan size besar ke tempat gitu. Satu benda je la yang agak kureng pasal hotel ni, cafe mereka ditutup buat masa sekarang. Jadi kami order  makanan dari FoodPanda/Grab. Actually boleh je masak kalau rajin sebab peralatan semua lengkap. Tapi kami memilih untuk memesan  makanan memandangkan eateries banyak je terdapat di sekitar hotel. Ada satu 7 Eleven terletak di hotel bersebelahan. Mineral water & snakcs semua Nufa beli dari situ. Hotel ni ada gym tau tapi Nufa tak pergi pun. Plus point kat sini adalah view pool & room yang menarik. Kita boleh nampak KL Tower semasa swimming dan untuk sesetengah bilik pun boleh dapat view yang sama. 



Korang tau tak lampu dekat KL Tower ini akan berubah pada setiap malam? Nufa baru aje tahu, hahaha.. sedih betul la orang Key Ell sorang ni. Memandangkan dah acah-acah tourist tu kan, kami pun decide pergi melawat KL Tower untuk lunch pada keesokkan harinya. Tapi nak bagi tahu awal-awal, untuk lunch, tea time & dinner dekat KL Tower kena buat reservation dulu ye. Kami ke KL Tower dengan Grab aje, bayar dalam RM5. Kalau nak memandu sendiri ke sana pun boleh. Parking banyak & kalau tidak silap adalah percuma. Cuma nak ke sana kena melalui satu pintu gerbang & ambil tiket masuk. Tiket tu Nufa tak pasti berapa harga sebab kalau dengan Grab tak perlu bayar apa-apa pun. 









Lunch dekat Atmosphere 360,  KL Tower bermula pada pukul 12.00 - 2.30 petang. Tempat ini terkenal sebagai restaurant berputar 360 darjah. Memang berputar pun tapi slow aje la. Selama 2 jam setengah tu kita boleh menikmati pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Harga buffet lunch yang Nufa bayar sudah termasuk dengan entrance fees ke Menara KL. Cuma kalau nak pergi ke observation deck, ada harga tambahan yang lain. Kalau nak ambil window seat (dah macam naik flight plak rupanye) kena extra charges lagi. Pada masa tu Nufa kena tambah RM25 untuk satu meja. Sekarang tak tahulah berapa harganya. Begitu la kehidupan anak kota ni dik non. Takde apa yang percuma. Tiberr!


Untuk info lebih lanjut mengenai reservation, decoration & menu boleh refer di sini ye  👉 Atmosphere360 KL Tower Overall Nufa puas hati dengan layanan & makanan di situ. Nufa tak cerewet pasal makan, semuanya pun sedap 👀


Ikutkan banyak juga aktiviti yang kita boleh buat dekat KL ni tapi Nufa memang cuba hadkan pergerakan. Nervous pula tengok orang ramai waktu Covid masih ada lagi tapi nak buat macamana kan. Suka atau tidak kena la biasakan diri & hidup dengan virus jahat ni sambil mengamalkan SOP. 



Until next time. Stay safe & take care!

Daaaaa...














Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,