Skip to main content

Cuti-Cuti Cameron Highlands!

Hai Uolss..


Baru-baru ni Nufa ke Cameron Highlands tau. Walaupun sekarang musim hujan tetap jugak nak berjalan katanye. Kali terakhir Nufa datang ke sana adalah pada bln Oktober tahun lepas. Hehehe.. Walaupun beza hanya setahun harga barang di Cameron sudah tidak semurah dulu lagi yer.. Dulu dengan RM10 Nufa boleh dapat 4 kotak size medium buah strawberry, tapi kali ni untuk size yang sama Nufa kena bayar RM20. Mahal tak??

Seperti thn lps, kali ni Nufa memandu dari KL dan susur keluar ikut Simpang Pulai. Untuk gegirls yang nak memandu ke sana Nufa advice ikut la exit Simpang Pulai. Sebab jalannya lebar dan tak seteruk Tapah. Selekoh tak tajam & boleh elakkan kita dari mabuk akibat dr jalan bengkang-bengkok. Untuk yang ada family dan anak kecil pun sesuai juga ikut jalan ni tapi agak jauh sikit la ye. Tol dr KL ke Simpang Pulai adalah sebanyak RM21.60. 




Mee Hon sup - rasanye boleh tahan jugak


RTC Simpang Pulai

Kami singgah di RTC Simpang Pulai untuk makan tengahari. Tempat ni terletak sebelum kwsn RnR Simpang Pulai. Di sini terdpt AgroMall yang menjual pelbagai jenis buah-buahan. Ada jambu kedut, jambu madu, limau barli.. mcm2 la. Nufa rasa harga buah-buahan kat situ lebih murah kalau dibandingkan dgn RnR. Oh ye, Mydin pun ada dekat RTC ni. Motif???


Jom tengok dekat mana Nufa duduk kali ni  :-D

















IRIS HOUSE HOTEL



Bilik triple room ni Nufa booking melalui booking.com. Hotel ni terletak di pekan Brinchang. Selalunya harga dekat booking.com jauh lebih murah daripada harga website. Harga untuk 2 mlm adalah RM508. Tapi kalau anda government servant ada diskaun 10% lagi tau. Untung orang yang keje dengan kerajaan ni kan?? :-p

Bilik luas dan selesa utk kami bertiga. Katil queen tu sebenarnye boleh je muat untuk 3 orang. Tapi bilik yg kami dapat ni takde balkoni, Macam kureng sikit la kat situ.. ingat boleh la lepak kat balkoni mlm2 sambil minum teh panas - ahahahaha.. So kalau sesape yg nak duduk sini minta bilik yang ada balkoni ye.




Dinner Steamboat @ Hotel Rosa Passadena



Dekat Cameron Highlands ni kedai makan Melayu agak kurang. Mujur ada kfc dkt pekan Brinchang tu. Mkn malam kami dekat Hotel Rosa Passadena. Steamboat nya sangat la sedappp & yg penting halal. Tapi kena ambil minimum untuk 2 pax. 1 pax harganya RM25. Nasi goreng kampung kat situ pun sedap jugak! Fresh orange pun marvelous. Semuanya sedap la. Ahahahaha.. 

Recommended - sila datang ke sini untuk cuba steamboat mereka ye.



Nik Ikan Bakar


Dekat area Rosa Passadena tu ada 1 restaurant Melayu - Nik Ikan Bakar. Kedai tu sentiasa penuh. Selain ikan bakar, tomyam kat situ pun sedap juga. Tapi restaurant tu tak berapa besar. Kalau hujung minggu, kena la tunggu turn untuk duduk makan di sana. 



Satu lagi tempat yang anda harus pergi bila ke Cameron Highlands adalah Taman Agroteknologi MARDI. Dekat sini terdapat pelbagai jenis bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kiranya kalau tak sempat nak cover seluruh Cameron, Taman agro ni pun dah mencukupi. Bayaran masuk ke sini adalah RM3 untuk orang dewasa. 














Bunga-bunga tu boleh dibeli tau! Ada tanda harga kat situ









Buah strawberry ni pun boleh dibeli :-D



Mungkinkah sejenis Orkid?



Model buah tomato, Haiyyoo!! :-p




Geramnya tengok strawberry tu, rasa macam nak picit! 




Lavender Garden



Wajib beli! Strawberry salut coklat



Dekat Cameron Highlands ni ada banyak ladang teh sebenarnya. Yang paling popular adalah ladang teh Sg. Palas - tapi Nufa tak berani nak ke sana sbb jalannya agak sempit & hanya muat untuk satu kereta saja. Macam tak berani la plak gegirl ni kann.. Maka, kita ke Bharat Tea Plantation sajalah ye. Ladang teh ni terletak di Ringlet, lbh kurang 3km dr Tanah Rata.




Cantik kan :-)






Sedikit tips untuk anda semua - Pasar Malam Brinchang terletak betul2 di dalam pekan Brinchang. Hanya dibuka pada hari Jumaat & Sabtu. Kalau bermalam di sekitar pekan Brinchang, kira sangat bernasib baik kerana tidak perlu fikir mana nak parkingkan kereta ke sana. Jalan kaki saja pun boleh. Hujung minggu & public holiday - keadaan di Cameron akan bertukar seperti KL. Jalan jem dimana-mana aje.

Ada sesetengah barang lebih murah dibeli di pasar malam tetapi ada juga yang murah bila kita beli sendiri di ladang. Tapi spt yang Nufa bagi tau di awal entry tadi, harga sayur-sayuran, bunga & sebagainya tidak la semurah dulu. Yang pasti - jagung rebus dekat sana manis & sedappp. Hehehe...



Hasil tangkapan - semuanya dari pasar malam saje :-D




Comments

Nour Leeman said…
Teringin nak ke cameron dgn anak2..mesti best kan..dapat rasa angin sejuk..hihi
NufaDeeLa said…
Elakkan pergi masa musim hujan, nanti tak sempat nak jalan2 banyak tempat. Tempat sejuk.. sesuai utk release tension :-)

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,