Skip to main content

KOREA 2015 ~ Day1 ~ From KLIA2 to INCHEON Airport

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah & Maha Penyayang.



Pengalaman pertama kali menaiki AirAisaX & terbang dari KLIA2. Mula-mula tu rasa nervous jugak la sebab tak pernah fly dengan AirAsiaX untuk perjalanan jauh. Dari KL ke Seoul, masa yang diambil lebih kurang 6jam 30minit. 



Memandangkan konsep percutian kali ni adalah "aku dah ambil full board package dari travel agency, maka taknak fikir apa2" kononnya. Sebagai seorang kaki travel, samada secara backpackers ataupun tidak, kita mesti nak share semua pengalaman kan. Makanya untuk trip Korea kali ni sila la baca setiap entry dengan fikiran yang terbuka tanpa sebarang prejudice ye. Bunyi macam serius sangat kan? Kenapa ye? Teruskan la membaca..



Walaupun kita da decide untuk pergi bercuti dengan travel agency, sila la merajinkan diri buat sket homework. Jangan depends sangat-sangat pada travel agency okeh. Pengalaman Nufa berurusan dengan Andalusia Holidays, sejak dari awal lagi sangat la tidak menggembirakan. Orang putih cakap turn off betul. In fact, sehingga la entry ini ditulis, email complaint yang dilayangkan kepada pihak Andalusia Holidays langsung tidak dilayan. Takde sorang pun staff Andalusia tampil memberikan penjelasan. Aihhh!! Andalusia kot?? Macam tak pecaye je. 


Apa isunye dengan Andalusia Holidays ni? Ok ,Nufa list down kan beberapa perkara yang membuatkan hati jadi bengkek je dengan pengurusan mereka:-

  • Hot Seat - Nak beli hot seat pun susah. Takde dalam policy katanya. Kalau nak jugak hot seat tu kena tunggu sehingga hari  perlepasan. Kiranya kalau seat masih available, bernasib baik la. Kalau tidak, lupakan sajork. Tp sebulan sblm fly, boleh pulak mereka call & mahu uruskan pembelian hot seat tu. Pulak?? Sekejap macam ni, sekejap macam tu. So ok, proceed with the hot seat. Tp bila last minute baru nak beli hot seat, takde maknanye la dapat seat yg kita nak tu kan. Ingatkan da setel, rupanya TIDAK ye. Boleh pulak pihak Andalusia Holidays ni tertukar nama peserta yang lain untuk hot seat tersebut & tiket kami mereka swap macam tu aje tanpa sebarang explanation/briefing. Ya ampun!! Kami hampir2 tidak diberikan meal di dlm flight sebab nama tidak ada di dalam listing AAX utk hot seat tu ye. 

  • Korea Imigresen - Ini peringatan untuk semua la. Sila dapatkan alamat penuh hotel semasa ingin mengisi declaration form. Selain itu isikan maklumat yang lengkap pada setiap soalan dalam declaration form tersebut. Declaration form ini sangat penting, kalau anda isi sambil lewa aje bersedialah untuk masalah seterusnye. Apa yang terjadi, pihak Andalusia Holidays hanya memberikan nama hotel aje tanpa alamat penuh. Sudahnya, Nufa & Ibu menghadapi kesukaran untuk melepasi imigresen mereka. Budget kami ni nak duduk secara haram ke apa? Malu jugak bila kena marah dengan pegawai Imigresen Korea tu. Mungkin jugak kami tidak bernasib baik sebab dapat pegawai yang cerewet. Dalam keadaan yang kalut macam tu, kami tercari-cari di mana tour leader kami. Oh yee.. beliau dengan senang hati tinggalkan group members dan dengan penuh konfiden tunggu bagasi di ruang mengambil bagasi. Yehaa!! Ko mampu?

  • Tour Leader - kalau tour leader tu da berumur 66 tahun & merupakan ahli paling tua dalam group tu apa lagi la yang boleh kita harapkan. Iye dok? Yang ni paling WIN sekali. Tak tahu apa kriteria yang pihak Andalusia Holidays guna untuk melantik tour leader kami. Sepanjang percutian, Nufa sentiasa berdoa semoga tiada apa2 kecelakaan yang berlaku sebab, ye la sepatutnya kami ni dijaga oleh pihak travel agency tetapi waktu tu tatau sape yang patut jaga siapa. 

Lagi seminggu nak terbang, barulah kami dihubungi oleh tour leader. Itu pun setelah beberapa kali Nufa follow up dengan pihak travel agency. Senyap macam tu aje da kenapa kan? Pakej yang kami bayar tu guna duit ye. Bukannye guna dedaunan kuning gingko & merah maple yang ada kat Korea tu. Krik..krikk..krikk [Marah ni!]


Andalusia - Anda memang sangat berpengalaman dalam pengurusan jemaah umrah maka fokus pada urusan jemaah umrah saja la. Kekurangan anda sangat ketara ketika menguruskan pakej holidays ni. Out of 10, Nufa hanya mampu berikan 4 saja. Anda sangat bernasib baik sebab ground package & pemandu pelancong tempatan (Ms Judy) menjaga kami dengan sangat baik sepanjang berada di sana. 


Oleh kerana mood pun da kureng awal2 lagi, maka banyak juga tips, gambar & details perjalanan yang Nufa ambil remeh aje. Sebab tak berani nak letak high expectation gituh!

Walaupun begitu, untuk 1st entry ke Korea ni Nufa nak share sket tips2 yang boleh dikatakan berguna juga untuk first timer pengguna AAX & KLIA2.




  1. Uols, guna je map kat bawah ni semasa berada kat KLIA2. Nufa rasa ini la plan paling simple & tidak memeningkan kepala. Dari main entrance da tak jauh sangat dengan kaunter check-in & drop off baggage. Tempat makan & ATM machine pun ditunjukkan dengan sangat jelas. Surau utama terletak di level atas, tapi surau kecik ade je kat level yang sama. Berdekatan dengan KK Mart. Takde la kecik sangat pun. Selesa jugak.


Kalau da nampak papan tanda yang besar kat belakang tu, anda da selamat berada di sekitar kaunter check-in. No need to worry anymore







Lepas selesai urusan check-in tu semua, sila beratur di pintu P/Q untuk perlepasan antarabangsa ye adik-adik.




2.  Perkhidmatan buggy - Perkhidmatan ni bermula selepas melalui Pintu P/Q & disepanjang laluan ke Gate perlepasan. Ada signboard & ruang yang disediakan. Tapi kalau korang muda lagi jangan mengade-ngade nak naik menda alah ni ye. Perkhidmatan ni hanya diberi kepada disable people & orang2 tua aje. Untuk kes Nufa ni, oleh kerana Nufa travel bersama warga emas, Maka Nufa dibenarkan untuk menggunakan khidmat buggy. Jangan jeles.. 












Walaupun gambar bergegar tetap gembira naik buggy. Motiff? 


3. Announcement - dekat KLIA2 ni kena sentiasa alert dengan announcement. Rajin2 kan diri untuk selalu double check info perjalanan anda dkt skrin papan tanda. Sebabnya flight kami hari tu lagi 30 minute sebelum berlepas bertukar ke pintu lain. Memang kelam-kabut & terlari-lari dibuatnye sebab kami terpaksa melalui sekali lagi proses Kastam. Terima kasih kepada pasangan Korea yang sangat concerned pada group kami. #Mood bengang tak hilang lagi.



4. Incheon Airport

Gambar ehsan Mr Google







Kalau tak silap Nufa, direct flight dari KL-Seoul hanya ada 2 aje. Satu flight malam & satu lagi flight awal pagi dengan AAX ni. So pandai2 la budget masa anda dengan itinerary. Kami sampai Incheon Airport lebih kurang jam 8 pagi. Mujur flight AAX hari tu tak delay. 


Dekat dalam airport ni, anda dikehendaki menaiki train untuk menuju ke kaunter imigresen & bagasi. Airport ni besar, jauh jugak nak berjalan. System train ni sama la lebih kurang macam putra LRT kat KL. Cumanye, yang bagus sket train ni adalah: pintu untuk penumpang turun & naik diasingkan. Kalau penumpang turun di sebelah kanan, maka pintu di sebelah kanan sahaja yang akan terbuka. Selepas itu barulah pintu disebelah kiri dibukakan untuk penumpang naik pula. Bagus tak? Takde la berebut-rebut.


Jangan risau pasal toilet, banyak terdapat di dalam airport. Toilet pun canggih. Takde pili air digunakan. Kesat aje. Lulz!!  Dalam airport ni terdapat juga money changer. Kalau tak sempat nak tukar duit kat Malaysia boleh singgah dulu kat situ. Lokasi money changer ni terletak di seluruh airport. Berdekatan dengan pintu keluar airport pun ada satu. InsyaAllah, boleh jumpa.


Kami sebenarnya tak sempat nak explore & berposing sakan kat dalam Incheon airport ni sebab ikutkan itinerary kena terus ke Pulau Nami. Ini aje keburukan bercuti ikut pakej. Kesuntukan masa & terlari-lari. So be prepared aje la ye. Kalau nak bergerak secara solo pun boleh, takde masalah tetapi kita akan berdepan dengan language barrier. Orang Korea tak tahu speaking uols. Susah nak jumpa yang tahu bercakap even in basic Bahasa Inggeris. Ko jenuh la speaking London dengan beliau, tapi beliau selamba rock je jawab dalam Bahasa Hangul. Yee.. Confident itu penting okeh!


Entry selepas ini Nufa nak cerita tentang Nami Island & Seoraksan Mountain pulak ye. Harap2 entry Korea ni sempat la habes sebelum tahun baru 2016. Hikss! 


Daaa....

Lets go to Nami Island bebeh!



#Nota kaki June 2019

Tak sangka pula entry yang Nufa tulis pada tahun 2015 masih lagi relevant dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Incident ini sudah hampir empat tahun berlaku dan sejak kes tersebut Nufa tidak pernah menggunakan khidmat mereka lagi. Tak berani ambil risiko dan takut kecewa. Jadi kalau ada yang minta pendapat Nufa tentang perkhidmatan Andalusia Holidays sekarang, I have no comment. 

Secara jujurnya, Nufa belajar banyak perkara daripada trip Korea tu. Macam yang Nufa tulis sebelum ni, walaupun kita sudah membuat pilihan untuk bercuti dengan mana-mana travel agency, tolong jangan lupa rajinkan diri buat sedikit research & homework. Ini yang Nufa praktikkan selepas selesai trip Korea. In fact, balik aje daripada Seoul dulu, Nufa terus survey & buat research pilihan travel agency yang ada untuk repeat semula Korea pada masa akan datang. Aihhh.. macam sadis aje bunyinye 😂😂

Preferences setiap orang kan berbeza-beza. Macam Nufa sendiri, selain untuk enjoy the journey Nufa akan pastikan mana-mana pakej yang Nufa ambil selepas Korea trip itu akan ada kriteria seperti di bawah ini:- 

  • Trip mesra warga emas > Nufa travel dengan Ibu, kriteria ini satu kemestian.
  • No tourist trap > tiada tempat paksa beli. Banyak Travel Agency yang bawa peserta ke tempat tourist traps ni. Sangat tak suka & Nufa akan cuba elakkan.
  • Halal & solat terjaga > kriteria penting.
  • Hotel strategik > Nufa nak lepak chillax sightseeing waktu malam. Jadi tak nak stay di hotel yang jauh dari bandar.


Nampak macam cerewet sangat aje Nufa ni kan? Sebenarnye bila kita travel dengan orang tua/warga emas, kena ada sedikit nilai tambah dalam pakej kita tu. Dan percayalah, agak susah sebenarnye nak mencari pakej mengikut preferences Nufa ni. Nufa mahukan pakej yang mesra warga emas dan dalam masa yang sama mahukan itinerary yang menarik serta hotel yang terletak di sekitar attraction places. Cerewet pun cerewet la dik non! Bukan senang kita nak menabung demi satu perjalanan. Kalau rezeki duit ada, maybe rezeki kesihatan pula yang menghalang. Sebab itu, kalau boleh Nufa mahukan satu pakej yang nilainye setara  dengan jumlah pelaburan yang kita akan buat.


Tapi dalam banyak2 travel agency yang Nufa dah survey, pakej Korea daripada ARBA TRAVEL boleh dikatakan hampir memenuhi kehendak Nufa sekeluarga. Ralitnye bila Nufa dapat tahu mengenai agency ini agak lewat. Pulak tu pakej dari ARBA Travel ni ada pelbagai pilihan yang bersesuaian dengan budget kita.  Ada pakej super jimat, pakej budget serta pakej premium. Tapi kena ingat ye, bila ada pilihan yang pelbagai ni, pasti lah setiap trip itu akan berbeza di antara satu dengan yang lain. Bagus juga ada variasi begini, maknanya kita akan dapat perkhidmatan yang setara dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. 

Apa yang Nufa perhatikan, pilihan pakej yang ditawarkan oleh ARBA Travel agak menarik dari segi itinerary dan pilihan tempat kediaman yang mereka sediakan. Contohnye itinerary untuk pakej Super Jimat, pihak ARBA Travel beri satu hari untuk free and easy. Pakej ni sesuai sangat untuk mereka yang nak cuba explore sendiri Bandar Seoul. Kalau nak fefeeling macam local people, boleh pilih pakej yang tinggal di Guesthouse. Tapi kalau nak selesa, kena pilih pakej premium la sebab mereka akan beri peserta tinggal di hotel. Nampak tak camne gigihnya Nufa study untuk satu-satu pakej tu pun.

Walaupun Nufa belum pernah lagi ikut mana-mana pakej daripada ARBA Travel, but I am looking forward to their Seoul trip. Memang dalam wish list Nufa pun travel agency yang satu ni. Mungkin la kot rezeki Nufa untuk pergi ke Seoul, Korea lebih daripada sekali. Tapi kali ni kalau pergi tak mau lagi dah ambil hot seat tu semua. Lesson learnt gituh! 👀


Ok guys, let’s check it out this new player in our tourism industry ARBA TRAVEL Harga yang ditawarkan pun agak affordable, lagi-lagi kalau kita sempat grab harga promo early bird. Berbaloi-baloi! 































Comments

Sabar jelah bila ambil pakej ni. Next time kena betul2 pilih travel agency ni. Tapi how's Seoul? Best tak so far? hehe
NufaDeeLa said…
Kalau ada rezeki memang nak repeat lagi Seoul, tapi dengan agency lain la plak. InsyaAllah :-)

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,