Skip to main content

HANWA RESORT @ MOUNT SEORAK & MATE HOTEL @ SEOUL


Lambat plak review hotel @ Korea ni nak publish kan? Hehehehe... Maaf ler, bila dah start sibuk maka akan jadi lambat nak update blog. Ok, entry kali ni Nufa cuma nak berkongsi cerita tentang hotel-hotel yang kami duduki selama berada di Korea. Untuk pengetahuan, kami bermalam di Hanwa Resort Seorak Sorano selama semalam dan di Mate Hotel selama 3 malam. 



Hanwa Resort Seorak Sorano
















Supermarket



Lobby area











  • Ini adalah apartment resort yang memiliki 2 buah bilik. Bilik pertama ada katil king size manakala bilik kedua merupakan Tatami bedroom. Kalau nak merasai cara tradisional orang Korea tidur, boleh la cuba tido kat tatami bedroom, sebab dalam bilik tu cuma disediakan bantal serta selimut toto. 
  • Terdapat mini-kitchen serta living room juga. Peralatan memasak turut disediakan - fully occupied with all the equipment for you to cook. Gittew!
  • Boleh menampung sehingga maksimum 4 orang. Bilik memang luas. Walaupun begitu, toilet cuma ada satu aje.
  • Ada satu supermarket dekat lobby area. Memang best sebab dalam supermarket ada jual macam2. Nufa beli banana uyu (susu pisang) dekat situ. Baru KWon 1400. Benda paling murah yang Nufa beli kat Korea. Haha!!
  • Wifi cuma ada dekat lobby area. Bertabah laaa..
  • TV disediakan tapi semua channel Korea. Belasah je tengok :-p
  • Cuma tuala kecik aje yang disediakan oleh pihak hotel. Sila bawa tuala sendiri okeh. Oh ye, ada hair dryer juga.
  • Lounge area juga luas. Tapi kena hati-hati ye dengan makanan yang disediakan sebab mereka tidak menyediakan daging halal. Kami makan cereal, roti & fruits aje semasa breakfast.
  • Ada waterpark di sekitar hotel tapi Nufa tak sempat nak explore. 
  • Kebanyakan pelancong yang datang melawat Seorak Mountain akan bermalam di sekitar kawasan Hanwa Resort. Memang tak sempat nak patah balik ke Seoul kerana jarak perjalanan yang jauh.
  • Kaunter staff tidak tahu berbahasa Inggeris. Please take note ya!




Mate Hotel







Kopi & roti bakar disediakan percuma di lobby area







Hello Ms. Judy & friendly Chef! *waving hand*




Chef yang sangat peramah, tapi lupa nak tanya nama. Eh, ada rupa Korean tak iols? :-p


Gambar ini diambil oleh Chef yang peramah itu. Ahahaha!!


Gambar ehsan Google

  • Lokasi Mate Hotel agak jauh dari pusat bandar Seoul. Kira-kira 45 minute perjalanan kalau tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
  • Dikatakan antara boutique hotel yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.
  • Sekitar hotel agak sunyi ketika waktu malam. Semua kedai berhampiran sudah tutup kecuali satu kedai serbaneka seperti 7-11 yang beroperasi 24 jam diseberang jalan. Nufa sempat beli mineral water serta banana & strawberry uyu kat situ. Anda kena cuba strawberry uyu jugak. Rasanye sedap - masam2 manis. Hehehe..
  • Dekat sini Nufa terpaksa meminjam international adapter dengan harga KWon 10000. Pihak hotel memang sentiasa pastikan stock adapter mencukupi. Jangan risau kita akan dapat balik deposit KWon 10000 tu.
  • Tidak banyak pilihan breakfast. Kami masih memilih sajian roti, cereal, keledek rebus & fruits sebagai sarapan pagi. Ruang tempat makan juga agak terhad & kita akan diminta untuk menghantar sendiri piring/cawan yang sudah digunakan.
  • Toilet dekat hotel ini sangat luas, siap ada jakuzi lagi. TV pun ada kat dalam toilet. Hebat! 
  • Remote control serta peralatan tandas semua dalam bahasa Hangul. Pandai-pandai la korang untuk try & error.
  • Wifi terdapat di setiap bilik hotel.
  • Front desk staff dekat sini boleh berbahasa Inggeris. 
  • Chef hotel sangat la peramah. Dia sendiri akan berjumpa dengan tetamu hotel & berbual-bual walaupun hanya menggunakan basic Bahasa Inggeris :-)


Hotel yang disediakan oleh pihak travel agency agak baik. Namun begitu tidak terdapat penanda arah kiblat. Cuma kalau diberi pilihan Nufa lebih suka menetap di hotel yang berdekatan dengan Seoul city atau sekitar Myeong Deong. Waktu malam paling tidak boleh boleh buat aktiviti sight seeing kan?


Itu aje review yang Nufa boleh beri untuk kedua-dua hotel ini. Harap dapat membantu anda dalam pemilihan hotel @ Korea di masa akan datang. Jumpa lagi!


Daaa..

Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,