PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 4 @ FREMANTLE MARKET, KAILIS FISH N CHIP, RAINBOW CONTAINER, COTTESLEO BEACH & WATERTOWN BRAND OUTLET CENTRE)
Hari ke-4 merupakan hari untuk kami shopping sebelum terbang semula ke Malaysia pada keesokkan paginye. Masa Nufa ke sini September lepas, DFO Perth masih belum dibuka lagi kepada orang awam. Kalau tak silap, DFO Perth dibuka pada October 2018. Elok je dah sampai Malaysia baru kau nak launching outlet tu kan. Sakit pula hati ni. Tempat paling famous untuk shopping di Perth ini adalah di Fremantle Market. Sebabnya kebanyakan barangan yang dijual di sini jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga di Perth city. Fremantle Market ni macam ala-ala Central Market sket la. Macam-macam ada dijual di sana termasuklah makanan, sayuran, buah-buahan, cenderahati serta pakaian. Barangan kulit pun ada walaupun bukan barangan kulit yang berjenama, kualitinya agak bagus juga. Kebanyakkan pelancong datang ke sini sebab nak bawa balik souvenir. Local people pula datang ke sini sebab nak cari barang keperluan. Tapikan fremantle market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad