PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 4 @ FREMANTLE MARKET, KAILIS FISH N CHIP, RAINBOW CONTAINER, COTTESLEO BEACH & WATERTOWN BRAND OUTLET CENTRE)
Hari ke-4 merupakan hari untuk kami shopping sebelum terbang semula ke Malaysia pada keesokkan paginye. Masa Nufa ke sini September lepas, DFO Perth masih belum dibuka lagi kepada orang awam. Kalau tak silap, DFO Perth dibuka pada October 2018. Elok je dah sampai Malaysia baru kau nak launching outlet tu kan. Sakit pula hati ni.
Tempat paling famous untuk shopping di Perth ini adalah di Fremantle Market. Sebabnya kebanyakan barangan yang dijual di sini jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga di Perth city. Fremantle Market ni macam ala-ala Central Market sket la. Macam-macam ada dijual di sana termasuklah makanan, sayuran, buah-buahan, cenderahati serta pakaian. Barangan kulit pun ada walaupun bukan barangan kulit yang berjenama, kualitinya agak bagus juga. Kebanyakkan pelancong datang ke sini sebab nak bawa balik souvenir. Local people pula datang ke sini sebab nak cari barang keperluan. Tapikan fremantle market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad je tau. Jadi pastikan anda susun betul-betul jadual perjalanan anda ye.
Dekat dalam Fremantle Market ni ada satu kedai yang agak famous di kalangan Malaysian iaitu Megabes. Orang kita suka datang ke sini untuk beli souvenir sebab harganye murah. Tapikan Nufa pula berpendapat E-Shed Market lebih baik lagi kerana pilihan lebih banyak dan susunan kedai di dalam itu lebih selesa. Tapi harga barangan yang dijual di sini agak mahal sedikit dari Megabes. Mahal dalam 3-5 AUD aje la pun. Contoh:- sweater di Megabes anda boleh dapat dalam lingkungan harga 10AUD. Tapi di E-Shed harga lebih kurang 15AUD. Nufa suka shopping di sini sebab pilihan lebih baik. Tapi dekat E-Shed takde jual banyak makanan. Ada pro and cons la di situ. Jarak antara dua tempat ni lebih kurang dalam 15 minit pemanduan.
Fremantle Market
Kami masuk ke Fremantle Market melalui pintu belakang kerana di sini kawasan untuk parking lebih luas. Tapi di E-Shed Market boleh aje parking di hadapan bangunan. E-Shed ni terletak berhampiran dengan jeti, jadi boleh tengok banyak kapal dagang berlabuh di tepi jeti.
E-Shed Market
Selain dua tempat ni terdapat satu lagi shopping mall yang popular di Perth iaitu Watertown Brand Outlet Center. Kalau nak cari branded item seperti Fossil, Smiggle, Skechers, Brands Outlet, Factorie boleh la cari di sini. Harga tidak la jauh berbeza dari Malaysia sangat pun kecuali kalau ada sales, baru berbaloi untuk dibeli. Sangat berbaloi ye like no jokes! Watertown Brand Outlet Center ni cuma ada dua/tiga tingkat je kalau tak silap. Tapi agak besar juga la, jenuh nak berjalan daripada satu hujung ke hujung yang lain. Kedai pun banyak. Selain tu terdapat juga kemudahan surau di sini selain tandas dan tempat makan. Tapi kebanyakan masa Nufa solat di Apartment aje kerana trip kami selalunye berakhir sekitar 5.00 ptg. Memang sempat sangat untuk solat jamak & qasar.
Watertown Brand Outlet Center
Nak bagi tahu ni, pastikan jangan bawa balik duit syiling AUD ke Malaysia. Sebab money changer disini taknak terima syiling. So habiskan je la syiling tu. Beli la buah ke, air ke.. asalkan jangan dibawa balik. Hihuuiii
Selain aktiviti shopping yang sangat mengembirakan hati 😆😜, kami juga berkesempatan pergi ke beberapa lagi attraction places di hari ke-4 itu. Highlight trip on day 4 adalah Rainbow Container. Hahahaha!! Adohh.. siapa lah yang mula-mula kenalkan tempat tu kan? Asal masuk dalam drama je terus jadi popular. Malaysian pun gigih la juga nak sampai ke sana. Tau tak kat mana tempat ni? Kat tepi jalan raya dik non oii! Orang ke hulu ke hilir kat atas jalan raya, kau pulak sibuk berposing macam2 gaya kat tepi jalan tu. Nasib lah.. Masa ni lupa terus yang ada kat atas kepala pada waktu itu adalah deretan container. Lolz!
Tapi Nufa lebih tertarik dekat satu port istimewa ini. Lokasinye berhampiran dengan Rainbow Container. Rainbow Container ni terletak di kawasan taman perumahan tau. Tapi kelihatannye seperti high end residence aje. Banyak rumah mewah kat situ, siap ada jeti kecil dan bot bagai. Memang cantik weh.. Nufa hanya mampu tengok aje. Itu pun dah bersyukur sangat. Alhamdulillah 😊
Kami makan tengahari di Kailis Fish & Chip. Ini adalah antara tempat wajib yang anda kena datang tau. Memang lain rasa fish and chip dekat sini. Ikan rasa lebih fresh ditambah lagi dengan suasana di tepi pelabuhan, feeling aje masa makan ikan. Hehehe.. Cuma kat sini kena berhati-hati dengan kelibat burung nakal yang suka mencuri makanan anda. Sebenarnye ada banyak menu di Kailis Fish & Chip. Menu yang kami ambil adalah basic set aje. Pun begitu basic set ni didatangkan sekali dengan dessert carrot cake. Harga fish & chip basic set ni kalau tak silap dalam 15-16AUD. Selain itu ada menu seafood lain juga seperti lobster dan sotong.
Sedap sangat agaknye tu. Ha ha ha!! |
Apa yang Nufa suka sangat dengan Perth ni selain daripada suasananya yang tenang dan damai adalah pemandangan lautnya yang cantik. Bukan setakat laut, langit pun nampak cantik membiru. Sebab apa cantik? Rasanye mungkin kerana lokasi Australia itu sendiri yang terletak di kawasan perairan laut dalam. Laut memang cantik tetapi pergerakan air laut sangat deras. Sebab itu aktiviti surfing sangat terkenal di sini. Tapi kena beringat juga, di kawasan perairan laut dalam ada banyak jerung. Kena hati-hati ye.
Nufa @ Cottesleo Beach |
Walaupun jadual kami agak padat dan terkejar-kejar, Nufa masih lagi boleh enjoy dengan trip Perth ni. Final entry Nufa akan share bagaimana hendak claim tax di Perth airport serta anggaran kos hangus sepanjang trip ini berlangsung.
Daaaaa...
Comments