Skip to main content

PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 3 @ CAVERSHAM WILDLIFE PARK, BLUE BOAT HOUSE & KINGS PARK)



Dah lama sangat berkenan dengan mamat ni. Hensem kan beliau? 😍 Selain Kangaroo, Nufa teringin nak jumpa Alpaca juga. Tapi di Caversham Wildlife Park hari tu, tak nampak plak Alpaca. Kalau anda datang ke Perth atas trip sendiri dan bukan ikut mana-mana agency, anda boleh cuba cari farm yang memberikan  peluang kepada pengunjung untuk bermain dan memberikan susu kepada Kangaroo dan Alpaca. Walaupun Alpaca tiada di Caversham, kami masih berpeluang memberi makan kepada Kangaroo dengan makanan khas mereka. Kebanyakan Kangaroo di sini jinak-jinak. Cuma adalah dua tiga ekor yg kurang mesra dengan pengunjung taman. Selain Kangaroo terdapat juga Wombat, Koala, Possum, Kambing biri-biri, Ular, Burung Merak, Penguin dan macam-macam lagi di sana. Nufa juga nampak signboard Quokkas tapi tak nampak pula haiwan comel yang suka tersenyum tu, tak tau mana dia menyorok. Selain drp tu ada juga farm show. Nufa enjoy juga dengan farm show tu sebab staff mereka akan bercerita tentang sejarah kehidupan para petani serta haiwan2 yang terdapat di Perth.  Yang paling menarik apabila mereka panggil beberapa volunteer untuk segment tertentu.  Segment beri susu kepada anak kambing biri-biri adalah yang paling seronok kerana volunteer adalah di kalangan kanak-kanak. Masa ni kita boleh tengok ada kanak-kanak menangis sebab terkejut dengan gerombolan anak kambing biri-biri yang datang berlari untuk mendapatkan susu dengan rakusnye.. Hehehe lawak betul la kau dik! 


Sebelum lupa Nufa nak beri tahu, anda perlu beratur, menunggu dan take turn untuk sessi bergambar dengan haiwan2 eksotik di sana. Walaupun nampak comel dan rasa geram macam nak peluk-peluk aje wombat dan koala tu, sila tinggalkan angan-angan anda di luar pagar Caversham. Tak boleh peluk haiwan-haiwan ni ye. Nak sentuh pun ada bahagian-bahagian tertentu aje. Kecuali Kangaroo, peluk la selagi mampu menahan bau mashamm.. 😆 




Park ni agak luas juga. Di sana ada kemudahan toilet, tempat jualan souvenir/makanan serta tempat bersantai. Jom layan gambar di Caversham Wildlife Park.



Jangan risau, Wombat adalah spesis koala



Possum ni apa weh? Tikus ke musang?

Eksyen betul Owl tu

Ni lah peminat Nufa. Macho tak?

Don't touch me! Hahaha..



Farm show - sabar la nak, bulu dah kena cukur


Next destination adalah Blue boat House yo! Sebenarnye kan  Nufa selalu bayangkan blue boat house ni terletak di tengah-tengah laut tau. Dan terfikir juga, apa la yg istimewa sangat blue boat house ni sampaikan manusia gigih berjalan ke tengah laut semata untuk bergambar depan rumah biru tu. Sekali tengok dari tepi highway je kita dah boleh nampak rumah biru tu sebenarnye! Tapikan, jangan selamba parking kereta kat tepi jalan tu ye. Anda tidak dibenarkan berhenti sama sekali di tepi highway itu untuk ke blue boat house. Ada public bus dari Perth City untuk ke sini, sebab Nufa nampak bus stand berhampiran. Those yang drive sendiri pula, sila parking kenderaan anda berdekatan dengan The University Club of Western Australia. University ini terletak agak ke hadapan sikit (lebih kurang dalam 300 meter) daripada kawasan blue boat house, dan lokasinye adalah bertentangan dengan swan river. Banyak kenderaan yang parking di situ dan anda perlu menapak lebih kurang 10-15 minit untuk ke blue boat house. 


Belakang tu adalah swan river. Nampak tak black swan kat situ?

Demi blue boat house, menapak pun ku redah jua



Finally! Kasi pose cantik sket. 

 Sudah la kena berjalan lebih kurang 10-15 minit, sampai di situ kena beratur panjang lagi sebab masing2 kemaruk nak bergambar depan rumah biru. Adehhh.. hahahaha! Apa yang menarik kat sini? Actually takde apa sangat pun kecuali sejarah blue boat house serta view swan river yang sangat cantik. Dulu tempat ni selalu dijadikan port untuk perahu kecil. Sekarang dah takde lagi perahu2 kecil tu. Oleh kerana tempat ni popular, maka  student UWA dengan rela hati menjaga tempat ini dengan baik. Terima kasih adik2 student, dapat juga la akak bergambar dekat sini. Ngehngeh..



Sebenarnye sebelum kami ke Blue Boat House, kami singgah sebentar di Margeret Factory Chocolate & House of Honey. Dua-dua tempat ini berdekatan aje di antara satu sama lain. Tapi kami tak lama pun di sana sbb masa yang diberikan cuma setengah jam aje di setiap tempat. Kelam-kabut beli coklat, ice cream dan merasa madu yang pelbagai jenis. Coklat dan ice cream di Margeret Factory Chocolate tu bukan semuanye boleh makan ye. Kena double check dan confirmed dulu pada staff sana sebelum anda buat bayaran. 




Orang lain sibuk rasa madu di House of Honey, Nufa sibuk nak masuk semak samun ni. Hehehe..


Nufa @ Kings Park





Dekat kawasan ni ada toilet dan cafe 


Last but not least - Kings Park. Nama pun Kings kan, memang besar la taman ni dik non. Tapi kami mungkin dapat jejak suku aje daripada keluasan sebenar Kings Park ni kot. Nak explore keseluruhan taman kena la luangkan masa selama setengah hari di sini. Kalau anda peminat drama Adam & Hawa, inilah antara iconic place yang ada dalam drama tersebut. Boleh lepak, picnic, jogging & celebrate event kat sini. Kalau la diberi pilihan, memang rasa nak berlari keliling taman ni je. Tapi masa pun tak cukup, jadilah golek-golek atas rumput tu je kan? Kings Park ni tak jauh pun dr Perth city. Anda boleh ke sini dengan menaiki public bus, boleh naik samada green CAT bus atau transperth. Taman ni dibuka 24/7 dan masuk adalah percuma. Best kan? Kalau datang sini pada waktu malam lagi best kot sebab boleh menikmati pemandangan Perth city di waktu malam.



Ok la, nak balik apartment.


Daaaaa... 





Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,