Skip to main content

THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA


Salam sejahtera kepada semua pembaca kesayangan. Eh, tiber ??! Feeling macam artis la plak hehe.. Sebenarnye dah lama Nufa tak buat review pasal hotel. Jadi entry ini khas untuk mereka yang mencari-cari penginapan di Bandar Hilir, Melaka dan kawasan yang sewaktu dengannya. Sebelum itu mari belanja gambar dulu, baru lah meriah gittew!




Breakfast nasi lemak, a must try ok!

Cantik selipar bonda 😄

Ada apa dengan pintu?




Ini adalah hotel ye. Nama hotel ini adalah The Settlement Hotel dan terletak di Ujong Pasir, Melaka. Lokasi Ujong Pasir ni lebih kurang 20 minit pemanduan dari Bandar Hilir.  Sekiranya anda hendak lari daripada kesibukan Bandar Hilir, mungkin hotel ini boleh dipertimbangkan sebagai salah satu pilihan. Tapi kan The Settlement Hotel tak nampak macam hotel sangat. Nampak macam rumah pun ada. Siap dengan buai & basikal lagi sebenarnye tau. Tak rasa macam bercuti plak semasa menginap di sini. 


Camne Nufa boleh tercampak ke Ujong Pasir ni? Okehh.. begini ceritanya... 


Last trip ke Melaka, Nufa bercadang untuk mencari seafood restaurant yang berhampiran dengan Bandar Hilir. Teringin plak nak makan seafood di Melaka tapi Nufa malas nak memandu jauh-jauh seperti ke Umbai atau Pengkalan. Akhirnya melalui pembacaan, Nufa jumpa satu tempat ni ~ Lokasi seafood restaurant di sekitar Ujong Pasir. Wah!! excited sangat sebab bila tengok peta macam tak jauh pun dari Bandar Hilir. Dari situ lah Nufa mula mencari-cari hotel yang berdekatan dengan tempat tersebut. Di mana akhirnya kami memilih untuk menginap di The Settlement Hotel Melaka. Jangan tak tau, ramai artis yang pernah menginap di sini. Sampaikan semasa proses mendaftar masuk, ada staff hotel yang bertanya adakah Nufa bekerja dengan mana2 artis atau daripada mana2 penerbitan majalah. Amboi kau!! Kalau muka comel macam Nufa ni takde kaitan dengan artis atau dunia hiburan tak boleh ke? Ahahahaha.. sila muntah hijao! 😝


Kebetulan pula pada masa itu hotel ini menawarkan harga promosi RM180/night with breakfast included. Dapat lagi free shuttle untuk ke Bandar Hilir. Best kot 💃💃💃 Sebab Nufa memang nak cuba elakkan memandu ke Bandar Hilir, Melaka Darul Traffic!! Ahahahaha.. Lepas tu barulah dapat tahu yang hotel ini agak popular dikalangan insta user untuk berOOTD, camtu.. 















Antara pilihan villa yang ada



Ada dua jenis penginapan di sini. Satu berbentuk villa, dan satu lagi adalah bilik hotel. Kami memilih bilik hotel saja sebab hanya berdua. Bilik pun just nice. Ada bathtub, iron board/iron, coffee/tea, toiletries, semua cukup dengan harga RM180 tu tau. Parking untuk tetamu pula disediakan di belakang hotel dengan kawasan berpagar. Ada satu aje swimming pool & sizenya agak kecil. Sangat sesuai untuk kids tapi nama aje untuk kids, orang dewasa pun ada yang terjun tiruk dalam tu juga.


Cuma satu aje la kekurangan hotel ni. Kalau nak sight seeing waktu malam di sekitar Bandar Hilir, kena memandu keluar agak jauh. Nak naik basikal macam tak berdaya lah pula kan? 😁 Perkhidmatan free shuttle yang disediakan pula ada limit masa. Dan yang paling ketara, pilihan tempat makan untuk tetamu muslim agak terhad. Apa yang Nufa perhatikan ramai kaum Cina & Portugis yang menetap di kawasan Ujong Pasir ni. Mujur la semasa malam kedua kami di sana, pihak hotel menyediakan night hawker stall di rooftop dengan sedikit bayaran tambahan. Meriah makan malam kami pada masa tu. Hehehe..


Seafood restaurant?? Restaurant makanan laut tu wujud tapi kami tak pergi pun. Lokasi tidak jauh dari hotel dan terletak di kawasan Portuguese Settlements.  Ada staff hotel yang nasihatkan kami supaya jangan ke sana sebab makanan dikhuatiri tidak halal kerana orang Portugis yang usahakan kebanyakan restaurant di situ. Yang non-muslim boleh aje kalau nak cuba seafood di sana. Nampak gayanye kami makan seafood di KL saja lah.


Gobok ni kalau kat rumah kau tak pandang pun


Kek kat atas ni takde kat hotel tau. Ni kena cari di Nadeje Millie Crepe @ Mahkota Parade. Kata sambut birthday di Melaka kan? 😍😘


Daaaaa...





Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,