LABUAN ~ Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Pantai Pancur Hitam, Masjid Jamek An-Nur, Financial Park, Mawilla Restaurant
Ini adalah kunjungan kali pertama Nufa ke Labuan. Percutian pendek je pun, bercuti sambil bekerja. Tak banyak yang Nufa boleh share sebab kalau ikutkan Nufa betul2 dapat explore Labuan tak sampai sehari pun. Plan asal nak keluar dari hotel seawal pagi, tetapi memandangkan event pada malam sebelum habis sekitar 12.00 malam, Nufa minta kereta sewa dihantar ke hotel pada pukul 10.00 pagi keesokkannya. Tetapi kereta sewa tiba di hotel sekitar 10.45 pagi, itu pun setelah berkali-kali Nufa menghubungi syarikat kereta sewa tersebut. Well.. kau memang kena jangka benda macam ni bila travel 😒😞
Penerbangan bersama AirAsia pada pukul 7.00 pagi mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit untuk sampai ke Labuan. Excited tengok sunrise, lebih lagi bila kau dapat window seat, ngeeee..
Menu pada pagi tu adalah ayam black pepper dan chicken teriyaki. Ini adalah value pack meal yang Nufa dapat dan add on ye. Terpaksa add on sebab tatau apa yang pihak AirAsia bagi dalam value pack meal. Takut terpedas, termasin dan tak sedap. Hahaha.. But seriously, dua menu ni sedap ye guys!
Memandangkan Nufa menaiki AirAsia ke sana, maka kenalah turun dan naik tangga aircraft tu ye. Kahkahkah! Tapi oklah, takde la jauh sangat pun kena menapak. Comel je Airport Labuan ni. Lagi kecil daripada Airport Langkawi tu rasanya. Tak banyak pun penerbangan dari/ke Labuan. Pilihan yang ada cumalah MAS, AirAsia & Malindo saja. Masa sampai di Labuan Airport, follow aje signboard untuk pemeriksaan imigresen/kastam serta collect luggage. Tak complicated pun airport ni, keluar aje dah boleh nampak Starbucks.
Dekat Labuan Airport juga ada disediakan wrapping service, tapi service ni anda hanya boleh buat bila sudah melepasi pemeriksaan/scan bag tu tau. Lepas dah wrapping bag barulah anda ke kaunter check-in/drop off luggage dan seterusnye ke tingkat atas untuk pemeriksaan kastam/imigresen serta berakhir di departure hall. Macam terbalik sket kat sini. Dekat arrival hall banyak kedai makan. Tapi dekat departure hall hanya ada satu kiosk aje yang jual air serta snack. Airport Labuan dari hotel kami tak jauh pun sebenarnya. Dalam 10 - 15 minit pemanduan aje. Dan paling best airport tak sesak langsung. Tak perlu datang seawal 3 jam sebelum check-in. Sempoi..
Axia auto ini disewa dengan harga RM60 sehari |
Jom kita ronda Labuan.
Tempat pertama yang kami pergi adalah Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Didalam kompleks itu terdapat Muzium Marin. Ada pelbagai hidupan laut yang dipamerkan di sini & masuk adalah percuma.
Tempat ini terletak di belakang Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan |
Ada karnival apa ntah masa ni |
Ramai-ramai tu nak pergi ke mana? Heh! |
Labuan ini bukannya sebahagian daripada Sabah tau. Tapi ia adalah sebahagian daripada kepulauan Borneo. Dipanggil Wilayah Persektuan Labuan, sama seperti Kuala Lumpur. Bahasa yang digunakan di sini adalah campuran bahasa Sabah dan Brunei. Perdagangan merupakan aktiviti utama di Labuan. Sebab tu uols boleh nampak banyak kapal dagang kat sini selain syarikat kewangan persisir pantai yang terletak di bangunan Financial Park. Walaupun tempat yang Nufa pergi ini namanye Kompleks Sukan Laut, tapi Nufa tak nampak pun aktiviti sukan laut di sini. Labuan dah tak jauh daripada Kota Kinabalu tau. Anda boleh ke Kota Kinabalu dengan menaiki feri selama 3 jam selain mengambil penerbangan udara. Feri akan berhenti di Jesselton Jetty Kota Kinabalu. Dah namanye pulau kan, memang panas ler Labuan ni dik non! Tapi yang bestnye traffic di Labuan tak sesak macam KL. Lenggang aje jalanraya kat situ, Kota Kinabalu lagi serabut kot. So anda boleh sewa kereta dan memandu di sana dengan selesa & selamat InsyaAllah.
Rumah sape la ni. Hehehe.. |
Lenggang kan jalanraya kat sini? Padahal kami berada di sana pada hujung minggu tau. Tiba-tiba rasa macam best plak kalau dapat duduk di Labuan, tapi kena tahan panas sikit laaa 😁
Jom kita lepak kat Pantai Pancur Hitam
My kind of Vit C |
Atas saranan seorang rakan sekerja, gigih Nufa memandu ke sini semata-mata untuk mencari ABC dalam kelapa, gituh! Tahap manis potong kaki ni, hehehe.. Dah alang2 sampai, kami pun terus lunch di sana. Kami order nasi goreng usa & nasi goreng pattaya. Tapi Nufa agak kecewa sikit la sebab boleh rasa udang dalam masakan itu sudah busuk. Kedai makan kat sini tak banyak, ada dalam 2,3 kedai aje. Pengunjung pun tak ramai, mungkin ke sebab itu kualiti makanan agak kurang? Cuma Nufa perhatikan dekat Labuan banyak gerai kecil yang menjual sayap ayam madu & sate. Tapi percaya tak kami tak beli pun kedua-dua makanan ini. Dah sampai KL baru tahu sayap ayam madu & sate adalah a must try menu di Labuan. Ko rase? Ingatkan kat Kundasang aje yang sedap honey chicken wing ni 😑😣
Tapikan, korang perasan tak kenapa pengunjung tak ramai kat sekitar pantai Labuan? Sunyi sepi walaupun air laut nampak cantik aje memanggil-manggil. Nufa pelik lihat keadaan macam ni sebab Nufa bayangkan mesti penuh macam kat PD. Untuk pengetahuan, penduduk tempatan memang agak berhati-hati untuk picnic di tepi laut. Hanya terdapat beberapa pantai aje yang dikira selamat untuk aktiviti keluarga disebabkan perairan Labuan sudah termasuk di kawasan deep sea. Banyak obor-obor dekat sana, sangat merbahaya ye. Jadi minta berwaspada kalau berkunjung ke Labuan. Jangan teruja sangat nak main air laut di situ.
Dekat Labuan juga terdapat banyak tempat bersejarah seperti Chimney Museum, Labuan War Memorial Cemetary, Labuan Museum, Surrender Point etc. Tapi tempat macam ni tak berapa menarik perhatian orang penakut macam Nufa. Hahaha.. 💀👻👻🙈
Dah kenyang, jom la kita cari masjid untuk solat. Kami patah balik semula ke pekan Labuan untuk solat di Masjid Jamek An-Nur. Rasanya ini antara masjid yang paling awal wujud di Labuan. Selain masjid ini kami juga dapat lihat beberapa buah surau serta masjid lain di sepanjang perjalanan pulang dari Pantai Pancur Hitam.
Masjid Jamek An-Nur |
Ruang solat wanita terletak di bahagian atas. Toilet dan tempat wuduk di aras bawah. Ruang solat wanita luas, ada kipas serta sangat selesa. Masjid ini berkongsi kawasan dengan sekolah rendah agama, seperti kebiasaannya yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Terdapat cuma satu shopping mall saja dekat Labuan iaitu di Financial Park / Ujana Kewangan. Financial Park ini berkongsi ruang pejabat & mall dalam building yang sama, lebih kurang begitu lah. Nak masuk sini kena bayar parking ye. Sejam RM2 kalau tak silap. Tetapi perkara yang paling best di situ adalah ia merupakan tempat shopping bebas cukai. Hehehe.. coklat, perfume serta liquor sangat murah ye adik2. Nougat yang Nufa beli di Perth tahun lepas ada jual di sana. Sooo seronok ya! Selain itu terdapat juga kedai yang menjual hasil tempatan serta Parkson, Giant, Pizza Hut, KFC di situ. Dua kali kami pergi ke sini tau 😝
Beria memilih kannn |
Next time tak yah pergi Perth lagi dah, boleh beli dari sini je |
Konon nak terus tengok sunset lepas shopping tapi tak dapat la uols. Badan dah melekit-lekit, baju pun dah basah. Labuan panas ye, tapi camne ntah penduduk sana boleh kelihatan putih cerah. I is confused you know.. Kalau ada yang berminat nak tengok sunset kena standby tepi pantai dalam pukul 4.00 petang. Labuan cepat gelap dan cepat terang. Take note okeh.
Mawilla Yacht Club Restaurant
Kami sampai di Mawilla Restaurant sekitar pukul 6.oo petang. Tak dapat tengok sunset, tapi dapat tengok seafood aje kat sini. Hahaha.. takpe la dik non! Okeh dah sampai Labuan kena makan seafood ye. Dekat sini seafood boleh dikatakan agak murah. Nufa pilih Mawilla disebabkan lokasinya yang tidak jauh dari hotel serta keadaan restaurant yang bersih, halal & terletak di tepi pantai.
Masa ni dah pukul 7.00 malam tau |
Adalah lebih baik anda datang ke sini lebih awal sebab ada sesetengah menu ambil masa yang agak lama untuk dimasak. Kami tunggu semua menu hampir satu jam juga. Selain itu mudah cari parking kalau kita datang awal. Kami order sotong celup tepung, buttermilk crab, mussels cheese, butter prawns, sayur campur, nasi, air kosong & air tembikai untuk dua orang makan. Tak berani nak order makanan pedas sebab penerbangan kami esoknye ke KL adalah pada awal pagi. Nampak mcm banyak kan? Tak boleh nak elak sebab ada lauk yang kena order dengan berat minimum 300gram, contoh macam mussels cheese tu. Damaged cost untuk dinner kami adalah RM138 & kami sangat berpuas hati. Jahat betul Labuan ni. Coklat la, seafood la.. balik Labuan terus jadi gemuk. Tiber! 😆😆😆
Eh terpanjang plak entry Labuan ni, walhal berjalan separuh hari je pun. Hahahaha.. InsyaAllah kalau ada rezeki Nufa ke Labuan lagi, maybe boleh explore ke tempat lain pula. Untuk hotel review, Nufa akan cerita dalam next entry ya. Enjoy Labuan guys!
Bukan kaleng-kaleng.
Daaaaa....
Comments