|
Kalau datang Turki kena standby makanan kucing. Tapi ada masanya si comel ni lari bila nampak kita. Heh! |
Salah satu tempat yang popular di Kusadasi adalah Ephesus. Ia merupakan bandar kuno Roman yang terletak di Turki yang juga merupakan salah satu keajaiban dunia. Kami berhenti di sini dalam perjalanan ke Kusadasi. Walaupun sudah agak lewat petang, mujur la masih ada lagi masa berbaki untuk melawat. Pengurusan masa sangat penting ye kalau anda ingin ikut pakej fullboard seperti ini.
Kalau ikutkan sejarah, Ephesus ini merupakan bandar pusat perdagangan yang paling penting di rantau Mediterranean. Ephasus telah terselamat daripada banyak serangan namun berkali-kali juga ia berjaya ditakluki oleh kerajaan yang berbeza. Sebab tu tak pelik dekat sini kita boleh lihat banyak tapak gereja & kuil. Ia juga merupakan tempat penginjilan Kristian awal dan kekal sebagai tapak arkeologi penting dan destinasi ziarah Kristian. Kalau kita lihat struktur kat sini banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri Greek. Juga terdapat kucing-kucing comel yang berkeliaran. Hehe.. Jom kita tengok kawasan sekitar Ephesus.
|
Terdapat banyak kedai menjual souvenir & jus buah delima sebelum sampai pintu masuk ke Ephesus. Adik ni bagi aiskrim free sebab kita beli jus delima dari dia 😻 |
|
Dari pintu masuk perlu berjalan lebih kurang 500 meter untuk ke sini |
|
Ada binaan yang sedang dibaik pulih |
|
Cuba lihat tiang serta batu bersaiz besar tu. Bayangkan teknologi yang telah wujud untuk membina tamadun sehebat ini |
|
Alolololo.. |
Tahukah anda bahawa Greece sudah tidak jauh pun dari Kusadasi? Kami diberitahu sekiranya cuaca mengizinkan kami boleh saja melihat kepulauan Greece dari hotel tempat kami menginap. Patut la ada sesetengah agency menawarkan pakej ke Turki & Greece, sebab dah berdekatan kot. Eksaited okeh!
|
Hotel @ Kusadasi |
|
ATM Machine @ Kusadasi |
Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pun di Kusadasi. Selepas check-in hotel kami sekadar bersiar-siar di sekitar kawasan hotel sahaja. Singgah di kedai runcit berhampiran untuk membeli bekalan makanan ringan & mineral water. Apatah lagi berhadapan dengan hotel adalah hospital, lagi lah tak berani nak merayap jauh-jauh. Nasib baik tak jumpa momok you! 😓
Sebelum ke Bursa pada keesokkan harinya, kami dibawa melawat ke pusat pengeluaran pakaian kulit. Seawal 8.00 pagi kami sudah berada di sana untuk menyaksikan fashion show. Kesian staff situ kena bangun awal 😂
|
Pokok oren ni banyak terdapat di sepanjang jalan ke Bursa ye, bukan hanya di leather garments centre sahaja. Tapi takde seorang peserta pun yang berani ambil. Haihh!! Geram betul. |
Terus-terang cakap, harga product yang ditawarkan di sini memang agak mahal. Untuk sehelai jacket kulit yang standard (tidak begitu fancy & no detailing) bersedialah untuk membayar sekitar RM2000 dan ke atas. Dikatakan kualiti barangan kulit di sini setaraf dengan jenama mewah dari Eropah. Kalau berminat boleh sediakan tabung dari sekarang. Tapi berbaloi la untuk beli sekiranya anda seorang pengemar barangan kulit. Ada jacket, handbag serta wallet kulit. Jacket kulit yang dijual pun tersangat la lembut. Kalis api serta tidak renyuk walaupun setelah dipintal-pintal oleh kami. Hehehe..
|
Salji takde tapi sejuknye tak boleh dibawa berbincang |
Kusadasi ini merupakan negeri serta kawasan luar bandar terakhir yang kami jejaki sebelum masuk ke Bursa & Istanbul. Seperti yang Nufa cakap sebelum ini, Nufa lebih menyukai penduduk Turki yang berada di kawasan luar bandar kerana mereka sangat peramah & baik-baik belaka. Semasa kami berhenti di RnR ini, pihak stesen minyak menyediakan kopi panas untuk rombongan kami secara percuma. Kopi yang disediakan itu datang bersama halwa. Kopinya pahit serta halwanya tidaklah manis. Kombinasi kedua-duanya memang agak pelik namun Nufa telan habis minuman itu. Thank you for the hospitality. Nufa hargai sangat kebaikan hati penduduk Turki. Nufa nak bagi tips ni - kalau berhenti di mana-mana RnR atau kedai runcit di sekitar Turki, jangan lupa beli jajan mereka. Memang rasanya lain sket tapi kena cuba okeh. Harga sebungkus cikedis tu sekitar 7 Lira.
Ada satu tempat dekat Bursa ni yang sangat terkenal dengan Turkish delight, argan oil, olive oil, apple tea & saffron. Namanya Munira. Ia merupakan satu outlet yang agak popular dikalangan pelancong. Anda boleh dapatkan pelbagai product popular Turki yang berkualiti di sini. Oleh kerana kualiti serta grade product yang bagus, harga di sini agak mahal jika dibandingkan dengan apa yang anda jumpa di sepanjang perjalanan sekitar Turki. Even harga di Grand/Spice Bazar pun lebih murah untuk product yang sama. Korang tidak semestinya wajib membeli di sini sebab ada pilihan lain lagi. Tapi Nufa nak beri contoh sajalah, turkish delight yang dijual disini diperbuat daripada madu. Sebab itu harganya mahal. Madu pun ada macam-macam grade kan. Kita memang boleh dapatkan product yang sama dengan harga murah tapi mereka gantikan madu itu dengan gula. Kalau rasa nak self-reward beli barang berkualiti, mungkin Munira boleh dipertimbangkan. Dekat sini Nufa beli Turkish delight, coklat, apple tea serta beberapa jenis lagi cenderahati. Pekerja kat sini ramah-tamah tau. Seorang pekerja akan attend satu customer. Ada pekerja mereka yang fasih berbahasa Malaysia. Punya la mereka suka dengan rakyat Malaysia sampai sanggup belajar bahasa kita. Nampak tak? Korang memang suka shopping sampai rakyat negara lain pun sayang. Ehekksss..
|
Macam ni la keadaan sekitar Munira |
|
Cantikkan packaging ni? Coklat yang Nufa beli pun mereka bungkus cantik macam ni. |
|
Ada macam-macam perasa/jenis. Kita boleh rasa setiap satu daripadanya
Turkish delight & coklat yang Nufa beli di sini harganya sekitar 130 -150 Lira untuk berat 1/2 kg. Nufa bagitau harga ni bukan untuk show off ye. Sekurang-kurangnya korang tahu berapa budget untuk diasingkan kalau berhajat ke sini. Nufa sukakan coklat jadi recommended sangat beli coklat kat sini. Coklat mereka macam gula-gula, ada pelbagai bentuk & saiz. Sorry lupa nak ambilkan gambar. Itu yang habis dulu bila sampai di Malaysia 😋. Next Nufa akan share tempat yang paling best untuk shopping di Bursa selain Grand/Spice Bazar di Istanbul ya.
Daaaaa...
p/s: Nufa siapkan entry Kusadasi~Bursa ni semasa hari ke-22 Movement Control Order. Harapan Nufa semoga Malaysia serta satu dunia boleh mengharungi cabaran Covid19 dengan segera. By the time, gantung passport dulu la sehingga keadaan kembali tenang. Gambattee!
|
Comments