Skip to main content

BURSA ~ ULUDAG ~ ISTANBUL





Kami masuk Bursa agak lewat petang. Ziarah Bursa ni boleh dikatakan agak tegesa-gesa juga la tapi di sini kami berpeluang melawat masjid yang ada. Selama trip berlangsung, kami hanya mampu pandang aje berpuluh-puluh masjid yang terdapat di sekitar Turki. Memang tak boleh nak buat apa disebabkan kekangan masa & kena ikut aturcara yang telah  disediakan. Dekat Bursa & Istanbul, kami bukan saja dapat solat di dalam masjid tapi turut diberi peluang untuk meninjau persekitaran masjid & mendengar Imam masjid mengalunkan azan di Ulu Camii. Kalau nak tahu di Bursa alunan azan akan dilaungkan secara berbeza-beza pada setiap waktu solat. Azan subuh lain, zuhur lain, asar lain dan begitulah seterusnya. Nufa share sikit gambar masjid-masjid tu ye 😘








Terserlah cahaya keimanan kat situ. Tiber!









Dekat Bursa ada satu tempat yang popular untuk shopping. Namanya Silk Market. Lokasinya tak jauh pun dari Ulu Camii tu. Nufa boleh katakan cenderahati di sini jauh lebih murah daripada mana-mana tempat yang Nufa pegi di sepanjang trip. Pilihan pun sangat banyak. Key chain, T-shirt, scarf, lampu hiasan, handbeg, beg telekung macam-macam lah! Cuma kat sini kena lebih berhati-hati sebab ruang dalam kedai agak sempit. Kalau tak silap Nufa, Silk Market ni ada dalam 4 tingkat. Kena naik setiap tingkat menggunakan tangga berpusing. Di sepanjang kiri dan kanan tangga digantung dengan pelbagai perhiasan kaca. Hati-hati tau, jangan sampai terlanggar atau terpecahkan barang dalam tu. Once broken consider sold!









Ralit duduk dalam Silk Market tu ye. Nufa memang recommend untuk anda habiskan duit di sini 😂😂😂 Kenapa Nufa tak galakkan shopping dekat Grand Bazar? Sebab peniaga dekat sana macam sombong sket. Punya lah susah nak minta diskaun. Pulak tu harga yang diletakkan tak sama untuk setiap pembeli. Peserta lain dapat harga yang murah, tapi Nufa beli dengan harga yang mahal. Eh, mana boleh? Tapi kalau nak rasa pengalaman tawar-menawar tu silakan. Bukannya selalu pun. Ingat, di Grand Bazar anda wajib tawar menawar untuk harga barangan. Tapi di Silk Market harga dah tetap. Tak perlu tawar pun sebab harga dah sedia murah. Kedekut taik idung masin aku ni 😜


Dah penat shopping berjalan ke sana ke sini jom la kita check in hotel. Special sikit hotel di Bursa ini kerana ia merupakan sebuah hotel baru yang terletak berhampiran Uludag ski resort. Dibina pula di lereng bukit dalam kawasan perumahan. 


Pemandangan di luar hotel. Love sangat









Best duduk kat hotel ni. Waktu malam kami keluar cari kedai runcit yang terletak tidak jauh dari hotel sambil meninjau kawasan perumahan rakyat Turki di Bursa. Jalan ramai-ramai dengan tour leader dalam kedinginan malam yang sejuk membeku. Tak tahu lah kenapa masing-masing pun suka nak cari kedai runcit kat Turki ni. Kenangan sangat 😊😉

Kalau tak silap dekat Turki ada 2 atau 3 ski resort. Dalam trip ini kami akan ke Uludag Ski Resort. Resort tu dah tak jauh pun dari The Berussa Hotel . Tapi semasa kami sampai di sana salji tidak berapa lebat, manja-manja gittew.. 



Kena naik open cable car ni okeh. Iols is gayat 



Excited betul dapat gumpal salji 😜

Salji ni kan, kita tak boleh nak jangka bila ia akan turun. Dua minggu sebelum kami datang, salji turun dengan lebatnya di Uludag Ski Resort. Sampaikan bertutup la pokok-pokok di situ dengan salji. Ikutkan kami tidak dibenarkan pun naik sampai ke atas sebab nak kejar aturcara jadual. Tapi.. kalau dalam trip tu ada kanak-kanak riang ria, memang tak boleh nak halang la mereka main salji. Hik hik! Harga tiket cable car lebih kurang 60TL untuk seorang. 


Dekat atas ni ada cafe juga tau. Pada sesape yang taknak bermain salji, boleh la layan coffee sambil menikmati pemandangan dari atas gunung. Dekat situ ada khidmat  professional photographer juga. Boleh dikatakan hampir semua attraction places yang Nufa pergi ada je freelance photographer ini. Harga  yang mereka tawarkan untuk sekeping gambar adalah berbeza-beza di setiap tempat ye. Sila sediakan duit awal-awal. Cuma satu je la yang kureng kat sini, tiada tangga atau yang sewaktu dengannya disediakan untuk pengunjung daki dari bawah sampai ke kaunter tiket cable car. Kalau takde salji boleh je panjat naik bukit tu dengan tenang. Tapi bila bersalji ni memang confirm akan jatuh & terkangkang-kangkang nak naik ye. Cabaran giler 💪😂 Macam tu jugak bila kau nak turun dari kaunter cable car ke bawah. Sliding aje la kalau risau tergolek lagi. Hahaha.. lantak la! 


Kami lunch di sini. Sebelah kedai makan ada gerai buah-buahan. Korang kena beli buah-buahan di Turki. Fresh & saiz pun besar-besar ye


Sepatutnya kami menyeberangi laut marmara dengan feri dari Bursa ke Istanbul. Tapii.. 😥😥😥Malasnya nak dikenang balik. Ada beberapa perkara yang tak sempat kami lakukan di Bursa & Istanbul. Adakah ini petanda kena repeat semula Istanbul trip? Setelah beberapa kali travel, Nufa belajar untuk tidak meletakkan high expectation pada setiap trip. Pandang dari sudut lain, Nufa bersyukur sebab tiada berlaku sebarang musibah sepanjang trip berlangsung.  Pada masa kami ke sana berlaku satu kemalangan yang melibatkan rakyat Malaysia di salah sebuah ski resort di situ. Mangsa yang terlibat dikhabarkan agak kritikal juga. Jadi kita positif saja di sini ye. 



Bursa terletak di Turki Asia manakala Istanbul pula terletak di sebelah Turki Eropah. Kebanyakan tempat yang dilawati berada di sebelah Asia. Yang memisahkan kedua-dua benua ini adalah lautan Marmara. Tengok dari atas jambatan sajalah. Tapi cun jugak view dari situ. Hehe..


Jom la kita naik cruise untuk mengubati hati yang luka 😝



Tak nampak macam sedih pun 😕









Tengok adik-adik ni. Gigih mereka beri jajan pada burung. Sebab tu kebanyakan gambar kami berlatar belakangkan burung-burung. So uols jangan lupa bawa makanan ringan untuk diberikan kepada burung semasa naik cruise ni okeh. 

Sebelum check-in hotel di Istanbul, kami sempat ke Spice Bazar. Tapi takde apa sangat yang Nufa beli di sana kecuali Simit. Spice Bazar ni banyak menjual herba, rempah ratus, teh, kopi, barang-barang begitulah. Ada sebuah masjid berdekatan dengan Spice Bazar. Boleh solat di sana selepas shopping ye. Tapi Nufa nak berkongsi di sini sesuatu yang agak unik. Untuk pengetahuan semua, budaya masyarakat Turki tidak menggalakkan kaum wanita untuk solat di Masjid. Sebab itu tempat ambil wuduk untuk golongan wanita tidak terdapat di dalam masjid. Ini yang berlaku dekat masjid tersebut. Tempat ambil wuduk disekalikan dengan tandas awam. Terletak pula di ground floor area, kena turun escalator untuk pergi ke sana. Tapi ok je facilities kat situ walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai. Tandas & tempat ambil wuduk pun banyak. Bersyukur kita tinggal di Malaysia sebab kemudahan selesa untuk golongan lelaki & wanita, kan?


Shopping baju @ Spice Bazar 


Ini Simit Nutella. Nufa beli dengan harga 5TL di Spice Bazar. Dekat Grand Bazar, Simit Nutella cuma berharga 3.75TL. Gigih aku beri sebut harga kan? Tapi kenapa harga berbeza ni? Tak puas hati betul la. Hahaha...





Sejujurnya satu malam di Istanbul memang tidak puas. Sebab tu Nufa tidak pelik kalau ada di antara kita yang sanggup datang ke Istanbul berkali-kali. Dekat Istanbul sendiri banyak tempat yang kita boleh explore. Tambahan pula kedudukan Turki sebagai salah sebuah negara Islam, sangat membantu & memudahkan kembara kita. 

Room view @ Ibis Hotel Istanbul


Hotel terakhir kami di Turki sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Tapi sebelum itu jom la kita pusing sekejap Istanbul, mengambil gambar kenangan & menghabiskan Lira yang ada. Hahaha.. 

Ziarah Hagia Sophea tidak termasuk dalam aturcara perjalanan. So kita amik gambar dari luar saja la

Ini hotel kot




Jom kita masuk Topkapi Palace









Dekat souvenir shop ini ada tandas dibelakangnya. Di luar kedai ada cafe & gerai menjual aiskrim. Korang kena cuba aiskrim ni. Harganya mahal sedikit tapi sedap!





Istana Topkapi ini sangatlah luas ye. Walaupun kami diberikan masa selama 2 jam, tetap tidak boleh habiskan melawat keseluruhan kawasan istana. Dalam istana ada banyak bahagian & setiap bahagian diletakkan dengan pelbagai peninggalan Empayar Uthmaniah. Malangnya kebanyakan tempat tidak membenarkan kita untuk ambil gambar. Nufa sedih sket pasal ni sebab tinggalan sejarah mereka sangat amazing terutama sekali peralatan berperang serta baju/perhiasan diraja. Daripada peninggalan sejarah tersebut kita boleh lihat betapa makmur, kaya & mewahnya pemerintahan Uthmaniah pada ketika itu. Oh ya, ada tandas, cafe serta kedai cenderahati di luar kawasan istana, jangan risau okeh.

Memang ramai pengunjung yang datang ke sini kerana  berhampiran Topkapi Palace terdapatnya Hagia Sophea serta Masjid Biru yang merupakan ikon terkenal Istanbul. Ketiga-tiga tempat ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Malangnya rombongan kami tidak dibenarkan masuk ke Masjid Biru pada masa itu kerana pelawat dihalang menziarahi masjid ketika masuk waktu solat. Kami sampai di kawasan Masjid Biru ketika azan zuhur sedang berkumandang. Tapi ini sangat la menghairankan.. Pelancong seperti kami tidak dibenarkan solat dalam Masjid Biru ke atau camne? Semua orang blur & kecik hati 😨😧😞

Personally Nufa rasa kena habiskan masa seharian di sini untuk betul-betul enjoy & menikmati suasana Istanbul. Apatah lagi sekarang Turki sudah membenarkan kita solat di dalam Hagia Sophea. Menarik kan? Hurmm.. macam kena repeat Istanbul laaa.. Nak masuk Masjid Biru & Hagia Sophea 😭




Masjid Biru


Jom la pegi makan & lepas tu kita lepak sekejap di Grand Bazar. Hikss!


Appetizer set - Sup kacang dal tu sedap jugak tau. Tapi orang Turki makan salad/sayur mentah camtu je.


Sambung belajar kat Istanbul Universiti jom!
Pintu masuk Grand Bazar
Nampak aje macam rupa Auntie Anne's, tapi rasa & tekstur semua lain ye 😆 

Tak sempat rasa. Coklat/vanilla kek kot

Minum juice dan makan fries je uols



Sebelum masuk ke Grand Bazar kita kena melalui proses scan badan & juga beg. Masuk bazar pun kawalan sangat ketat. Nufa tidak pasti berapa keluasan sebenar Grand Bazar tapi ia sememangnya besar. Ada banyak pintu & ada beribu kedai di dalamnya. Sila la ingat pintu no berapa yang korang masuk serta landmark yang berada di sekitarnya. Disebabkan takut sesat la kami tidak berani nak pusing habis bazar ni.  Dalam bazar bukan setakat ada kedai aje, tapi tempat lepak minum coffee santai-santai pun ada juga. Basically peniaga-peniaga di sini menjual barangan yang lebih kurang sama. Cuma harga, kualiti, design serta rasa yang membezakan. Again, jangan lupa tawar menawar. Tapi jangan pula mendesak, kalau barang yang anda suka itu masih lagi dijual dengan harga yang mahal, pergi je ke gerai lain. Dekat sini Nufa sempat membeli sling bag Turki, beg  bawak pegi mengaji Turki, purse/wallet Turki (motif kena sebut >> sebab semua design Turki 😂), alas meja, fridge magnet, cincin Turki (😂😂😂) haihh!! tetiba jadi banyak pula membeli. 


Jangan risau pasal solat sebab terdapat dua buah surau di Grand Bazar selain sebuah masjid yang berhampiran. Kami memilih untuk solat di surau aje kerana agak jauh untuk pusing cari pintu masuk Masjid. Ada satu surau yang terletak berdekatan dengan pintu No 1. Nufa suka cadangkan untuk solat di sini kerana tempatnya agak selesa. Cumanya kena naik tangga sket kerana surau wanita terletak di bahagian atas. Tandas (berbayar) serta tempat untuk ambil wuduk berada di bawah. Kena berjalan sket dari sini untuk ke surau. Namun keseluruhan surau amatlah selesa. Berpeluh-peluh juga nak cari surau kat Grand Bazar ni sebab kita tak familiar dengan no pintu di sana kan. So please take note surau pintu No. 1 ni ye. Hehe..


Istanbul pada kaca mata Nufa adalah bandar yang sangat sibuk. Traffic kat sini boleh disamakan seperti di Kuala Lumpur. Sesak sungguh! Dengan ramainya manusia, tram yang bersimpang siur, landskap berbukit-bukit, jalan sempit. Boleh bayangkan tak? Sesak dada masuk Istanbul. Mungkin sebab itulah ibu negara Turki ditukarkan kepada Ankara, bandar yang lebih selesa & nyaman. Tapi dekat Istanbul ada sesuatu yang menarik. Selain terkenal dengan sejarah yang hebat, Istanbul itu sendiri sangat cantik. Kalau ada rezeki sila la ke sini. Kalau rasa tak larat nak duduk dalam bas berjam-jam menjelajah satu Turki, mungkin boleh pertimbangkan untuk ke Istanbul, Bursa,  Cappadocia & Pamukkale sahaja. 


Satu lagi perkara yang perlu diingat, terdapat dua airport di Istanbul iaitu Sabiha Gokcen Airport & Istanbul Airport. Disebabkan kesesakan yang luar biasa di Istanbul, suka la Nufa cadangkan supaya anda merancang perjalanan ke airport dengan teliti. Sebab kedua-dua airport ini terletak agak jauh dari bandar. Jangan sampai tersilap airport & jangan sampai kena tinggal kapal terbang ye. Rombangan kami berkesempatan untuk merasai pengalaman di kedua-dua airport. Arrived di Istanbul Airport & Departure dari Sabiha Gokcen Airport. Sabiha Gokcen Airport agak kecil sedikit, maka proses check-in tidak terlalu rumit. 



Nufa tinggalkan Turki dengan bermacam-macam perasaan. Apatah lagi ketika entry terakhir mengenai Turki ini ditulis, negara kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disebabkan virus Covid19. Inilah trip luar negara terakhir sebelum kerajaan menutup pintu masuk/keluar antarabangsa. Terkesan sungguh! Tapi kita kena akur dengan perancangan Allah SWT. Nufa sendiri sentiasa meletakkan aspek keselamatan di tangga pertama dalam apa jua perkara. Semoga kita semua dikurniakan dengan rezeki serta kesihatan untuk melancong semula keluar negara di masa akan datang. Selepas ini kita Cuti-Cuti Malaysia saja la ye 😉


Until next time, jaga diri & stay safe!

Daaaaa...









Comments

Sharhanah said…
Sy baca trip Nufa ke Turki ni sampai habis😀 terima kasih sudi berkongsi cerita. Moga suatu hari nnt, sy dpt jejak ke sana juga. Insha-Allah.
NufaDeeLa said…
Terima kasih sebab sudi baca :-)
Anonymous said…
assalamualaikum,

terima kasih atas perkongsiang pengalaman ke turki. akk baca sampai habis sbb insyaallah bulan disember nnti akk pn akan ke turki juga. byk tips dan info dr penulisan nufa.

jazakillahu khairan.
Unknown said…
Salam...boleh tau...memang buat trip ke Turkey/Uludag/Bursa musim winter ka
NufaDeeLa said…
Saya ikut Travel Agency (ARBA Travel), pakej Turki Klasik.
mytupperware said…
Sis pergi bulan bp ni..nmpk tulis di komen jun..tp june winter ke?
NufaDeeLa said…
Mytupperware - trip ni masa December 2019. Trip masa winter. June dah masuk summer dekat Türkiye.
Anonymous said…
Bp hb ye awk di uludag. Salji dah tebal ke mase tu
Ayu said…
Hi nuha.. assalamualaikum. Sy akan berangkat ke Turkey InsyaAllah ahad ni.. dengan misi mencari salji demi anak2 hihi. Blog walking jumpa posting awak. Terima kasih, will take notes.
NufaDeeLa said…
Anony - Kami dekat uludag minggu terakhir December. Salji dah lebat juga masa tu.
Anep said…
Salam..nak tanya,kat uludag tu salji ada sampai bila selalu ya?insyaAllah sy akan ke sana hujung bln ni..masih ada peluang ke nk main salji?lg 1,fee utk masuk tanpa sewa snow gear brapa sorg?
NufaDeeLa said…
Anep - Waalaikumsalam. Saya cadangkan awak cek dulu weather forecast dekat uludag sebelum ke sana. Sepatutnya masih ada lagi sebab dalam winter season. Fee sekarang maybe dah berbeza disebabkan high inflation di Turki, saya ke sana tahun 2019, takut fee dah mahal. Yang ini pun awak kena check juga dari website mereka -> https://www.uludaginfo.com/en

Harap membantu.

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,