Wahh!!
Kami menginap di Sunset Beach Resort. Resort ni terletak di Pantai Chenang. Dekat area Pantai Chenang ni ada macam2 kemudahan antaranye:-
Rupanya susah juga nak tulis blog ni ye. Eh, betul ke? Yang sebetulnya mudah je bagi mereka yang sudah bergelar blogger tapi untuk newbie macam Nufa ni kira macam - apa la yang susahnya nak tulis blog ni. Ishh!! Ahahahaaa.. Saya budak baru belajar, buah cempedak diluar pagar :-p
Ok, sebelum ni ramai kawan-kawan yang minta Nufa tulis satu blog pasal holiday/travel sebab Nufa suka sangat merayap a.k.a pegi holiday. Caring is sharing kaedahnya tapi dulu macam malu sebenarnya nak share something yang berbentuk personal, lagi pun percutian Nufa ni ala-ala budget pun tidak, mewah pun tidak - konsep carca-marba - ahakss!!
Tapi lepas tu kan terasa macam kenapa tidak? Selama ni Nufa selalu baca blog orang lain sebelum nak melancong ke mana-mana tempat. Apa yang boleh Nufa kata, terima kasih banyak-banyak kepada semua blogger yang sudi berkongsi pengalaman percutian anda. Segala review, buah fikiran, pendapat anda sangat-sangat Nufa hargai. Really! Kalau tidak mati kutu jugak dibuatnye... So, untuk permulaan ini kita jamu mata dulu la yer pengalaman Nufa ke Langkawi pada bulan Mei yang lepas.
Apa? Bulan Mei yang lepas?? Yer - Ahahahahaha...
Better late than never kan.
Lets jom tengok gambar :-D
Trip kali ni kami naik belon - flying high with MAS |
Kami menginap di Sunset Beach Resort. Resort ni terletak di Pantai Chenang. Dekat area Pantai Chenang ni ada macam2 kemudahan antaranye:-
- Kedai makan banyak
- Dekat dengan Jeti untuk Island Hopping
- Dekat dengan Underwater World
- Kedai souvenir bersepah sepanjang kawasan pantai
- Dekat dengan spa & tempat massage juga - kalau berminat la
- Tempat sewa motor/skuter & perkhidmatan travel agency pun mudah didapati
- Cenang Mall pun ada (mampu??)
Maka dengan itu, kalau nak bercuti ke Langkawi ni Nufa cadangkan sila la pilih hotel/motel/resort yang terdapat di sekitar Pantai Cenang. Tak pening kepala nak cari keperluan di saat-saat akhir.
Satu lagi area yang Nufa nak cadangkan adalah penginapan di sekitar Pekan Kuah. Tapi dah namanya pun pekan, tak dapat la nak bermandi-manda. Jadi terpulang pada budget dan tujuan percutian anda. Pantai atau pekan :-)
Tasik Dayang Bunting |
Kompleks Kraf Langkawi |
Kami ke Langkawi dengan pakej Mandaq Tours - pakej ni kami beli semasa MATTA Fair. Harganya adalah sebanyak RM420 untuk 2 orang. Ini ground pakej aje ye, tak termasuk penginapan & flight ticket. Service Mandaq ni pada Nufa - sederhana je la... Not recommended for those yang a bit fussy sebab:
- Van yang membawa kami dari resort ke Jeti untuk Island Hopping diluar jangkaan. Van berbau ikan, takde aircond & tidak selesa. Minta maaf, ini review yang terpaksa Nufa bagi tau. Tapi van yang digunakan untuk membawa kami pusing-pusing sekitar Langkawi, condition nya bagus.
- Tourist guide yang menjemput kami dari airport sangat la erkk.. tak friendly. Muka masam je. Mood dah spoil kat situ. Harap Mandaq Tours boleh perbaiki service anda di masa akan datang ye *peace*
Ehh.. panjangnya 1st entry ni. Ahahahaha....
Macam tipu je bila orang cakap susah nak tulis blog ni kan? Tak kenal maka tak cinta *tetiba*. Ok la, sila nikmati gambar terakhir & reason kenapa Nufa nak sangat duduk kat resort ni ye.
Nice view bebeh! |
#Sila abaikan blog yang kelihatan macam tak sudah. Namanya pun 1st entry. Lulz!
Daaaa....
Comments
www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com