Skip to main content

Percutian di Langkawi: Mei 2014

Wahh!!

Rupanya susah juga nak tulis blog ni ye. Eh, betul ke? Yang sebetulnya mudah je bagi mereka yang sudah bergelar blogger tapi untuk newbie macam Nufa ni kira macam - apa la yang susahnya nak tulis blog ni. Ishh!! Ahahahaaa.. Saya budak baru belajar, buah cempedak diluar pagar :-p

Ok, sebelum ni ramai kawan-kawan yang minta Nufa tulis satu blog pasal holiday/travel sebab Nufa suka sangat merayap a.k.a pegi holiday. Caring is sharing kaedahnya tapi dulu macam malu sebenarnya nak share something yang berbentuk personal, lagi pun percutian Nufa ni ala-ala budget pun tidak, mewah pun tidak - konsep carca-marba - ahakss!!


Tapi lepas tu kan terasa macam kenapa tidak? Selama ni Nufa selalu baca blog orang lain sebelum nak melancong ke mana-mana tempat. Apa yang boleh Nufa kata, terima kasih banyak-banyak kepada semua blogger yang sudi berkongsi pengalaman percutian anda. Segala review, buah fikiran, pendapat anda sangat-sangat Nufa hargai. Really! Kalau tidak mati kutu jugak dibuatnye... So, untuk permulaan ini kita jamu mata dulu la yer pengalaman Nufa ke Langkawi pada bulan Mei yang lepas.


Apa? Bulan Mei yang lepas?? Yer - Ahahahahaha...
Better late than never kan. 

Lets jom tengok gambar :-D





Trip kali ni kami naik belon - flying high with MAS
                                        



























Kami menginap di Sunset Beach Resort. Resort ni terletak di Pantai Chenang. Dekat area Pantai Chenang ni ada macam2 kemudahan antaranye:-


  • Kedai makan banyak
  • Dekat dengan Jeti untuk Island Hopping
  • Dekat dengan Underwater World
  • Kedai souvenir bersepah sepanjang kawasan pantai
  • Dekat dengan spa  & tempat massage juga - kalau berminat la
  • Tempat sewa motor/skuter & perkhidmatan travel agency pun mudah didapati
  • Cenang Mall pun ada (mampu??)


Maka dengan itu, kalau nak bercuti ke Langkawi ni Nufa cadangkan sila la pilih hotel/motel/resort yang terdapat di sekitar Pantai Cenang. Tak pening kepala nak cari keperluan di saat-saat akhir.


Satu lagi area yang Nufa nak cadangkan adalah penginapan di sekitar Pekan Kuah. Tapi dah namanya pun pekan, tak dapat la nak bermandi-manda. Jadi terpulang pada budget dan tujuan percutian anda. Pantai atau pekan :-)





Tasik Dayang Bunting




Kompleks Kraf Langkawi



Kami ke Langkawi dengan pakej Mandaq Tours - pakej ni kami beli semasa MATTA Fair. Harganya adalah sebanyak RM420 untuk 2 orang. Ini ground pakej aje ye, tak termasuk penginapan & flight ticket. Service Mandaq ni pada Nufa - sederhana je la... Not recommended for those yang a bit fussy sebab:

  1.  Van yang membawa kami dari resort ke Jeti untuk Island Hopping diluar jangkaan. Van berbau ikan, takde aircond & tidak selesa. Minta maaf, ini review yang terpaksa Nufa bagi tau. Tapi van yang digunakan untuk membawa kami pusing-pusing sekitar Langkawi, condition nya bagus.
  2. Tourist guide yang menjemput kami dari airport sangat la erkk.. tak friendly. Muka masam je. Mood dah spoil kat situ. Harap Mandaq Tours boleh perbaiki service anda di masa akan datang ye *peace*



Ehh.. panjangnya 1st entry ni. Ahahahaha....
Macam tipu je bila orang cakap susah nak tulis blog ni kan? Tak kenal maka tak cinta *tetiba*. Ok la, sila nikmati gambar terakhir & reason kenapa Nufa nak sangat duduk kat resort ni ye. 



Nice view bebeh!


#Sila abaikan blog yang kelihatan macam tak sudah. Namanya pun 1st entry. Lulz!

Daaaa....













Comments

Nour Leeman said…
nice place..mcm best je kan holiday tu..haa..ok je writing u..takpe..lame2 nanti pandailah

www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com
NufaDeeLa said…
Terima kasih.. saya budak br belajar. Langkawi mmg syurga coklat buat saya :-)

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,