Skip to main content

KOREA 2015 - PERSEDIAAN MUSIM LURUH (5D4N)

Salam uols,

Ke mana kita hujung tahun ni? Hehehe..
Nufa kan memang da lama sangat teringin nak ke Korea ni tau. Semenjak  terjebak dengan cerita ala fairytale Korean Drama Winter Sonata, My Girl, Coffee Prince yadda yadda tu.. So entry kali ni Nufa nak bercerita tentang persediaan ke Korea.


Actually kan, kami sepatutnye ke Hong Kong hujung tahun ni. Tapi pihak Andalusia Holiday terpaksa batalkan trip ke sana sebab tak cukup peserta pada tarikh yg kami pilih tu. Hurmm.. Sabar je la. 


So selepas ditambah, tolak, bahagi, punca kuasa dua bagai maka kami pun decide la terbang ke negara Lee Min Ho! Cewahh.. semangat sket dengar nama oppa sorang ni. Tapi jangan kata Lee Min Ho, bayang peserta RunningMan pun tak nampak uols. Motif sangat pergi Korea nak jumpa mereka ni kan? Ehekss... Makanya perkara pertama yang harus dibuat adalah kaji balik musim & suhu pada waktu tersebut serta adjust segala preparation yang kami dah siapkan untuk ke Hong Kong. Ciss!!



  1. Musim & Suhu




       Trip Advisor ni kata – Suhu bulan November adalah di sekitar 1C-10C. Bulan November ni adalah Musim Luruh ye kawan2. Tapi dah penghujung autumn sangat ni. Untuk pengetahuan suhu di Korea pada waktu begini adalah di antara 5C-10C ye. Memang sejuk giler waktu pagi & malam. Kalau nak merayau sekitar Seoul waktu macam ni mohon pakai gloves ok. So lets check it out outfit utk autumn/winter sekaligus.


   2. Apparel/Outfit

“Late October to Late November: - Jacket, sweater, and muffler
December: - Jacket, sweater, muffler, and optional gloves or mittens” – Trip Advisor









Ada masanye cuaca kat Korea ni tidak menentu. Walaupun katanya musim luruh, tetiba snow turun pulak hujung2 November nanti tak ke haru. Eceh! Konon. Ckp je la kau tu nak feeling Omputih - pakai jacket & muffler bagai :-p
Tapikan sebenarnya memang snow da turun pun okeh. Cumanya snow turun sehari selepas kami balik dari Korea iaitu pada 25/11/2015. Kureng asam sungguh!! Sengaja cari pasal nak suruh Nufa repeat percutian ke Korea nampaknyeee..



Kat mana kami dapatkan semua outfit ini? Actually Nufa  sebenarnya suka shopping time MATTA Fair tau. Sbb waktu tu Universal Traveler selalu bagi discount sehingga 70%. Ye betul – tak tipu. Tapikan dkt Uniqlo pun ada je barang2 ni semua. In fact – gloves boleh je beli dekat Daiso. Terpulang la pada budget masing2. Oh ye – yang kaler putih mcm baju tido tu ada la Long John ye. Kat Universal Traveler ada jual kaler putih saje. So boring..  Long John ni kita pakai kat dalam, macam baju inner. Baju ni khusus untuk musim sejuk. Ianya panjang dan ketat menutupi seluruh badan dan kaki. Yang kaler kuning & grey tu muffler ye. Hambik ko! Kuningnya Kak Long.

#Nota kaki - untuk kanak2, WAJIB pakai Long John ni tapi untuk orang dewasa bergantung kepada tahap ketahanan diri masing2. Nufa sendiri tak pakai pun Long John kat sana. Mungkin sebab kami tak merayau sangat waktu malam, so xde keperluan pun.





      3. Jacket/ Winter coat/ Sweater

                




               
Katakan malas nau nak pakai Long John ni sume, sila pakai baju berlapis-lapis sebelum sarung Jacket chantek anda tu ye. Baju berlapis-lapis ni maksudnya, pakai t-shirt dulu lepas tu sweater & last sekali baru Jacket. Jangan skip ehh.. kot tak nanti ada yang demam. Kalau lepas ni gambar nampak gemuk, sila ingat ia adalah kerana banyaknya lapisan baju kat dalam tu ye. Nufa still kurus okey



     4. Boots /Sneakers



Sebaiknya pakai la sneakers atau pun boots semasa di Korea nanti. Sebab aktiviti berjalan kaki adalah wajib memandangkan Korea ni negara yang public transport friendly.  Walaupun Nufa menggunakan khidmat travel agent & transportation sudah tersedia (Van a.k.a Bas Pendek) still memerlukan kasut yang selesa untuk bergerak. Sport shoes pun sesuai sebab bentuk muka bumi negara Korea ni tak sama macam KL ye.  Oleh itu flat shoe sangat la tidak digalakkan.



   5. Stokin

Jangan lupa bawa stoking sekali. Beli yang standard size/stokin panjang. Jangan beli yang pendek pulak, nanti kesejukan terpaksa kena tuam. Eh?? takde la tipu je. Hehehe...



  6. Universal adapter






Apalah benda alah ni kan? Ni sebenarnye adalah soket/plug ye uols. Saiz plug dekat Korea tak sama dengan Malaysia. Universal adapter ni boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik & ada macam2 model. Yang ni Nufa beli dekat Groupon. Harga lebih kurang RM40 macam tu.



#Nota kaki - tatau kenapa adapter kat atas ni tak boleh fit dengan plug kat sana. Dkt Seoul kami terpaksa meminjam adapter dari pihak hotel. So nasihat Nufa, cari adapter yang betul2 sesuai dengan negara yang anda hendak pergi.
  


   7. Powerbank

Ni pun penting jugak. Lagi2 utk orang yang suka ambil gambar guna smartphone. Mana tau sampai dekat sana nanti da jadi hilang kewarasan sampai beribu gambar nak diambil. Mau menangis kalau tetiba battery kong. Jangan cakap Nufa tak payung..




  8. Duit Won Korea




Ni ada tips sket – sila tukarkan duit won anda lebih awal di mana2 Money Changer berdekatan. Jangan tukar dekat airport, sebab mereka akan ambil tukaran dengan harga mahal. 



   9. Ubat-ubatan

Ini antara ubat-ubatan/first aid yang Nufa bawa dari KL. Standard la orang perempuan. Kalau boleh satu rumah tu pun nak diangkut sekali. Tapi akan daya, luggage AirAsiaX pun 20kg aje. 



#Nota kaki - sepanjang 5 hari kat sana, hari2 Nufa telan Vitamin C & activfast uols. Sebab nak elakkan demam. Alhamdulillah, even after balik Malaysia pun badan masih sihat. Itu baru 5 hari, camne nak duduk lama2 kat Korea ni?




  



    10. Bantal



               
Kalau takut rindu dengan bantal busuk, bawa la bantal ni. Wangi sket.. hahahaha. Nak travel pun bawa bantal busuk ke?? Motif? Bukan la, ni bantal travel namanye. Boleh guna kat dalam flight atau semasa menunggu Encik kapal terbang kat airport. Gituh!



   11. Losyen & pelembap bibir

Tak kisah la samada anda adalah women/man traveler, sila jangan lupa menda ni bila berjalan ke negara bermusim sejuk. Angin sejuk kering kat sana boleh buatkan badan kita gatal2 dan bibir pecah. Nanti kita sendiri jadi tak selesa kann..




   12. Wet tissue & Mineral Water

Satu lagi kekurangan kat Korea ni adalah keadaan toilet mereka yang tidak mempunyai pili air. Susah juga la kita nak buat aktiviti membuang ni kalau xde air. So jangan peningkan kepala, standby wet tissue & bottle mineral water kosong masa ke tandas tu ye. Isi awal2 air kat dalam botol mineral tu kat sinki tau. Kalau degil jugak, tahan je la berak tu sampai balik ke hotel. Ahahahahahaha!!

  

13)   Kucing



Tahukah anda bahawa kita boleh bawa haiwan kesayangan seperti kucing semasa travel. Tahukah anda bahawa mereka ini juga mempunyai passport sendiri? Haaa… jadi apa lagi. Jom la kita bawa si comel ni travel bersama. Like seriously??? Heyy – passport kucing tu memang betul wujud  tapi takde la plak nak bawa si Leo ni kan. Budak ni buat muka tak puas hati sebab tak dpt ikut sama. Hehehe :-p 
  

Ya ampun! Banyak juga persiapan ke Korea ni rupanye, padahal Nufa ikut pakej je pun. 



Ok, jumpa lagi pada entry akan datang – Jalan-jalan Korea Autumn 2015. Sebelum tu enjoy dulu sekeping gambar di tengah2 bandaraya Seoul ni.




Daaaaa….





Guys, kalau rasa inginkan lebih informasi boleh juga dapatkan bantuan di sini ye. Di sini informasi lebih details NARACARDS SEOUL SET


Naracards Seoul Set





Comments

Salam. Boleh try pergi ke Pyeongchang trout festival di Pyeongchang. Start pertengahan bulan 12 ke hujung bulan 1. Memancing ikan trout dibawah ais

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,