Salam uols,
Ke mana kita hujung tahun ni? Hehehe..
Nufa kan memang da lama sangat teringin nak ke Korea ni tau.
Semenjak terjebak dengan cerita ala
fairytale Korean Drama Winter Sonata, My Girl, Coffee Prince yadda yadda tu.. So entry kali ni Nufa nak bercerita tentang persediaan ke Korea.
Actually kan, kami sepatutnye ke Hong Kong hujung tahun ni. Tapi pihak Andalusia Holiday terpaksa batalkan trip ke
sana sebab tak cukup peserta pada tarikh yg kami pilih tu. Hurmm.. Sabar je la.
So selepas ditambah, tolak, bahagi, punca kuasa dua
bagai maka kami pun decide la terbang ke negara Lee Min Ho! Cewahh.. semangat
sket dengar nama oppa sorang ni. Tapi jangan kata Lee Min Ho, bayang peserta RunningMan pun tak nampak uols. Motif sangat pergi Korea nak jumpa mereka ni kan? Ehekss... Makanya perkara pertama yang harus dibuat
adalah kaji balik musim & suhu pada waktu tersebut serta adjust segala
preparation yang kami dah siapkan untuk ke Hong Kong. Ciss!!
1. Musim & Suhu
Trip Advisor ni
kata – Suhu bulan November adalah di sekitar 1C-10C. Bulan November ni adalah
Musim Luruh ye kawan2. Tapi dah penghujung autumn sangat ni. Untuk pengetahuan suhu di Korea pada waktu begini adalah di antara 5C-10C ye. Memang sejuk giler waktu pagi & malam. Kalau nak merayau sekitar Seoul waktu macam ni mohon pakai gloves ok. So lets check it out outfit utk autumn/winter sekaligus.
2. Apparel/Outfit
“Late October to Late November: - Jacket, sweater, and
muffler
December: - Jacket, sweater, muffler, and optional
gloves or mittens” – Trip Advisor
Ada masanye cuaca kat Korea ni tidak menentu. Walaupun katanya musim luruh, tetiba snow turun pulak hujung2 November nanti tak ke
haru. Eceh! Konon. Ckp je la kau tu nak feeling Omputih - pakai jacket &
muffler bagai :-p
Tapikan sebenarnya memang snow da turun pun okeh. Cumanya snow turun sehari selepas kami balik dari Korea iaitu pada 25/11/2015. Kureng asam sungguh!! Sengaja cari pasal nak suruh Nufa repeat percutian ke Korea nampaknyeee..
Kat
mana kami dapatkan semua outfit ini? Actually Nufa sebenarnya suka shopping time MATTA Fair tau.
Sbb waktu tu Universal Traveler selalu bagi discount sehingga 70%. Ye betul –
tak tipu. Tapikan dkt Uniqlo pun ada je barang2 ni semua. In fact – gloves
boleh je beli dekat Daiso. Terpulang la pada budget masing2. Oh ye – yang kaler
putih mcm baju tido tu ada la Long John ye. Kat Universal Traveler ada jual
kaler putih saje. So boring.. Long John
ni kita pakai kat dalam, macam baju inner. Baju ni khusus untuk musim sejuk.
Ianya panjang dan ketat menutupi seluruh badan dan kaki. Yang kaler kuning
& grey tu muffler ye. Hambik ko! Kuningnya Kak Long.
#Nota kaki - untuk kanak2, WAJIB pakai Long John ni tapi untuk orang dewasa bergantung kepada tahap ketahanan diri masing2. Nufa sendiri tak pakai pun Long John kat sana. Mungkin sebab kami tak merayau sangat waktu malam, so xde keperluan pun.
3. Jacket/ Winter coat/ Sweater
Katakan malas nau nak pakai Long John ni sume, sila pakai baju berlapis-lapis sebelum sarung Jacket chantek anda tu ye. Baju berlapis-lapis ni maksudnya, pakai t-shirt dulu lepas tu sweater & last sekali baru Jacket. Jangan skip ehh.. kot tak nanti ada yang demam. Kalau lepas ni gambar nampak gemuk, sila ingat ia adalah kerana
banyaknya lapisan baju kat dalam tu ye. Nufa
still kurus okey
4. Boots /Sneakers
5. Stokin
Jangan lupa
bawa stoking sekali. Beli yang standard size/stokin panjang. Jangan beli yang
pendek pulak, nanti kesejukan terpaksa kena tuam. Eh?? takde la tipu je.
Hehehe...
6. Universal adapter
Apalah benda
alah ni kan? Ni sebenarnye adalah soket/plug ye uols. Saiz plug dekat Korea tak sama
dengan Malaysia. Universal adapter ni boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik
& ada macam2 model. Yang ni Nufa beli dekat Groupon. Harga lebih kurang
RM40 macam tu.
#Nota kaki - tatau kenapa adapter kat atas ni tak boleh fit dengan plug kat sana. Dkt Seoul kami terpaksa meminjam adapter dari pihak hotel. So nasihat Nufa, cari adapter yang betul2 sesuai dengan negara yang anda hendak pergi.
7. Powerbank
Ni pun penting
jugak. Lagi2 utk orang yang suka ambil gambar guna smartphone. Mana tau sampai
dekat sana nanti da jadi hilang kewarasan sampai beribu gambar nak diambil. Mau
menangis kalau tetiba battery kong. Jangan cakap Nufa tak payung..
8. Duit Won Korea
Ni ada tips
sket – sila tukarkan duit won anda lebih awal di mana2 Money Changer
berdekatan. Jangan tukar dekat airport, sebab mereka akan ambil tukaran dengan
harga mahal.
9. Ubat-ubatan
Ini antara ubat-ubatan/first aid yang Nufa bawa dari KL. Standard la orang perempuan.
Kalau boleh satu rumah tu pun nak diangkut sekali. Tapi akan daya, luggage
AirAsiaX pun 20kg aje.
#Nota kaki - sepanjang 5 hari kat sana, hari2 Nufa telan Vitamin C & activfast uols. Sebab nak elakkan demam. Alhamdulillah, even after balik Malaysia pun badan masih sihat. Itu baru 5 hari, camne nak duduk lama2 kat Korea ni?
10. Bantal
Kalau
takut rindu dengan bantal busuk, bawa la bantal ni. Wangi sket.. hahahaha. Nak
travel pun bawa bantal busuk ke?? Motif? Bukan la, ni bantal travel namanye. Boleh guna kat dalam flight atau semasa menunggu Encik kapal terbang
kat airport. Gituh!
11. Losyen & pelembap bibir
Tak kisah la samada
anda adalah women/man traveler, sila jangan lupa menda ni bila berjalan ke
negara bermusim sejuk. Angin sejuk kering kat sana boleh buatkan badan kita
gatal2 dan bibir pecah. Nanti kita sendiri jadi tak selesa kann..
12. Wet tissue & Mineral Water
Satu lagi
kekurangan kat Korea ni adalah keadaan toilet mereka yang tidak mempunyai pili
air. Susah juga la kita nak buat aktiviti membuang ni kalau xde air. So jangan
peningkan kepala, standby wet tissue & bottle mineral water kosong masa ke
tandas tu ye. Isi awal2 air kat dalam botol mineral tu kat sinki tau. Kalau degil jugak, tahan je la berak tu sampai balik ke hotel. Ahahahahahaha!!
Tahukah anda
bahawa kita boleh bawa haiwan kesayangan seperti kucing semasa travel. Tahukah
anda bahawa mereka ini juga mempunyai passport sendiri? Haaa… jadi apa lagi.
Jom la kita bawa si comel ni travel bersama. Like seriously??? Heyy – passport
kucing tu memang betul wujud tapi takde
la plak nak bawa si Leo ni kan. Budak ni buat muka tak puas hati sebab tak dpt
ikut sama. Hehehe :-p
Ya ampun!
Banyak juga persiapan ke Korea ni rupanye, padahal Nufa ikut pakej je pun.
Ok, jumpa lagi pada entry akan datang – Jalan-jalan Korea Autumn 2015. Sebelum tu enjoy dulu sekeping gambar di tengah2 bandaraya Seoul ni.
Daaaaa….
Guys, kalau rasa inginkan lebih informasi boleh juga dapatkan bantuan di sini ye. Di sini informasi lebih details NARACARDS SEOUL SET
Comments