Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

KLANA BEACH RESORT ~ PORT DICKSON

Kalau la setahun tu boleh diibaratkan seperti satu dekad, maknanya sudah hampir lima dekad Nufa tak jejakkan kaki ke Port Dickson (PD) ni uols. Punye la lama nak cakap tak pergi ke PD. Lama la tu kan lima dekad tu? Hui, lama sungguh! Hahaha.. PD ni antara tempat tumpuan warga Selangor & KL untuk menghabiskan masa di pantai pada hujung minggu/short break. Sebabnye jarak perjalanan pun cuma ambil masa kurang daripada 2 jam setengah. Ini bergantung jugak la pada tahap kesesakan lalu lintas & seberapa laju anda memandu ye. Pemanduan berhemah Nufa adalah di antara 80-100 km/hour. 2 jam setengah tu sempat la kami berhenti di RnR, tapau jajan, pergi toilet dan sebagainya.. :-D Dan lagi yang bagusnye PD ni, tol pun tidak terlalu mahal. Ada 2 tol yg kita kena tempuh. Nufa habiskan tak sampai RM15 untuk perjalanan sehala. Duit minyak pun lebih kurang RM70 pergi & balik untuk kereta auto 1.5cc. Masa kecik2 dulu memang selalu sangat ajak parents ke PD, nak mandi laut pun

HANWA RESORT @ MOUNT SEORAK & MATE HOTEL @ SEOUL

Lambat plak review hotel @ Korea ni nak publish kan? Hehehehe... Maaf ler, bila dah start sibuk maka akan jadi lambat nak update blog. Ok, entry kali ni Nufa cuma nak berkongsi cerita tentang hotel-hotel yang kami duduki selama berada di Korea. Untuk pengetahuan, kami bermalam di Hanwa Resort Seorak Sorano selama semalam dan di Mate Hotel selama 3 malam.  Hanwa Resort Seorak Sorano Supermarket Lobby area Ini adalah apartment resort yang memiliki 2 buah bilik. Bilik pertama ada katil king size manakala bilik kedua merupakan Tatami bedroom. Kalau nak merasai cara tradisional orang Korea tidur, boleh la cuba tido kat tatami bedroom, sebab dalam bilik tu cuma disediakan bantal serta selimut toto.  Terdapat mini-kitchen serta living room juga. Peralatan memasak turut disediakan - fully occupied with all the equipment for you to cook. Gittew! Boleh menampung sehingga maksimum 4 orang. Bilik memang luas. Walaupun be

KOREA 2015 ~ Day 4 ~ World Cup Stadium / Namdaemum & Myeong Dong Street Market / Amethyst Factory / Red Pine Tree / Korean Cosmetic Duty Free Shop

Hari ke-4. Hari terakhir di Korea Nu fa berpeluang menjejakkan kaki ke 2002 World Cup Stadium, walaupun sebenarnya Nufa bukanlah peminat sukan bolasepak. Tapi ok juga dibawa ke sini. Banyak information dan yang penting boleh lihat stadium bola dari dekat. Kali terakhir Nufa pergi ke stadium adalah stadium bukit jalil semasa Sukan Komanwel 1998 dulu. Itu pun sebab dapat tiket free. Hehehe... So jangan tanya Nufa nama pemain bola sepak Korea ni tau. Gambar je acah2 pro padahal krik krikk krikkk aje. First time explore stadium bola perasaannye macam WOW! Camni rupanya stadium bola tu ye. Ke memang stadium bola dekat Malaysia pun hebat juga? Hahaha.. Tengok bola dekat tv memang tak sama perasaannye bila datang sendiri ke stadium. Sekarang baru Nufa faham perasaan itu :-p Selain pelbagai maklumat yang disediakan, dekat situ kita boleh juga lihat bilik mesyuarat, bilik persalinan pemain & macam2 lagi lah. Tak banyak yang Nufa boleh cerita, kerana Nufa bukan pe

KOREA 2015 ~ Day 3 ~ Seoul N Tower / Trick Eye Museum

Eh! Ada daun Maple kat situ la :-D Nama lain bagi Seoul N Tower adalah Namsam Tower ye dan menara ini terletak di atas puncak bukit. Sebelum ke sini banyak blog yang Nufa baca mengatakan kita dikehendaki mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke menara ini. Anak tangganya juga dikatakan agak curam. Juga terdapat alternatif lain seperti menaiki cable car untuk sampai ke Seoul N Tower. Tapikan, mungkin rezeki agaknya, bas yang kami naiki terus meluncur dengan laju sehinggalah ke ruang parking. Kami cuma perlu mendaki sedikit sahaja untuk sampai ke menara. Punyalah tercari-cari mana letaknya tangga/cable car. Rupa-rupanya tak perlu dah semua tu. Hehehehe.. Dari ruang parking hingga ke kawasan menara mengambil masa dalam 15-30 minit jugak. Kami sebenarnya leka dengan pemandangan bandaraya Seoul sepanjang perjalananan ke puncak bukit. Cantik sangat pemandangannya. Daun-daun Maple yang berwarna merah & kuning masih banyak lagi terdapat di sepanjang kawasan puncak