Skip to main content

KOREA 2015 ~ Day 4 ~ World Cup Stadium / Namdaemum & Myeong Dong Street Market / Amethyst Factory / Red Pine Tree / Korean Cosmetic Duty Free Shop


Hari ke-4. Hari terakhir di Korea Nufa berpeluang menjejakkan kaki ke 2002 World Cup Stadium, walaupun sebenarnya Nufa bukanlah peminat sukan bolasepak. Tapi ok juga dibawa ke sini. Banyak information dan yang penting boleh lihat stadium bola dari dekat. Kali terakhir Nufa pergi ke stadium adalah stadium bukit jalil semasa Sukan Komanwel 1998 dulu. Itu pun sebab dapat tiket free. Hehehe... So jangan tanya Nufa nama pemain bola sepak Korea ni tau. Gambar je acah2 pro padahal krik krikk krikkk aje.



First time explore stadium bola perasaannye macam WOW! Camni rupanya stadium bola tu ye. Ke memang stadium bola dekat Malaysia pun hebat juga? Hahaha.. Tengok bola dekat tv memang tak sama perasaannye bila datang sendiri ke stadium. Sekarang baru Nufa faham perasaan itu :-p
Selain pelbagai maklumat yang disediakan, dekat situ kita boleh juga lihat bilik mesyuarat, bilik persalinan pemain & macam2 lagi lah.



Tak banyak yang Nufa boleh cerita, kerana Nufa bukan peminat bola. Tapi stadium ni memang best. Sila tengok gambar aje la ye.
















Berlambak info - antara nak baca dengan tidak je uols!



FC ler sangattt...


Acik-acik kena dera buat pelbagai aksi. Nasib baik acik2 cool :-p




Nampak tak apa yang pelik kat situ?














Pemain simpanan yang tak pernah turun gelanggang :-D




Namdaemum & Myeong Dong Street Market

Namdaemum street - gambar ehsan Google


Uols, tempat ni nampak happening kan? Memang happening kalau anda datang pada masa yang tepat. Kenapa Nufa cakap macam tu? Macam Nufa bagi tau di awal-awal entry ini, dekat Korea waktu malamnya sangat awal. Pukul 5 petang sudah macam pukul 7 malam. In fact, jarak antara Namdaemum & Myeong Dong street ni tak jauh mana pun. Kena menyeberang jalan utama aje. Tapi anda di nasihatkan supaya menggunakan laluan subway bawah tanah untuk menyeberang jalan di kedua-dua belah arah ye. 

Kami sampai di situ agak lewat - itu pun setelah ahli rombongan mendesak supaya dibatalkan lawatan ke shopping complex yang menjual barangan dengan harga - ya ampun! Selepas berbincang barulah rombongan kami dibawa ke situ lebih awal. Makanya banyak kedai yang sudah ditutup di kawasan Namdaemum tu. Nufa tak jumpa kedai-kedai yang jual barangan dengan harga KWon 5000 tersebut. Sedih kan??? Tapi Myeong Dong street memang "hidup" pada waktu malam. Masa yang diberi untuk berada di sana agak terhad. Dalam 2 jam begitu, kelam-kabut kami berlari ke sana-sini untuk shopping last minute. Haiiii la.... tak suka betul program yang diatur macam ni. Tau tak shopping tu penting untuk orang perempuan? 



Apa beza dua tempat ni? Nandaemum sesuai untuk acik-acik. Manakala Myeong Dong pula lebih sesuai untuk remaja dewasa macam Nufa (remaja la sangat, puii!). Maknanye, barangan yang dijual di sana ada market tersendiri. Baju-baju dekat Myeong Dong lebih up to date, juga terdapat banyak pilihan kosmetik yang dijual disitu. Dekat Nandaemum pula banyak menjual barangan citarasa mak-mak kita termasuklah set sudu garfu & kerongsang. Kerongsang Korea terbaik, wajib beli tau. Buah-buahan seperti delima, pisang kaki serta epal turut dijual. Dan yang menariknya, saiz buah2 tersebut sangat besar ye.



Oh ye, di sepanjang laluan subway tu kan, turut terdapat  pelbagai deretan kedai. Nak shopping kat situ pun boleh.










 Amethyst Factory / Red Pine Tree / Korean Cosmetic Duty Free Shop



Sukacita Nufa nak bagi tau, tempat-tempat yang disebutkan di atas dikatakan wajib kita pergi kalau kita ikut tour package. Tapi personally Nufa tak berapa sukakan tempat-tempat ini atas sebab-sebab berikut:-


  • Memang takde niat pun nak shopping jewelry seperti amethyst atau pun produk kesihatan seperti ginseng/red pine tree. Cara mereka promosi barang seolah mendesak pembeli pun ada juga. Kalau dah masuk dalam tu, tak habis RM1000 tak sah ye.
  • Tidak dibenarkan sama sekali ambil gambar dalam kedai-kedai tersebut. Motif? 
  • Kalau anda memang pengguna barangan kosmetik Korea, Korean Cosmetic Duty Free Shop ini lah tempatnya. Tapi nak cakap juga ye, dekat situ hampir kesemuanya jenis kosmetik mahal. Jadi apa yang free duty? Konsep yang sama bila kita beli coklat mahal dekat Langkawi. Murah lah separuh harga kalau kita beli terus disana. Kalau setakat nak cari face mask ke, aloe vera jel ke - lebih baik anda shopping di Myeong Dong street aje.
  • Rajin-rajin la cari tour package yang tidak include aktiviti ini dalam itinerary. Sebab Nufa pernah ternampak beberapa travel agency yang exclude tempat2 ini. Kecuali la kalau anda memang ada tujuan untuk shopping menda2 tu semua semasa di sana, memang heaven la. Tapi bagi Nufa sendiri tiada keperluan. Setakat cuci mata sahaja.


Tamat sudah percutian Nufa ke Korea. Dah nama pun trip bidan terjun kan, tak boleh la nak letak high expectation sangat. Overall ok-ok aje. Esoknye seawal pagi kami sudah bergerak ke airport. Tapi sebelum tu kami singgah breakfast & solat di satu kedai ni. Tak ingat nama apa, tapi katanya memang dibuka 24 jam.



Our last meal in Korea - sejenis mee sup




Lobak kuning tu rasanye macam jeruk betik. Sedap!








Bye-bye Korea. Ada rezeki memang nak datang lagi. Tak kira - hahahaha! Daaa....




Comments

Unknown said…
hye... boleh sy tau direction ke red pine shop tak? =) bulan 5 ni nak pergi sana...
NufaDeeLa said…
Nufa ikut pakej hari tu, semuanye agency yg uruskan. Tak bleh nak guide la - sorry

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,