Eh! Ada daun Maple kat situ la :-D |
Nama lain bagi Seoul N Tower adalah Namsam Tower ye dan menara ini terletak di atas puncak bukit. Sebelum ke sini banyak blog yang Nufa baca mengatakan kita dikehendaki mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke menara ini. Anak tangganya juga dikatakan agak curam. Juga terdapat alternatif lain seperti menaiki cable car untuk sampai ke Seoul N Tower. Tapikan, mungkin rezeki agaknya, bas yang kami naiki terus meluncur dengan laju sehinggalah ke ruang parking. Kami cuma perlu mendaki sedikit sahaja untuk sampai ke menara. Punyalah tercari-cari mana letaknya tangga/cable car. Rupa-rupanya tak perlu dah semua tu. Hehehehe..
Dari ruang parking hingga ke kawasan menara mengambil masa dalam 15-30 minit jugak. Kami sebenarnya leka dengan pemandangan bandaraya Seoul sepanjang perjalananan ke puncak bukit. Cantik sangat pemandangannya. Daun-daun Maple yang berwarna merah & kuning masih banyak lagi terdapat di sepanjang kawasan puncak tersebut. Waktu pula sudah petang & cuacanya sejuk nyaman. Nufa boleh luangkan masa berjam-jam kat sini tau. Memang enjoy..
Dekat sini ada observation deck juga tau. Ada bayaran yang dikenakan kalau nak naik ke atas tetapi oleh kerana kesuntukan masa kami hanya berjalan-jalan di sekitar menara aje. Jadilah kan, itu pun masing2 sudah beratur panjang nak ambil gambar dekat hot spot sekitar menara. Termasuklah dekat area kunci-kunci cinta tu. Entah apa-apa je 😆
Kesian bangku. Nasib baik tak patah. Hahaha! |
Mengikut kepercayaan masyarakat setempat, love lock padlock haruslah dipasang bersama pasangan masing-masing. Tak boleh datang ke sana seorang diri kemudian pasang kunci tu ye. Nanti cinta tak berjaya. Katanye laaa...
Sebenarnya kan, pada malam itu ada persembahan dekat sekitar dataran Seoul N Tower. Mereka sudah susun atur kerusi di satu kawasan. Sayang betul sebab tak boleh tunggu lama. Kalau anda ke sini, kalau berkelapangan boleh la tunggu lama sikit & menikmati pemandangan bandaraya Seoul pada waktu malam. Tentu lagi best kan?
Trick Eye Museum
Trick Eye Museum ini terletak di Hongdae Street. Lebih kurang macam muzium 3D yang ada dekat Langkawi Malaysia. Nama aje museum tapi sebenarnye tempat ini terletak di celah-celah bangunan aje uols. Pulak tu kena turun naik tangga nak sampai ke museum ni. Senang cerita dekat Korea ni kalau kita tak mendaki bukit, kena panjat anak tangga pulak. Macam tu la... Tak ada apa yang menarik sangat kecuali dekat situ ada disediakan ice room yang ala-ala I-City.
Tapi Nufa nak bagi tau awal-awal. Suhu dalam ice room adalah 5 Degrees ye. Yang tak tahan sejuk memang takkan dapat duduk lama kat dalam tu. Kalau nak fefeeling winter boleh la try masuk. Sebelum kita keluar dari sini kita akan melalui satu lorong yang dipenuhi dengan kepingan cermin. Yang ni agak mencabar sikit sebab kita akan rasa confused sekejap dengan biasan dari cermin2 tersebut. Ala-ala Labyrinth gittew!
Nak pegi mana tu Ahjumma.. |
Oh ye, kat dalam ni ada gelongsor yang diperbuat daripada ice tau. Berani tak nak mencuba? Nufa berani tengok aje - takut terkujat punggung. Ahahahaha!!
Daaa...
Comments