Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

KOREA 2015 ~ Day 4 ~ World Cup Stadium / Namdaemum & Myeong Dong Street Market / Amethyst Factory / Red Pine Tree / Korean Cosmetic Duty Free Shop

Hari ke-4. Hari terakhir di Korea Nu fa berpeluang menjejakkan kaki ke 2002 World Cup Stadium, walaupun sebenarnya Nufa bukanlah peminat sukan bolasepak. Tapi ok juga dibawa ke sini. Banyak information dan yang penting boleh lihat stadium bola dari dekat. Kali terakhir Nufa pergi ke stadium adalah stadium bukit jalil semasa Sukan Komanwel 1998 dulu. Itu pun sebab dapat tiket free. Hehehe... So jangan tanya Nufa nama pemain bola sepak Korea ni tau. Gambar je acah2 pro padahal krik krikk krikkk aje. First time explore stadium bola perasaannye macam WOW! Camni rupanya stadium bola tu ye. Ke memang stadium bola dekat Malaysia pun hebat juga? Hahaha.. Tengok bola dekat tv memang tak sama perasaannye bila datang sendiri ke stadium. Sekarang baru Nufa faham perasaan itu :-p Selain pelbagai maklumat yang disediakan, dekat situ kita boleh juga lihat bilik mesyuarat, bilik persalinan pemain & macam2 lagi lah. Tak banyak yang Nufa boleh cerita, kerana Nufa bukan pe

KOREA 2015 ~ Day 3 ~ Seoul N Tower / Trick Eye Museum

Eh! Ada daun Maple kat situ la :-D Nama lain bagi Seoul N Tower adalah Namsam Tower ye dan menara ini terletak di atas puncak bukit. Sebelum ke sini banyak blog yang Nufa baca mengatakan kita dikehendaki mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke menara ini. Anak tangganya juga dikatakan agak curam. Juga terdapat alternatif lain seperti menaiki cable car untuk sampai ke Seoul N Tower. Tapikan, mungkin rezeki agaknya, bas yang kami naiki terus meluncur dengan laju sehinggalah ke ruang parking. Kami cuma perlu mendaki sedikit sahaja untuk sampai ke menara. Punyalah tercari-cari mana letaknya tangga/cable car. Rupa-rupanya tak perlu dah semua tu. Hehehehe.. Dari ruang parking hingga ke kawasan menara mengambil masa dalam 15-30 minit jugak. Kami sebenarnya leka dengan pemandangan bandaraya Seoul sepanjang perjalananan ke puncak bukit. Cantik sangat pemandangannya. Daun-daun Maple yang berwarna merah & kuning masih banyak lagi terdapat di sepanjang kawasan puncak

KOREA 2015 ~ Day 3 ~ Seoul / Kyongbok Palace / Masjid Itaewon

Dekat Seoul ada satu kedai souvenir yang sangat popular dikalangan pelancong. Nama kedai ini adalah ARIRANG & terletak di Dongdaemun. Harga kebanyakan cenderahati kat sini jauh lebih murah dari mana2 kedai yang terdapat di Namdaemun & MyeongDong. Nufa memang sarankan untuk shopping kat sini aje kalau anda dah sampai kat Seoul ni. Kami sampai di kedai ni pun sudah agak lewat disebabkan perjalanan yang agak jauh dari Everland Theme Park. ARIRANG  terletak di dalam satu bangunan & banyak juga kedai yang sudah tutup pada waktu tu. Pekerja kat kedai ni boleh berbahasa Melayu & kebanyakan pekerjanya berasal dari Indonesia. Bagus juga tokey kedai ni ambil pekerja dari sana sebab rata2 yang datang sini pun orang Malaysia. Sesuatu sangat tau!  Tunggu Ahjumma habes shopping di ARIRANG. Bangunan kedai kat depan bangku ni aje Sebelum kami ke Seoul, sempat la jugak kami ke tempat untuk membuat Kimchi di Kim Chi School & mencuba memakai HanBok. S