Skip to main content

KOREA 2015 ~ Day 3 ~ Seoul / Kyongbok Palace / Masjid Itaewon





Dekat Seoul ada satu kedai souvenir yang sangat popular dikalangan pelancong. Nama kedai ini adalah ARIRANG & terletak di Dongdaemun. Harga kebanyakan cenderahati kat sini jauh lebih murah dari mana2 kedai yang terdapat di Namdaemun & MyeongDong. Nufa memang sarankan untuk shopping kat sini aje kalau anda dah sampai kat Seoul ni. Kami sampai di kedai ni pun sudah agak lewat disebabkan perjalanan yang agak jauh dari Everland Theme Park. ARIRANG  terletak di dalam satu bangunan & banyak juga kedai yang sudah tutup pada waktu tu. Pekerja kat kedai ni boleh berbahasa Melayu & kebanyakan pekerjanya berasal dari Indonesia. Bagus juga tokey kedai ni ambil pekerja dari sana sebab rata2 yang datang sini pun orang Malaysia. Sesuatu sangat tau! 




Tunggu Ahjumma habes shopping di ARIRANG. Bangunan kedai kat depan bangku ni aje



Sebelum kami ke Seoul, sempat la jugak kami ke tempat untuk membuat Kimchi di Kim Chi School & mencuba memakai HanBok. Sebenarnya kan terdapat banyak Kim Chi School ni  & kebanyakan kedai2 ini menyediakan  sekali servis memakai HanBok. Tak susah sebenarnye nak buat Kimchi ni uols. Mereka akan ajar kita step by step bagaimana untuk menyediakan Kimchi. Cuma cara penyediaan sos Kimchi tu agak cerewet sikit la dan rupanya ada banyak jenis Kimchi. Tapi Kimchi yang paling femes adalah berasaskan kubis. Dekat sini juga mereka akan beri kita rasa pelbagai aneka Kimchi yang terdapat di Korea. Kita juga boleh membeli Kimchi yang disediakan oleh pihak kedai. Harga Kimchi pun sebenarnye lebih murah di sini. Tapi kan Kimchi yang kita sudah sediakan tu Nufa tatau la apa yang mereka buat. Dah elok bungkus2 Kimchi tu, amik gambar sekeping dua terus mereka ambil balik. Erkk... Selamat tinggal Kimchi ku! Hehehe..


Selain Kimchi turut dijual adalah buah-buahan segar seperti Strawberry. Buah strawberry dekat Korea ni besar & manis ye. Sangat manisss.. anda patut cuba tau. Harga satu kotak strawberry adalah KWon 15000 bersamaan dengan RM60. Mahal tapi berbaloi weh!
 


Kononnye la..








Marrakech - Morocco & Arabian Restaurant



















Marrakech  adalah antara kedai makanan halal yang terdapat di Seoul. Surau pun ada disediakan di sini.


  • Kami makan dua kali dekat restaurant ni. Sekali waktu lunch & sekali lagi waktu dinner.
  • Ada buffet & juga ala carte. Harga untuk ala carte dalam anggaran KWon 10000 - 15000. Harga untuk buffet tak berapa pasti plak. Maaf! 
  • Recommended sebab sedap. Hahahaha..


Selama Nufa berada di Seoul ni kan, sangat susah Nufa nak jumpa tong sampah. Rasanye macam takde kot! Bandaraya Seoul ni bersih uols. Sebab tu tong sampah awam macam bukan keperluan dekat sana. Sudahnya bungkusan makanan yang kami ada di simpan semula dalam beg dan dibuang semasa kat hotel aje. Yang peliknya takde siapa pun yang suka hati /berani nak buang sampah merata-rata. Baik pelancong asing mahu pun warga tempatan sendiri.


Jangan tak tau, dekat Korea ni kan ada satu undang2 di mana anak-anak diwajibkan untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua. Sekiranya ada yang ingkar mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara tau. Bagus kan undang2 mereka? Somehow Nufa rasa orang yang bukan beragama Islam lebih mengamalkan cara hidup Islam. Speechless betul masa Nufa dapat tahu mengenai undang2 ini.



























Fakta menarik mengenai Kyongbok Palace:-








  • Istana ini sebenarnye terletak di tengah2 bandaraya Seoul. Tapi bila kita dah jejakkan kaki di sini, suasana bandar metropolitan Seoul terus bertukar menjadi seperti lokasi pengambaran drama dahulu kala.
  • Kawasan persekitaran istana sangat luas. Setiap gundik Diraja akan diberikan satu istana. Ada banyak istana2 kecil di sini.
  • Setiap gundik tidak akan memiliki bentuk istana yang sama. Gundik kegemaran maharaja akan memiliki istana yang lebih besar & cantik.
  • Setiap istana dijaga dengan penuh rapi. Sayangnya kita hanya boleh melihat keindahan istana dari luar sahaja.
  • Pengawal yang mengawal istana akan bertukar setiap hari pada waktu petang. Upacara pertukaran shift berlaku dengan penuh protokol.
  • Raut muka pengawal istana sangat serius. Langsung taknak senyum. Sekali pandang boleh disangkakan patung. Lolz!
  • Dekat kawasan ini juga terletaknya tempat simpanan senjata api, dewan makan, kandang kuda serta tempat perhimpunan maharaja bersama askar-askar pada zaman dahulu kala. Setiap peringkat askar dibahagikan mengikut barisan yang berbeza berdasarkan pangkat pada ketika itu.








Upacara pertukaran shift. Lawa plak baju pengawal istana ni kan? :-p



Sebelum tu Nufa nak bagi tau, semasa kami datang ke Seoul tempoh hari berlaku kemangkatan salah seorang kerabat diraja di sana. Maka perancangan awal ke Blue House tidak dapat diteruskan kerana memberi laluan kepada keluarga diraja/rakyat tempatan memberi penghormatan terakhir di Blue House. 





Masjid Itaewon
On the way ke Masjid Itaewon











  • Masjid Itaewon ini terletak agak jauh dari jalan besar. Berada di atas bukit dan terletak di sekitar Little India Seoul.
  • Anda boleh perhatikan jalan menuju ke Masjid Itaewon ini juga berbukit. Memang semput jadinya. Nak sampai ke masjid kena mendaki bukit yang agak curam. Acik2 yang ada masalah kaki dinasihatkan supaya menggunakan tangga yang terdapat di tepi kawasan masjid.
  • Di bahagian bawah masjid terdapat satu bangunan kecil untuk jemaah wanita bersembahyang. Agak2 tak larat dah nak daki tangga masjid boleh la sembahyang kat situ.
  • Bilik air serta tempat mengambil wuduk untuk jemaah wanita terletak agak jauh ke belakang. Bawa la teman kalau takut nak ambil wuduk sorang-sorang :-p 
  • Kalau nak tahu, di sepanjang Little India Seoul ni terdapat banyak restoran makanan halal. Ini la kawasan yang pelancong Muslim akan tuju jika mahu mencari makanan.
  • Kebanyakan restoran halal di sini adalah restoran pakistan. 

Lupa da nama kedai ni. Owner nye berbangsa Pakistan. Isteri beliau adalah warga Korea :-)













Bimbimbap?

Nampak teruja tak dengan attraction places & makanan2 yang terdapat kat Korea ni? Ehehehehe.. Ok, cukup dulu entry untuk kali ini. Next kita story pulak tentang kunci-kunci cinta di Seoul N Tower ehhh. 


Daaa...



Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,