Kalau la setahun tu boleh diibaratkan seperti satu dekad, maknanya sudah hampir lima dekad Nufa tak jejakkan kaki ke Port Dickson (PD) ni uols. Punye la lama nak cakap tak pergi ke PD. Lama la tu kan lima dekad tu? Hui, lama sungguh! Hahaha..
PD ni antara tempat tumpuan warga Selangor & KL untuk menghabiskan masa di pantai pada hujung minggu/short break. Sebabnye jarak perjalanan pun cuma ambil masa kurang daripada 2 jam setengah. Ini bergantung jugak la pada tahap kesesakan lalu lintas & seberapa laju anda memandu ye. Pemanduan berhemah Nufa adalah di antara 80-100 km/hour. 2 jam setengah tu sempat la kami berhenti di RnR, tapau jajan, pergi toilet dan sebagainya.. :-D
Dan lagi yang bagusnye PD ni, tol pun tidak terlalu mahal. Ada 2 tol yg kita kena tempuh. Nufa habiskan tak sampai RM15 untuk perjalanan sehala. Duit minyak pun lebih kurang RM70 pergi & balik untuk kereta auto 1.5cc.
Masa kecik2 dulu memang selalu sangat ajak parents ke PD, nak mandi laut punye pasal. Tapi bila da senior ni dan bila da banyak pantai yg Nufa pergi, PD da jadi mcm turn off sket. Kebersihan pantai PD mcm kurang diberi perhatian. Kita pun tak boleh nak letak high expectation untuk lihat laut biru kehijauan. Pantai awam PD perlu banyak penambahbaikan. Serius ni! Tapi sejak Nufa jumpa Klana Beach Resort, terus rasa lepas ni boleh da nak repeat PD byk kali. Hehehe..
My first impression - Wah!! biar betol ada laut biru kat PD? Ada yee.. Tapi kena stay kat Klana Beach Resort ni la kalau nak dapat view cun camni. So lets cekidaut apa lagi yg hotel ni boleh offer kita.
Lobby Hotel - nampak tak macam ada teropong kat situ? |
Coffee house hotel - cuba tengok decoration kat atas tu. Sangat galaksi environment kan? |
Klana Beach Resort terletak di Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, Port Dickson. Kalau tak silap hotel ni kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. So boleh agak tak konsep hotel ini camne? Hotel ini merupakan antara hotel shariah compliant yang ada di Malaysia. Maknanye dekat sini ada la sedikit peraturan yang pengunjung kena ikut. Takde la susah mana pun. Antaranya kena jaga cara pemakaian - tak boleh pakai sexy/short pants. Swimming pool pun diasingkan. Ada 3 swimming pool dekat sini - untuk lelaki, wanita & kanak-kanak. Serta tak boleh bawa masuk minuman beralkohol/makanan yang tidak sepatutnya ke dalam kawasan hotel. Kiranye kurang la sket mata kita ni buat dosa masa duduk kat Klana Beach Resort. Terus insaf & jadi alim selama 3 hari duduk kat sana. Hiks!
So hotel ini hanya untuk pengunjung beragama Islam ke? Takde la. Siapa2 pun boleh je datang menginap di sini. Takde restriction pun asalkan sanggup ikut peraturan yang kat atas tu ok aje.
Balai cerap? |
Yee.. kat sini ada balai cerap. Berhadapan dengan hotel ini ada menara untuk kita lihat anak bulan atau matahari. Selalunye kalau waktu bulan puasa & sebelum hari raya tu kan kita kena tengok anak bulan. Antara tempat untuk kita tengok anak bulan adalah di Balai Cerap Telok Kemang ni la. Teleskop yang besar gedabak tu ada je kat atas menara. Best kan? Bukan setakat anak bulan atau matahari je yang kita akan nampak, tapi planet2 yang ada dekat ruang angkasa pun boleh kita lihat. InsyaAllah. Untuk pengunjung hotel ni takde bayaran yang dikenakan. Masa untuk naik ke balai cerap tu pulak lebih afdal pada pukul 12.00 malam tapi dengan syarat waktu siangnye takde hujan & cuaca dalam keadaan baik. Tapi tu laaa... Nufa terlepas peluang nak tengok semua tu sebab waktu siangnye hari hujan. Sedih tak?? Sedihnyeee. Sobs sobs :-(
So, oleh kerana tak dapat tengok anak bulan jom la kita jalan-jalan kat tepi pantai.
Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu. Tapi Nufa pergi PD, tak jadi la tulis nama atas batu :-p |
Kami takde plan pun nak meronda pekan PD walaupun sebenarnye ada je aktiviti lain yang kita boleh buat kat sana. Percutian Nufa kali ni lebih santai, tengok laut sambil makan-makan. Hahaha!! Apa nak jadi la kan, asyik membesarkan badan aje.
Harga makanan kat coffee house hotel ni affordable jugak tapi pilihan tak banyak & disediakan secara ala-carte.
Breakfast da termasuk dalam harga bilik, secara buffet & banyak pilihan. Pun begitu kita boleh je mencari makanan di luar. Berhampiran pantai awam PD terdapat satu kedai makan yang sangat popular di kalangan pengunjung. Nama kedai makan tu adalah Cowboy Place. Kena cuba nasi ayam kat sana. Sedap!
Breakfast da termasuk dalam harga bilik, secara buffet & banyak pilihan. Pun begitu kita boleh je mencari makanan di luar. Berhampiran pantai awam PD terdapat satu kedai makan yang sangat popular di kalangan pengunjung. Nama kedai makan tu adalah Cowboy Place. Kena cuba nasi ayam kat sana. Sedap!
- Harga bilik deluxe twin selama 2 malam adalah RM548. Harga semasa cuti raya cina yang lepas. Entry ni pun da bersawang sebenarnye. Kah!
- Lokasi hotel terletak di belakang Ancasa Hotel & di atas bukit
- Dalam bilik ada disediakan iron & iron board serta kalender beserta waktu solat
- Ada senaskah Al-Quran juga :-)
- Kalau boleh request bilik yang ada sea view. Mesti lagi best sebab boleh tengok sunrise & sunset
Nama pun short break, short aje la entry PD kali ni. Jangan marah :-D
Daa...
Comments