Skip to main content

KLANA BEACH RESORT ~ PORT DICKSON

Kalau la setahun tu boleh diibaratkan seperti satu dekad, maknanya sudah hampir lima dekad Nufa tak jejakkan kaki ke Port Dickson (PD) ni uols. Punye la lama nak cakap tak pergi ke PD. Lama la tu kan lima dekad tu? Hui, lama sungguh! Hahaha..


PD ni antara tempat tumpuan warga Selangor & KL untuk menghabiskan masa di pantai pada hujung minggu/short break. Sebabnye jarak perjalanan pun cuma ambil masa kurang daripada 2 jam setengah. Ini bergantung jugak la pada tahap kesesakan lalu lintas & seberapa laju anda memandu ye. Pemanduan berhemah Nufa adalah di antara 80-100 km/hour. 2 jam setengah tu sempat la kami berhenti di RnR, tapau jajan, pergi toilet dan sebagainya.. :-D
Dan lagi yang bagusnye PD ni, tol pun tidak terlalu mahal. Ada 2 tol yg kita kena tempuh. Nufa habiskan tak sampai RM15 untuk perjalanan sehala. Duit minyak pun lebih kurang RM70 pergi & balik untuk kereta auto 1.5cc.


Masa kecik2 dulu memang selalu sangat ajak parents ke PD, nak mandi laut punye pasal. Tapi bila da senior ni dan bila da banyak pantai yg Nufa pergi, PD da jadi mcm turn off sket. Kebersihan pantai PD mcm kurang diberi perhatian. Kita pun tak boleh nak letak high expectation untuk lihat laut biru kehijauan. Pantai awam PD perlu banyak penambahbaikan. Serius ni! Tapi sejak Nufa jumpa Klana Beach Resort, terus rasa lepas ni boleh da nak repeat PD byk kali. Hehehe..




My first impression - Wah!! biar betol ada laut biru kat PD? Ada yee.. Tapi kena stay kat Klana Beach Resort ni la kalau nak dapat view cun camni. So lets cekidaut apa lagi yg hotel ni boleh offer kita.








Lobby Hotel - nampak tak macam ada teropong kat situ?

























Coffee house hotel - cuba tengok decoration kat atas tu. Sangat galaksi environment kan?



Klana Beach Resort terletak di Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, Port Dickson. Kalau tak silap hotel ni kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. So boleh agak tak konsep hotel ini camne? Hotel ini merupakan antara hotel shariah compliant yang ada di Malaysia. Maknanye dekat sini ada la sedikit peraturan yang pengunjung kena ikut. Takde la susah mana pun. Antaranya kena jaga cara pemakaian - tak boleh pakai sexy/short pants. Swimming pool pun diasingkan. Ada 3 swimming pool dekat sini - untuk lelaki, wanita & kanak-kanak. Serta tak boleh bawa masuk minuman beralkohol/makanan yang tidak sepatutnya ke dalam kawasan hotel. Kiranye kurang la sket mata kita ni buat dosa masa duduk kat Klana Beach Resort. Terus insaf & jadi alim selama 3 hari duduk kat sana. Hiks!

So hotel ini hanya untuk pengunjung beragama Islam ke? Takde la. Siapa2 pun boleh je datang menginap di sini. Takde restriction pun asalkan sanggup ikut peraturan yang kat atas tu ok aje. 




Balai cerap?


Yee.. kat sini ada balai cerap. Berhadapan dengan hotel ini ada menara untuk kita lihat anak bulan atau matahari. Selalunye kalau waktu bulan puasa & sebelum hari raya tu kan kita kena tengok anak bulan. Antara tempat untuk kita tengok anak bulan adalah di Balai Cerap Telok Kemang ni la. Teleskop yang besar gedabak tu ada je kat atas menara. Best kan? Bukan setakat anak bulan atau matahari je yang kita akan nampak, tapi planet2 yang ada dekat ruang angkasa pun boleh kita lihat. InsyaAllah. Untuk pengunjung hotel ni takde bayaran yang dikenakan. Masa untuk naik ke balai cerap tu pulak lebih afdal pada pukul 12.00 malam tapi dengan syarat waktu siangnye takde hujan & cuaca dalam keadaan baik. Tapi tu laaa... Nufa terlepas peluang nak tengok semua tu sebab waktu siangnye hari hujan. Sedih tak?? Sedihnyeee. Sobs sobs :-(













So, oleh kerana tak dapat tengok anak bulan jom la kita jalan-jalan kat tepi pantai. 


Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu. Tapi Nufa pergi PD, tak jadi la tulis nama atas batu :-p












Kami takde plan pun nak meronda pekan PD walaupun sebenarnye ada je aktiviti lain yang kita boleh buat kat sana. Percutian Nufa kali ni lebih santai, tengok laut sambil makan-makan. Hahaha!! Apa nak jadi la kan, asyik membesarkan badan aje.



















Harga makanan kat coffee house hotel ni affordable jugak tapi pilihan tak banyak & disediakan secara ala-carte. 
Breakfast da termasuk dalam harga bilik, secara buffet & banyak pilihan. Pun begitu kita boleh je mencari makanan di luar. Berhampiran pantai awam PD terdapat satu kedai makan yang sangat popular di kalangan pengunjung. Nama kedai makan tu adalah Cowboy Place. Kena cuba nasi ayam kat sana. Sedap! 










  • Harga bilik deluxe twin selama 2 malam adalah RM548. Harga semasa cuti raya cina yang lepas. Entry ni pun da bersawang sebenarnye. Kah!
  • Lokasi hotel terletak di belakang Ancasa Hotel & di atas bukit
  • Dalam bilik ada disediakan iron & iron board serta kalender beserta waktu solat
  • Ada senaskah Al-Quran juga :-)
  • Kalau boleh request bilik yang ada sea view. Mesti lagi best sebab boleh tengok sunrise & sunset

Nama pun short break, short aje la entry PD kali ni. Jangan marah :-D


Daa...























Comments

Admin said…
Kat PD boleh tengok sunrise ke....? :)
NufaDeeLa said…
Boleh je awak.. antara cantik dengan tak aje la dr laut PD ni.

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,