Aci tak mulakan entry dengan gambar seperti di atas? Hehehe.. Buruk betul rupa orang over excited ni kan. Nak buat camne, memang pun Nufa teruja sangat nak share my first trip experience to Europe dengan uols semua. Musim bunga kali ni panjang sket kaki melangkah. Alhamdulillah - akhirnya dapat juga Nufa menjejakkan kaki ke sini. Benua eropah adalah antara tempat yang Nufa nak sangat pergi tapi dalam masa yang sama rasa bimbang dengan keadaan diri yang mabuk udara a.k.a motion sickness. Tahu tak betapa mencabarnye traveler macam Nufa nak mengatasi penyakit mabuk udara ni? Sampaikan pernah satu tahap rasa macam tak mau lagi dah travel jauh2. Sebabnye dulu Nufa pernah la travel kebih kurang 8/9 jam dan badan jadi lembik kerana asyik muntah sepanjang perjalanan. Masa tu Nufa tak tahu pun yang badan tak boleh adopt dengan tekanan udara yang rendah di dalam kapal terbang semasa berada di ketinggian beribu-ribu kaki dari paras laut. Yeaa.. jangan main2 dengan penyakit ni
~A Dream Catcher~