Skip to main content

BALI TRIP 2017 - KOPI LUWAK, GUNUNG KINTAMANI, BUMBU ASLI, TEGALALANG, RUMAH ADAT


Bali pun ada kawasan tanah tinggi jugak tau dan tempatnya adalah Gunung Kintamani. Disini cuacanya lebih sejuk daripada Cameron Highland. Sila bawa jacket/cardigan atau yg sewaktu dengannya semasa ke sini. Sepanjang jalan ke Gunung Kintamani kita boleh lihat banyak kebun buah dan gerai buah-buahan. Memang hidup subur tumbuhan dan buah-buahan di situ ye. 

Bukan tu je, haiwan ternakan seperti Encik oink-oink pun membesar bagaikan juara. Sepanjang perjalanan ke Gunung Kintamani, Nufa terserempak beberapa kali dengan pengusaha oink-oink ni. Mereka sempoi aje, bawa oink- oink yang besar gedabak tu dkt seat motor aje uols. Nasib ler tak tergolek - lulz!  Gunung Kintamani masih aktif sebab tu kawasan di sekitarnya sejuk. Faham tak bila dimaksudkan aktif tu? Gunung ni pernah meletus pada tahun 1917, ramai juga yang terkorban. Adakah Kintamani akan meletus lagi? Itu kena la tanya penduduk Bali 😬


Perjalanan ke sini lebih kurang 2 jam. Tapi jangan risau, ada banyak kedai makan kat sini. Surau dan toilet pun ada, tapi jgn terkejut ye sebab surau kena share lelaki dan perempuan. Fuh! lain macam sket style surau kat Bali ni. Lunch kami pada hari itu di Batur Sari Restaurant dan berkonsepkan buffet. Pilihan makanan pun pelbagai, siap dengan dessert serta dua jenis air. View memang cantik - tak menyesal datang.







Destinasi seterusnya adalah melihat pembuatan Kopi Luwak. Luwak ni adalah sejenis musang ye. Musang ni dibela dan hanya makan buah kopi aje. Hasil buangan Luwak ni la kemudiannya diambil, dibersihkan serta dibuat kopi. Jangan tak tau, biji kopi yang dimakan musang akan keluar smula dalam bentuk fizikal yang sama. Ermm.. mahal kopi ni tau. Nufa tak rasa pun sebab tak suka kopi - heh! :-p


Jangan risau, selain kopi luwak, pengusaha ini turut menyediakan pelbagai jenis kopi di kebun mereka. Yang paling sedap adalah kopi manggis dan kopi kelapa. 





Buat part time ke tu? Hehehe..

Luwak ni tido aje kejenye

Pelbagai jenis kopi diberikan secara percuma

Bila supir kata nak bawa kami ke Bumbu Asli, Nufa ingatkan nak pegi tempat makan. Rupanya ke kawasan air terjun ye adik2. Hahahaha!! Dekat Bali ni asik makan aje kerjanya. Dah la masakan semua sedap2, lepas tu sendiri stress bila balik Malaysia. Okeh dekat Bumbu Asli ni ada kawasan air terjun yang cantik tetapi untuk sampai ke kawasan air terjun tu kita perlu menuruni 165 anak tangga. Kau rase? Nak turun anak tangga takde masalah kot tapi nak daki semula macam tak berapa rajin sangat. Hahaha.. kalau bercadang nak mandi air terjun di sini sila standby baju lebih ye. Dekat situ ada cafe juga, boleh la nak lepak minum kopi secawan. 





Tempat favorite mak-mak kita


Padi bukit Tegalalang ni antara tempat wajib pergi bila dah sampai Bali. Padi bukit dekat sini takde pacat dan lintah tau. Untuk yang tak biasa dengan sawah bendang ni kan, kira selamat la tempat ni untuk diteroka. Ehehehe.. Kalau rajin boleh la turun ke setiap petak sawah padi. Sebab padi dekat sini ditanam secara berperingkat-peringkat. Nufa sampai di sini sudah petang & tak pasti musim apa pada waktu tu. Tapi apa yang Nufa perhatikan anak tangga menuruni sawah padi ni tidak dibuat secara teratur. Jadi kena berjalan secara perlahan ye, bimbang tergelincir plak nanti. Kawasan padi bukit tegalalang ni takde la luas sangat. Cuma keadaannya yang bertingkat-tingkat tu sangat unik. Ada cafe juga kat sana kalau nak enjoy view dengan lebih relax.


Di atas tebing sekitar padi bukit tu sebenarnya ada banyak kedai cenderahati tau. Kalau nak cari souvenir  macam t-shirt, fridge magnet, alas cadar, accessories etc memang banyak dijual. Tapi harga macam mahal sket la di situ dan kena pandai tawar-menawar. Apa yang Nufa perhatikan mostly rakyat Malaysia ni suka shopping di Agung Bali Oleh Oleh atau Krisna. Agung Bali & Krisna ni adalah nama kedai menjual souvenir dan ada banyak cawangan sebenarnya. Kedai besar, selesa dan ada mcm2 barang termasuk makanan yang kita boleh perolehi kat sana. 


Penjaja tepi jalan juga byk terdapat di Bali ni. Mereka akan approach kita untuk melihat barangan jualan dan keadaannye seperti mendesak pun ada juga. Nufa tak beli apa2 pun dari mereka ni sebab keadaan mereka yang bergerak dalam satu kelompok tu agak menakutkan. Bila kita cuba meninjau hasil2 yang dijual, anggota yg lain juga akan datang himpit. Seram ye..





Lokasi seterusnya yang kami tuju adalah Rumah Adat. Rumah Adat ni adalah satu tempat dimana kita boleh melihat cara mereka hidup dengan mengamalkan adat budaya yang lama. Maknanya mereka masih menggunakan dapur arang serta gaya hidup zaman dahulu kala. Penempatan mereka ni sebenarnye di kalangan penduduk setempat juga. Dekat sini terdapat beberapa buah rumah yang diduduki oleh kaum keluarga mereka sendiri. Mereka ni memilih untuk tidak hidup secara moden, tak tau la kenapa. Bila ke sini kita digalakkan untuk memberi sedikit sumbangan kepada keluarga yang menetap di sana.









Menarik kan Bali ni? Penuh dengan budaya. Hehehe.. 
Tunggu next entry dari Nufa untuk hari terakhir kami di Bali.


Daa...




Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,