Fuh! akhirnya sampai juga ke entry terakhir Bali trip ni kan. Kalau dah mula busy tu memang tak sempat langsung nak update blog. Tapi entry terakhir ni tak banyak yg Nufa nak cerita sebab kami hanya sempat ke Tanah Lot sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
Macam yang Nufa beritahu di awal entry Bali Trip ni, waktu kami ke sana keadaan cuaca tidak menentu. Hujan turun sekejap-sekejap. Kami bertolak ke Tanah Lot pun agak lewat sebab menunggu hujan reda. Itu pun, semasa sampai di sana hujan masih turun renyai2. Sepatutnya sebelum ke airport kami akan berhenti makan dulu di kedai makan bakso yg terkenal di kuta tapi memandangkan jalan agak sesak semasa dalam perjalanan ke Tanah Lot maka terpaksa la skip lunch bakso tu ye.
Ok, jom kita pegi Tanah Lot!
Seperti biasa, sebelum masuk ke kawasan Tanah Lot sila bayar entrance fees dulu ye. Jumlahnya Nufa dah tak ingat. Hehe..
Hujan rintik2 pun tetap nak bergambar juga kan. Kau hado? Aduii.. nasib la. Kadang2 kita tak boleh nak menjangkakan ramalan cuaca semasa travel. View sebenarnye lagi cantik tanpa payung biru tu tau. Kita boleh nampak temple kat hujung sana. In fact, kita boleh turun ke bawah sana semasa air surut untuk melihat temple tu dari dekat lagi. Cuma bila air laut sudah pasang, temple tu kelihatan seperti berada di atas laut seperti gambar kat bawah ni. Lagi clear kan? Bye bye to payung, hujan pun tak kisah la 😝
Tak banyak yang Nufa boleh cerita tentang tempat ini sebab waktu pun sangat terhad, ditambah plak dengan hujan rintik2 tu kan. Tak boleh nak menjelajah lebih jauh sebab air laut tengah pasang. Tanah Lot ni antara pura yang terkenal di Bali. Lokasinya yang terletak seakan-akan di dalam laut itulah tarikan utamanya.
Suka la Nufa nak share dkt sini, kena plan betul2 trip anda ke Bali. Cuba elakkan pergi semasa musim hujan, sebab nanti rasa ralat plak bila ada attraction places tak dapat pergi.
Itu je ke? Mana info HRC kat Bali ni? Sebenarnye Hard Rock Cafe kat Bali tak jauh pun dari tempat pengginapan kami. Maknanya lokasi HRC tu terletak di sekitar pantai Kuta aje uols. Tapi oleh kerana jadual yang padat, tak sempat pun nak jejak ke sana. Lagi pula Nufa sendiri bukan collector barang2 HRC ni. Tapi jangan rasa sedih hati, kalau anda tidak dapat ke HRC Bali atas sebab2 tertentu, dekat Ngurah Rai airport ada satu outlet HRC di situ. Masih sempat lagi kalau nak buat last minute shopping. Heheh!
Info tentang airport Bali boleh rujuk di SINI
Bye bye Bali. Tempat ni wajib repeat sebab tak puas explore lagi.
Daa...
Comments