Skip to main content

BALI TRIP 2017 - DREAMLAND, PANTAI PANDAWA, WATER BLOW, NUSA DUA, PURA LUHUR ULUWATU, JIMBARAN, TURTLE ISLAND






Entry kali ni agak panjang sket ye sebab hari ke-2 kami di Bali penuh dengan macam2 aktiviti. Seharian suntuk kami berada di luar. Kami keluar awal pagi dengan bau wangi dan balik semula ke Hotel pada waktu malam dengan ketiak masam. Hahaha..  Pitamss!!


Basically, itinerary hari ke-2 adalah meneroka pantai-pantai yang terdapat di sekitar Bali. Satu perkara yang menarik di Bali ni adalah laut & pantainya yang cantik. Tapi angin serta ombak laut sesetengah pantai di Bali agak ganas. Tiupan angin yg agak kuat, sangat sesuai untuk penggemar surfing. Kalau nak berenang pun boleh jugak, tapi untuk anak2 kecil kena ada pemantauan dari org dewasa. Nufa yang tak reti berenang ni main kat gigi air je sebab tak berapa konfiden. Satu lagi di Bali & kawasan pantainye banyak kelihatan anjing yang datang melepak. Nufa jadi was2 & tak selesa sket, takut terpijak najis mughallazah. Kena hati-hati tau. Hehehe..



Jom tengok apa yg menariknya pantai-pantai kat Bali ni.





Dreamland Beach

Jangan tanye Nufa camne nak pegi Dreamland Beach atau mana2 pantai kat Bali ni tau sebab Nufa menggunakan khidmat supir kat sana. Apa yang boleh Nufa share adalah jarak antara satu pantai dengan pantai yang lain tak jauh mana pun. Dan di setiap pantai serta attraction places yang kita pergi akan ada entrance serta parking fees yang kita kena bayar. Bayaran disetiap tempat tu plak tak sama. Jadi sila sediakan budget untuk entrance/parking fees ni ye. Kalau anda bernasib baik macam Nufa, supir akan bantu dapatkan diskaun untuk setiap tempat lawatan. Camne caranye? Itu kena tanye supir yang baik hati. Masa ni Nufa rasa bersyukur sangat sbb muka tu takde iras Pan Asian #tetiba 🙏













Nufa habiskan masa dalam setengah jam kat sini. Sempat beli air teh botol dan kopi panas sambil menjamu mata melihat ombak yang menghempas pantai - gituh! Hahaha.. tetiba terjiwang plak. Antara banyak2 pantai yang Nufa lawat kat Bali, dekat Dreamland ni la Nufa habiskan masa agak lama. Sbb dekat situ ada cafe yang disediakan untuk pengunjung. Jadi boleh la kita santai sekejap. Nak pergi ke sini, kita kena naik satu van khas. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan Dreamland ye. Supir akan bawa kita ke satu kawasan dan dari situ kita akan naik van khas ke Dreamland beach.




Pantai Pandawa











Masa Nufa ke sini tak ramai pengunjung yg datang. Ada kedai2 kecil di sekitar pantai tapi masa Nufa sampai mereka belum mula berniaga agaknya. Kebanyakan pengunjung yang datang sini pun banyak menghabiskan masa dengan mengambil gambar aje. Nufa tak advice sgt la untuk berenang kat pantai pandawa ni, sebab ombaknya kuat. Memang lain macam sket ombak kat pantai Bali tetapi air lautnye sangat cantik. Geram ye! Untuk makluman, pantai2 yang Nufa pergi ni agak jauh dari pantai Kuta. Maknanya jauh daripada kunjungan orang awam. Sebab tu kita boleh lihat air lautnya masih terjaga, cantik berwarna biru kehijauan.





Nusa Dua

Penggemar aktiviti air patut datang ke Nusa Dua. Dekat sini memang banyak water sport yang ditawarkan. Tapi Nufa takde pun cuba mana2 water sport kat Nusa Dua/Bali tu. In fact, berenang pun tidak - ngehhh.. Dah kenapa pulak tak nak berenang ni kan? Sebab masa tu Nufa tengah jaga muka takut sunburn a.k.a rentung untuk next trip selepas Bali. Hadoii.. rugi tau. Next time kalau datang Bali lagi kena mandi gak kat situ and of course la dengan life jacket sebab gegirl tatau swimming. Hehehe..




Oleh kerana takde buat sebarang aktiviti air, Nufa dibawa oleh supir ke sini. Nufa tak ingat plak nama tempat ni - sorry.. hehehe tapi yang pasti disini lah terletaknya Hyatt Regency Bali. Dekat area Nusa Dua ni ada banyak hotel2 mewah. Kawasan ni sangat sesuai untuk honeymoon atau untuk mereka yang sukakan persekitaran yang tenang dan damai. Untuk info Nusa Dua terletak sangat jauh dari Pantai Kuta. Jadi memang takde langsung la bazar tepi jalan, shopping complex & night life kat area sini ye. Selain daripada tu yang menariknya kat sini adalah air lautnya yang agak tenang, sangat sesuai utk percutian family.




Nufa diberi tahu, dekat situ juga ada Tugu Penanaman Pohon. Ada macam-macam pokok yang ditanam oleh delegasi dari seluruh dunia. Kalau tak silap Nufa, pohon Malaysia ditanam oleh bekas perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi Nufa tak ingat dah pokok apa yang Tun tanam. Ngeee.. ni la padahnye kalau lambat update blog 😝












Dekat batu tu ada senarai nama & nombor pohon2 yang ditanam oleh para delegasi seluruh dunia




Water Blow






Nampak tak air laut yang terhempas di celah-celah batu karang tu? Kalau kita bernasib baik kan percikan air laut tu boleh dilihat dengan lebih cantik dan besar. Tapi untuk dapat water blow yang cantik kita kena pastikan kelajuan angin yang datang dari arah laut tu tinggi. Haihh, jenuh plak nak menunggu.






Turtle Island

Nama je turtle island tapi ada juga haiwan lain kat island ni macam burung helang, enggang & ular sawa. Dah macam animal sanctuary plak. Ok ni ada sedikit info & tips yang Nufa nak share kalau ada yang berminat ke turtle island. Jarak dari jeti ke turtle island ni lebih kurang 30 minit. Sebelum sampai ke sana, bot akan berhenti sekejap di satu kawasan untuk beri ikan2 comel makan. Di tengah2 bot yang kita naiki tu ada disediakan lantai kaca. Jadi kita boleh lihat air laut secara terus dari atas bot. Tapi pergerakan bot adalah laju - tak nampak apa sangat pun. Juga diberi sebungkus roti utk makanan ikan2 comel. Bot akan berhenti betul2 di tepi pantai. Jangan risau, kalau basah teruk sangat pun takat paras kepala lutut je.




Tetapi - take note ye, pengusaha bot tidak benarkan kita berkongsi bot dengan penumpang lain. Maknanya satu bot untuk satu family. Takde konsep sharing. Dan harga utk satu bot tu plak pada masa itu adalah sekitar sejuta lebih rupiah. Fuh!! Bayangkan ye, selepas negotiate pun Nufa perlu membayar sejuta rupiah untuk dua orang penumpang. Pada masa itu mereka juga menjanjikan life jacket & air/makanan untuk jumlah sejuta rupiah tu. Malangnye, yang kami dapat hanyalah roti untuk ikan2 comel. Life jacket juga takde dik non! Tak tau la apa yang silap atau Nufa tersalah dengar info yang diberi. Pada Nufa harga sewa bot terlampau mahal dan tidak setara dengan kemudahan yang kami dapat pun. So in future, kalau ada yg ingin ke turtle island bersama kwn2 atau sedara-mara, sila lah ye mengaku anda datang in a group of family. 










Lawan mata - ngeeee..

Style posing apekah itu wahai Encik Penyu?












Pura Luhur Uluwatu

Antara perkara yang menarik di Bali ni adalah senibina pura/kuil serta lokasi pura tersebut. Kewujudan pura ini sudah lama dan senibinanya memang antik serta klasik. Ada pura yang terletak di atas bukit, ada yang berada di dalam gua dan ada juga lokasinya seolah-olah berada di atas laut. 




Pura Luhur Uluwatu ni terletak di tebing bukit. Untuk sampai ke sini kita sebenarnya perlu berjalan agak jauh juga. Ada dua pintu masuk ke pura Uluwatu ni tapi Supir yg bawa Nufa ke sini menggunakan pintu belakang. Jadinya kami tak perlu la menapak jauh untuk ke Uluwatu. Kalau stay sini sampai malam, anda berpeluang utk menyaksikan kecak dance. Selalunya kecak dance akan bermula pada pukul antara 6.00 - 6.30 petang sehingga la selepas waktu Maghrib. Boleh lihat kecak dance dan sunset sekali. Nufa skip kecak dance ni sebab nak ke Jimbaran untuk dinner. Tapi Nufa nak ingatkan dkt sini kena hati2 sket ye sbb terdapat banyak monyet liar. Barang peribadi sila simpan kemas2. Kami bernasib baik hari tu sebab langsung tak terjumpa dengan monyet liar. Mungkin sebab Nufa sampai sana pun selepas hujan, monyet pun taknak keluar 🙈



Fefeeling macam kat Great Ocean Road kononnye.. 




Jimbaran


Jimbaran ni sebenarnya adalah nama tempat, bukannye nama kumpulan rock kapak JinBara tu eh! Hehe.. Punya gigih nak kejar sunset kat sini sambil menikmati makan malam berasaskan seafood, tapi nasib tak menyebelahi. Dapat la sekejap menghabiskan masa kat tepi pantai tu, tetapi kemudian masing2 berlari masuk ke dalam kawasan bertutup restaurant sebab hujan turun dengan lebatnye. Aduhai.. candle light dinner dalam kedai la kami. 




Sebenarnya kat Jimbaran ni ada banyak kedai makanan laut. Nufa tak pasti samada harga bagi setiap kedai makan di situ adalah sama ataupun berbeza. Dah namanye makan seafood kan? Jadi boleh agak la harga makanan di situ. Ada macam2 menu, kita hanya perlu memilih seafood apa yang kita mahu serta jenis masakan. Jangan risau menu yang kita pilih itu datang bersama dengan nasi, sayur, sup serta sos/sambal. Air minum kena order lain ye. Portion setiap menu agak besar, boleh share untuk dua orang. Damage cost dkt sini lebih kurang RM300. Huhuhuuu.. 











Ada family sambut birthday di situ & kami dpt sepotong kek yg sedap. Happy Birthday Uncle! Semoga dimurahkan rezeki :-)

Sepanjang perjalanan hari ke-2 di Bali, Nufa sempat singgah solat di Masjid Ibnu Batuta dan Masjid Al-Ihsaan. Masjid Ibnu Batuta ni agak luas, ada toilet yang sempurna serta ruang solat yang selesa. Uniknya Masjid Ibnu Batuta ni kerana dalam kawasan yang sama terdapat juga gereja serta kuil. Lokasi mereka pula bersebelahan antara satu sama lain.  Nufa masa tu takut2 juga nak bergambar di setiap rumah ibadat di situ tapi Supir bagi tau dekat sana mereka mengalu-alukan kedatangan penganut agama lain. Tiada halangan pun - wah harmoninye rasa.



So lets enjoy gambar rumah2 ibadat yang terdapat di sekitar Masjid Ibnu Batuta. 










Di hadapan Masjid Ibnu Batuta









Daaa....


Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,