Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

BALI TRIP 2017 - TANAH LOT

Fuh! akhirnya sampai juga ke entry terakhir Bali trip ni kan. Kalau dah mula busy tu memang tak sempat langsung nak update blog. Tapi entry terakhir ni tak banyak yg Nufa nak cerita sebab kami hanya sempat ke Tanah Lot sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. Macam yang Nufa beritahu di awal entry Bali Trip ni, waktu kami ke sana keadaan cuaca tidak menentu. Hujan turun sekejap-sekejap. Kami bertolak ke Tanah Lot pun agak lewat sebab menunggu hujan reda. Itu pun, semasa sampai di sana hujan masih turun renyai2. Sepatutnya sebelum ke airport kami akan berhenti makan dulu di kedai makan bakso yg terkenal di kuta tapi memandangkan jalan agak sesak semasa dalam perjalanan ke Tanah Lot maka terpaksa la skip lunch bakso tu ye.  Ok, jom kita pegi Tanah Lot! Seperti biasa, sebelum masuk ke kawasan Tanah Lot sila bayar entrance fees dulu ye. Jumlahnya Nufa dah tak ingat. Hehe.. Hujan rintik2 pun tetap nak bergambar juga kan. Kau hado? Aduii.. nas

BALI TRIP 2017 - KOPI LUWAK, GUNUNG KINTAMANI, BUMBU ASLI, TEGALALANG, RUMAH ADAT

Bali pun ada kawasan tanah tinggi jugak tau dan tempatnya adalah Gunung Kintamani. Disini cuacanya lebih sejuk daripada Cameron Highland. Sila bawa jacket/cardigan atau yg sewaktu dengannya semasa ke sini. Sepanjang jalan ke Gunung Kintamani kita boleh lihat banyak kebun buah dan gerai buah-buahan. Memang hidup subur tumbuhan dan buah-buahan di situ ye.  Bukan tu je, haiwan ternakan seperti Encik oink-oink pun membesar bagaikan juara. Sepanjang perjalanan ke Gunung Kintamani, Nufa terserempak beberapa kali dengan pengusaha oink-oink ni. Mereka sempoi aje, bawa oink- oink yang besar gedabak tu dkt seat motor aje uols. Nasib ler tak tergolek - lulz!  Gunung Kintamani masih aktif sebab tu kawasan di sekitarnya sejuk. Faham tak bila dimaksudkan aktif tu? Gunung ni pernah meletus pada tahun 1917, ramai juga yang terkorban. Adakah Kintamani akan meletus lagi? Itu kena la tanya penduduk Bali 😬 Perjalanan ke sini lebih kurang 2 jam. Tapi jangan risau, ada banyak kedai makan

BALI TRIP 2017 - DREAMLAND, PANTAI PANDAWA, WATER BLOW, NUSA DUA, PURA LUHUR ULUWATU, JIMBARAN, TURTLE ISLAND

Entry kali ni agak panjang sket ye sebab hari ke-2 kami di Bali penuh dengan macam2 aktiviti. Seharian suntuk kami berada di luar. Kami keluar awal pagi dengan bau wangi dan balik semula ke Hotel pada waktu malam dengan ketiak masam. Hahaha..  Pitamss!! Basically, itinerary hari ke-2 adalah meneroka pantai-pantai yang terdapat di sekitar Bali. Satu perkara yang menarik di Bali ni adalah laut & pantainya yang cantik. Tapi angin serta ombak laut sesetengah pantai di Bali agak ganas. Tiupan angin yg agak kuat, sangat sesuai untuk penggemar surfing. Kalau nak berenang pun boleh jugak, tapi untuk anak2 kecil kena ada pemantauan dari org dewasa. Nufa yang tak reti berenang ni main kat gigi air je sebab tak berapa konfiden. Satu lagi di Bali & kawasan pantainye banyak kelihatan anjing yang datang melepak. Nufa jadi was2 & tak selesa sket, takut terpijak najis mughallazah. Kena hati-hati tau. Hehehe.. Jom tengok apa yg menariknya pantai-pantai kat Bali ni.