Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 4 @ FREMANTLE MARKET, KAILIS FISH N CHIP, RAINBOW CONTAINER, COTTESLEO BEACH & WATERTOWN BRAND OUTLET CENTRE)

Hari ke-4 merupakan hari untuk kami shopping sebelum terbang semula ke Malaysia pada keesokkan paginye. Masa Nufa ke sini September lepas, DFO Perth masih belum dibuka lagi kepada orang awam. Kalau tak silap, DFO Perth dibuka pada October 2018. Elok je dah sampai Malaysia baru kau nak launching outlet tu kan. Sakit pula hati ni.  Tempat paling famous untuk shopping di Perth ini adalah di Fremantle Market. Sebabnya kebanyakan barangan yang dijual di sini jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga di Perth city. Fremantle Market ni macam ala-ala Central Market sket la. Macam-macam ada dijual di sana termasuklah makanan, sayuran, buah-buahan, cenderahati serta pakaian. Barangan kulit pun ada walaupun bukan barangan kulit yang berjenama, kualitinya agak bagus juga. Kebanyakkan pelancong datang ke sini sebab nak bawa balik souvenir. Local people pula datang ke sini sebab nak cari barang keperluan. Tapikan fremantle market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad

PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 3 @ CAVERSHAM WILDLIFE PARK, BLUE BOAT HOUSE & KINGS PARK)

Dah lama sangat berkenan dengan mamat ni. Hensem kan beliau? 😍 Selain Kangaroo, Nufa teringin nak jumpa Alpaca juga. Tapi di Caversham Wildlife Park hari tu, tak nampak plak Alpaca. Kalau anda datang ke Perth atas trip sendiri dan bukan ikut mana-mana agency, anda boleh cuba cari farm yang memberikan  peluang kepada pengunjung untuk bermain dan memberikan susu kepada Kangaroo dan Alpaca. Walaupun Alpaca tiada di Caversham, kami masih berpeluang memberi makan kepada Kangaroo dengan makanan khas mereka. Kebanyakan Kangaroo di sini jinak-jinak. Cuma adalah dua tiga ekor yg kurang mesra dengan pengunjung taman. Selain Kangaroo terdapat juga Wombat, Koala, Possum, Kambing biri-biri, Ular, Burung Merak, Penguin dan macam-macam lagi di sana. Nufa juga nampak signboard Quokkas tapi tak nampak pula haiwan comel yang suka tersenyum tu, tak tau mana dia menyorok. Selain drp tu ada juga farm show. Nufa enjoy juga dengan farm show tu sebab staff mereka akan bercerita tentang sejarah kehid

PERTH ~ SPRING IN SEPTEMBER 2018 (DAY 2 @ ARALUEN BOTANICAL GARDEN)

Highlight trip Perth yang Nufa pilih ini adalah Araluen Botanical Garden. Tapi untuk ambil pakej ini Nufa terpaksa lepaskan dua tempat popular di Perth iaitu Sand Dunes & Pinnacle. Jadi untuk entry Perth anda memang takkan jumpa dua tempat ni ye. Kebanyakkan pakej yang Nufa survey akan skip tempat ini disebabkan ramai peserta yang request untuk ke Sand Dunces & Pinnacle. Dan kalau ada pakej yang masukkan ketiga-tiga attraction places dalam itinerary, takde pula ruang masa untuk berjalan-jalan di Perth City. Ini kekurangan yang sangat ketara dalam mana-mana pun pakej yang ditawarkan oleh travel agency. Sebenarnye banyak tempat menarik di Perth ni tau. Anda boleh explore ke utara serta selatan Perth. The Gap di Albany, Busselton Jetty &  Wave Rock antara tempat menarik yang kita boleh explore di Perth. Nampak tak betapa banyak lagi tempat yang Nufa belum jejak. Maknanye apa tu ye? Maknanye jom la kita menabung untuk repeat Perth semula. Hehehe..  Ok apa yang