Highlight trip Perth yang Nufa pilih ini adalah Araluen Botanical Garden. Tapi untuk ambil pakej ini Nufa terpaksa lepaskan dua tempat popular di Perth iaitu Sand Dunes & Pinnacle. Jadi untuk entry Perth anda memang takkan jumpa dua tempat ni ye. Kebanyakkan pakej yang Nufa survey akan skip tempat ini disebabkan ramai peserta yang request untuk ke Sand Dunces & Pinnacle. Dan kalau ada pakej yang masukkan ketiga-tiga attraction places dalam itinerary, takde pula ruang masa untuk berjalan-jalan di Perth City. Ini kekurangan yang sangat ketara dalam mana-mana pun pakej yang ditawarkan oleh travel agency. Sebenarnye banyak tempat menarik di Perth ni tau. Anda boleh explore ke utara serta selatan Perth. The Gap di Albany, Busselton Jetty & Wave Rock antara tempat menarik yang kita boleh explore di Perth. Nampak tak betapa banyak lagi tempat yang Nufa belum jejak. Maknanye apa tu ye? Maknanye jom la kita menabung untuk repeat Perth semula. Hehehe..
Ok apa yang menarik sangat dekat Araluen Botanical Garden ni dik non? Tempat ini sebenarnye merupakan satu taman di mana pelbagai jenis pokok bunga tulips khususnya serta beberapa jenis pokok bunga lain amnya akan ditanam di sini di sepanjang musim bunga. Take note, hanya pada spring season aje uols akan jumpa bunga tulips ini. Kalau anda datang ke sini ketika musim lain, anda hanya akan jumpa pokok herba atau pokok buah-buahan aje. Taman ni agak luas juga serta kedudukan tamannye bertingkat-tingkat. Jarak taman ini dari Perth City lebih kurang satu jam perjalanan dan anda perlu membayar entrance fee sebanyak 15AUD untuk menikmati pemandangan secantik ini. Selain bunga tulips ada juga air terjun kecil dalam taman ini. Selain itu coffee house serta toilet juga disediakan. Kalau rasa malas nak menapak di setiap ceruk taman, anda boleh memilih untuk menaiki keretapi kecil di situ untuk enjoy the scenery. Kalau tak silap Nufa bayaran yang dikenakan lebih kurang 10AUD dan masa yang diperuntukan untuk pusing satu taman lebih kurang 45 minit. Tapi kan, sebenarnye lebih seronok kalau uols berjalan kaki saja. Sebabnye kita boleh berhenti ambil gambar disebalik pokok tulips yang meriah itu. Gituh!
Nah, Nufa share sket gambar di Araluen Botanical Garden.
Nampak tak air terjun kecil di belakang tu? |
Keretapi kecil yang anda boleh naiki untuk pusing2 satu taman |
Tetiba macam banyak la pulak gambar kat sini. Hehehe.. Memang banyak pun gambar sebenarnye dik non. Faham je la perempuan bila jumpa bunga kan?? Ok belanja gambar sket lagi 😝
I believe I can fly.. |
Puas hati betul dapat tengok tulips. Kalau rasa Keukenhof tu terlalu jauh sangat, datang la sini tengok tulips. Cantik giler weh! Semasa Nufa di sini, sempat juga kami berborak & bergambar dengan beberapa orang pengunjung rakyat Australia. Kebanyakan mereka datang dari luar Perth. Menurut mereka tulips festival ini memang sangat dinanti-nantikan.
Kami makan tengahari di sini aje uols. Pihak agency ada sediakan packed lunch. Duduk je la di mana-mana sekitar taman itu untuk makan. Walaupun pihak taman ada menyediakan kerusi dan meja tapi jumlahnye tidak mencukupi. Alaa.. macam tak biasa pula picnic di taman kan. Serius best tempat ni tau, recommended 😍
Destinasi seterusnya adalah Raeburn Orchards. Kebun buah ni tak jauh pun dari Araluen Botanical Garden. Tapi masa kami ke sini hanya buah avocado aje yang ada. Pun begitu, di dalam kedai terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang dijual, rasanye mungkin datang dari kebun yang lain kot.
Ni bukan pokok bunga sakura tau. Ni adalah pokok epal. |
Ni namanye saja gedik nak tahan kereta. Mujur takde kereta yang berhenti. Lolz! |
Next kami ke tempat yang paling disukai oleh kaum ibu iaitu Big W Armadale. Walaupun keadaan mendung seperti nak hujan, demi berkotak-kotak corelle sanggup juga diredah. Ohoi!! Mujur la dalam shopping complex tu ada juga benda lain yang dijual, takde la murung sangat jadinye kan? 😜 Selain corelle anda juga boleh membeli barangan lain seperti cadar, tuala, coklat, kasut, baju dan lain-lain lagi. Konsep Big W Armadale ni macam tesco la lebih kurang. Tapi Nufa tak beli pun coklat kat sini. Sebab nak membelek ingredient pun dah ambil masa, lepas tu nak pilih lagi. Sudah la jenuh memikir dan memilih set corelle yang disukai. Banyak nanti tenaga nak keluar, tiber.. So kita fokus pada corelle dan erkk.. sehelai t-shirt yang berharga 5AUD. Giler kau tak beli, tengah sales 80%. Ahahahaha!!
Kenapa mesti beli corelle kalau datang Australia? Sebab kat sini harganye jauh lebih murah. Set corelle yang Nufa beli cuma berharga RM150 aje tau. Paling2 mahal pun tak sampai RM250. Berbaloi ye. Sila la beli untuk ambil hati bakal mak mertua.
Sebelum pulang semula ke apartment, kami sempat berhenti di Perth Mosque untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. Memandangkan Nufa ke sini dengan travel agency, Nufa tak dapat nak guide anda bagaimana cara untuk pergi ke semua atrraction places ni. Cuma yang dapat Nufa share di sini adalah nama tempat tumpuan orang ramai yang Nufa dapat pergi. Mungkin boleh membantu sedikit la dalam perancangan itinerary anda semua ye.
Perth Mosque |
Seronok nampaknye mak-mak kita ni kan? Mesti balik apartment tido peluk corelle. Hehehe..
Jumpa lagi pada entry akan datang.
Daaaaa..
Comments