Aktiviti kami pada hari pertama di Perth adalah Free and Easy. Kalau ada perkataan free and easy ni dalam itinerary anda, maknanye uols kena la buat sedikit homework ye. Dah nama pun aktiviti bebas kan jadi peserta tak boleh la bergantung sangat pada tour leader. Ada baiknye juga konsep free and easy ni sebab kita boleh explore sendiri sesuatu tempat itu based on our preferences and in our own way. Cehhh.. tetiba cakap omputeh bila dah sampai Perth ko! Memandangkan kami sampai awal pagi di Perth, Apartment pun tak boleh check-in lagi, jom lah kita meronda Perth City dulu.
Tapi sebelum kami keluar berjalan ke Perth City, pihak apartment dengan baik hatinye telah membenarkan kami menggunakan salah satu bilik di sana untuk menyimpan kesemua luggage yang dibawa. Mereka juga benarkan kami untuk menggunakan toilet & berehat sementara menunggu penyerahan kunci bilik. Selama 4 malam kami menginap di The Alderney on Hay Apartments yang terletak di Hay Street. Apartment ini mempunyai 2 bilik, dapur serta ruang tamu yang cukup selesa. Segalanya complete dalam apartment ini. Iron dan iron board juga disediakan. Yang bestnye lagi di bawah apartment ada satu kedai runcit/convenience store yang ada jual bermacam-macam barang termasuk la Dare Iced Coffee Double Espresso yang sangat famous tu! Ahahahahaha.. yai! gembira betul Nufa jumpa minuman tu tau. Terus beli sampai lupa nak ambil gambar 😋. Tapi yang paling Nufa suka sangat dengan apartment ini adalah kerana lokasinye yang berhampiran dengan CAT bus station dan tidak jauh dari Perth city. Jangan terkejut tau kalau jumpa dengan ramai orang Malaysia disini. Dikhabarkan apartment ini memang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bayangkan pihak pengurusan apartment sanggup mengubahsuai salah satu ruang dalam bangunan itu untuk dijadikan surau. Subhanallah! Betapalah mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kita di sana kan? Jom kita tengok kawasan sekitar apartment.
Gambar ehsan google - coffee ni sedap. Sila cuba tau! |
CAT Bus adalah singkatan untuk Central Area Transport Service. Ada empat jenis CAT Bus yang terdapat di Perth city, iaitu Red, Blue, Yellow dan Green CAT Bus dan ia merupakan perkhidmatan bus percuma untuk local & tourist people. Apartment kami terletak di laluan Red CAT Bus & station bas ini cuma lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari apartment kami. Sudah la dekat, berhadapan dengan station bus ada pula kedai kebab halal. Seronok tak? Hehehe.. Cuma satu je yang kureng dengan CAT Bus ni, waktu operasinye tamat sangat awal. Bas terakhir bergerak sekitar 6.57 petang. Jadi rancang lah perjalanan anda dengan bijak. Selain CAT Bus, terdapat juga perkhidmatan bas lain seperti Transperth di sekitar kawasan bandar. Tapi yang ni anda kena bayar. Berapa harga dan cara pembayaran/penggunaan Transperth, Nufa tak berapa pasti. Sejujurnye kalau ada yang minta pendapat Nufa tentang kediaman yang sesuai di Perth City, Nufa akan cadangkan anda untuk mencari hotel/homestay/apartment yang terletak di laluan CAT Bus ini. Rasanye kita boleh pusing satu Perth City dengan hanya menaiki CAT Bus sahaja. Tapi mungkin kita perlukan 2 - 3 hari untuk itu. Ye lah, takkan nak tengok bandar Perth dari atas bas saja kan. Tentu kita nak turun ke attraction places yang terdapat di setiap laluan CAT Bus itu. Tapi ada limitation juga di sini, iaitu parking space. Kepada yang memilih untuk memandu sendiri, sila pastikan pilihan tempat tinggal anda itu ada menyediakan ruang untuk parking. Jangan parking kereta sesukahati, nanti dapat surat saman plak.
Untuk pengetahuan, Nufa cuma berpandukan kepada google maps dan route CAT Bus aje semasa menjelajah disekitar Perth city. Ikutkan Nufa nervous sebenarnye.. hahaha. Sebab selalunye aktiviti free and easy ni Nufa lebih suka ikut orang aje. Tapi kali ni Nufa degil nak explore sendiri sebab ada beberapa tempat yang Nufa dah berangan nak pergi, contohnye Pandora outlet - erkkk??? 😕😆. Nak kata berani sangat tu takde lah, tetapi memandangkan Perth adalah antara bandar yang selamat, apa kata kita redah? Tapi apa2 hal pun jom kita isi perut dulu di Insan's Cafe.
On the way to Insan's Cafe |
Harga makanan lebih kurang 9 - 10 AUD. Air kosong adalah percuma |
Pada hari itu Insan's Cafe terpaksa memulakan operasinye lebih awal disebabkan kami semua sudah kelaparan. Mujur la tour leader dah jadi best friend dengan tokey kedai, maka lunch kami pada hari itu pada pukul 10.00 pagi ye adik-adik. Hahahaha.. Well, moment macam ni lah yang sentiasa akan dikenang. The unexpected thing along the journey 😊. Pakej dari agency ini tidak termasuk dengan breakfast, sebab itu lah kami gigih membawa pek makanan Brahims ke Perth. Tapi sudahnye makanan pun tidak habis sebab ada macam-macam makanan halal kat Perth tu dik non. Sabar je lah...
Untuk info - Insan's Cafe terletak di Murray Street dan merupakan antara kedai makanan halal yang terkenal dikalangan orang Malaysia. Antara sebab mengapa ramai yang suka makan di situ adalah kerana disebeleh cafe terdapat chemist warehouse a.k.a kedai perfume murah. Haaaa... menarik tak? Lepas makan terus serbu kedai perfume pula, kasi wangi selepas beberapa jam tak mandi. Hahaha.. Hari pertama duit dah lebur disitu. Tapikan memang betul murah pun harganya tau.
Apa tips untuk explore Perth city ni? Tipsnye kena ada senarai tempat yang kita ingin pergi, data internet untuk search google maps serta bus maps route. InsyaAllah you will be fine 😊. Nufa kongsi sedikit antara tempat2 yang sempat kami explore sendiri.
Antara Universiti yang terdapat di Perth city |
Perth sebenarnye bukan la bandar yang bosan, tapi perkataan yang lebih sesuai untuk Perth adalah bandar yang tenang. Pekannya sibuk tapi tidak la sesibuk KLCC dan sekitarnya. Masyarakat di sana lebih suka meluangkan masa dengan keluarga selepas office hour. Sebab tu kita susah nak nampak sebarang aktiviti di Perth city selepas pukul 8.00 malam. Sekarang barulah nampak kaitannya kenapa perkhidmatan CAT Bus tamat sangat awal kan? Pukul 7.30 malam pun dan sunyi sepi, hanya sesekali kedengaran deruman kereta membelah kesunyian malam. Perth hanya meriah pada hari Jumaat kerana pada hari itu banyak kedai akan dibuka sehingga 9-10 mlm. Konsepnye - We made it, It's Friday! Gettew...
Ok jumpa lagi di entry akan datang.
Daaaaa....
Comments