Selain Melaka & Port Dickson, Nufa juga kerap bercuti ke Cameron Highlands. Tiga tempat ini sentiasa menjadi destinasi pilihan untuk menghabiskan percutian hujung minggu atau sekadar short break. Bagi gegirl macam Nufa ni, pemanduan selama 4 jam tu masih boleh dikira santai. Tapi kalau Nufa nak repeat destinasi yang sama, Nufa akan cari kelainan dalam setiap percutian. Untuk entry kali ini Nufa ingin berkongsi tentang Mossy Forest & Ladang Teh Sg. Palas di Cameron Highlands (CH) serta Istana Kellie / Kellie Castle di Perak. Walaupun dah berkali-kali pergi CH, tetap juga tak berani nak drive sendiri ke Ladang Teh Sg. Palas tu uols, apatah lagi hendak ke Mossy Forest yang sangat mencabar tu. Jadi pilihan yang terbaik adalah untuk ambil ground tour sahaja. Rupanya banyak je tour operator yang terdapat di CH. Pakej serta harga yang ditawarkan pula bergantung kepada jenis tour yang kita mahu. Alhamdulillah, finally hajat tercapai juga. Hehehe.. Seperti biasa
~A Dream Catcher~