Skip to main content

PERCUTIAN KE MOSSY FOREST & LADANG TEH SG. PALAS @ CAMERON HIGHLANDS SERTA KELLIE CASTLE @ PERAK





Selain Melaka & Port Dickson, Nufa juga kerap bercuti ke Cameron Highlands. Tiga tempat ini sentiasa menjadi destinasi pilihan untuk menghabiskan percutian hujung minggu atau sekadar short break. Bagi gegirl macam Nufa ni, pemanduan selama 4 jam tu masih boleh dikira santai. Tapi kalau Nufa nak repeat destinasi yang sama, Nufa akan cari kelainan dalam setiap percutian. Untuk entry kali ini Nufa ingin berkongsi tentang Mossy Forest & Ladang Teh Sg. Palas di Cameron Highlands (CH) serta Istana Kellie / Kellie Castle di Perak.


Walaupun dah berkali-kali pergi CH, tetap juga tak berani nak drive sendiri ke Ladang Teh Sg. Palas tu uols, apatah lagi hendak ke Mossy Forest yang sangat mencabar tu. Jadi pilihan yang terbaik adalah untuk ambil ground tour sahaja. Rupanya banyak je tour operator yang terdapat di CH. Pakej serta harga yang ditawarkan pula bergantung kepada jenis tour yang kita mahu. Alhamdulillah, finally hajat tercapai juga. Hehehe.. 


Seperti biasa, Nufa akan guna exit Simpang Pulai untuk ke CH. Nufa pernah tulis tentang route ini di Cuti-Cuti Cameron Highlands. Cuma kali ini Nufa memilih RnR Tapah sebagai tempat untuk mengalas perut sebelum naik ke CH. Dari exit Simpang Pulai, kita perlu memandu lebih kurang satu jam lagi sebelum sampai ke Brinchang.  Sebab tu kalau boleh sebelum mula mendaki ke CH, ada baiknye anda makan dulu dan top up minyak siap2 di bawah. Maknanye di sini, kalau anda datang dari arah Kuala Lumpur dan exit ikut Simpang Pulai, anda perlu memandu selama 4 jam. Tetapi sekiranya mengambil laluan Tapah, masa yang diperlukan cuma 3 jam sahaja. 



Roti bakar @ RnR Tapah


Terpulang lah nak ikut mana. Jangan ikut Nufa sudah.. Ehh?? 😆


Mossy Forest ni sebenarnye agak terkenal di kalangan hikers.  Dikatakan antara trail yang agak mencabar dan cantik terdapat di Malaysia. Nufa bukan hikers tau, iols geli pacat you! 🙅Tapi oleh kerana view Mossy Forest yang cantik kebabom macam dalam movie Lord of the Rings tu, gigih juga la Nufa mencari tour operator yang berkenaan. Tapi dah tentu la tak dapat betul2 jejak trail yang hikers selalu guna tu kan. Tak kisah -Kalau nak harap pergi sendiri memang tak sampai lah. 


Sebabnye laluan untuk ke Mossy Forest sangat mencabar ye adik-adik. Ia adalah laluan yang sama untuk ke Ladang Teh Sg. Palas. Laluannye sempit, berlopak-lopak serta curam. Kalau anda sanggup ambil risiko, dipersilakan. Nufa lihat banyak kereta tersangkut semasa sedang mendaki ke puncak Mossy Forest disebabkan pemandu yang kurang mahir dengan laluan begitu.  Paling baik untuk ke sini adalah dengan menaiki motorsikal sebenarnye. Tapi kalau datang dengan family besar macamana pula? Tour yang Nufa ambil ni menggunakan Jeep Wrangler untuk ke sana. Dan bayaran yang dikenakan adalah RM50 per person. Pada pendapat Nufa dah cukup bagus sebab mereka bawa juga kita ke  beberapa attraction places yang lain. Namun begitu kami skip banyak tempat juga sebab fokus hanya pada Mossy Forest & Ladang Teh Sg. Palas. So dapat lah luang lebih masa  di kedua-dua tempat ini. 


Sebelum sampai ke Mossy Forest kita akan jumpa dengan ladang teh dulu. View masa ni pun dah cantik weh!









Nampak tak macamana laluan nak ke sana. Nanges la kalau gegirl yang kena drive sendiri. Huhuhu.. 



Dari pintu masuk anda perlu mendaki anak tangga  yang agak curam sebelum melalui beberapa titian bersambung dan  anak tangga yang membawa anda ke permulaan trail. Jadi nasihat Nufa sila lah pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Cuaca kat dalam Mossy Forest tu pun sejuk dan berangin. Terdapat satu menara tinjau di situ, tapi Nufa tak  berani naik sebab kurang konfiden. Mana lah nak konfidennye, kena tiup angin aje besi-besi kat menara tu dah bergegar & berbunyi. Adehh.. seram la pulak 😨


Tapi enjoy la kat dalam tu sebab kita dapat lihat hutan & pokok berlumut di depan mata. Kalau bernasib baik dan datang pada musim yang tepat, anda mungkin berpeluang melihat Bunga Rafflesia. 


Jom tengok gambar.. 














Belakang tu adalah menara tinjau





Next destination adalah Ladang Teh Sg Palas. Mengada nak datang sini disebabkan drama Ombak Rindu tu la. Padahal lebih kurang aje dengan Ladang Teh Bharat Plantation tu khennn.. 😝Tapi dengar cerita sekarang ini kalau ke Bharat Teh Plantation pun sudah ada entrance fees. Ermmm.. bertabah la wahai rakyat Malaysia.


Dan sekali lagi kita kena berjalan jauh ye. Kenderaan dinasihatkan untuk parking di bawah sahaja. Parking area di bahagian atas sangat kecil dan limited. Bayangkan kalau bas sekolah pun berderet kat atas tu mahu peluh jantan semua keluar masa nak reverse kereta uols. Hahaha..

















Dah sampai sini kenalah cuba set minuman teh & dessert cheese cake yang pelbagai flavor. Chicken pie pun sedap juga tau. Harga pula standard tempat pelancongan la, tapi rasanya berbaloi kalau beli. Nufa borong berkotak-kotak teh di sini sebab Nufa adalah penggemar teh. Ada tu memang susah nak jumpa di luar.


Ok nak bagi tau ni, Cameron Highlands di hujung minggu atau public holidays memang sentiasa penuh dan jem. Dekat sini pun sama, jadi jangan pelik kalau terpaksa beratur panjang semasa membeli makanan atau untuk ke toilet. Kadang tu terpaksa menunggu dan take turn untuk makan. Cafe yang mereka sediakan memang luas tapi tidak mampu menampung kapisiti pelancong yang ramai. Bila dah macam ni, bertimbang rasa sket lah ye. Kalau urusan anda sudah selesai, berilah ruang pada orang lain pula. Takkan itu pun nak diajar, ye tak? 😊


Selain dua tempat ni, Lavender Garden pun worth it juga untuk pergi. Dah banyak perubahan di situ kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnye. Selain bergambar dengan pelbagai jenis bunga di sana, boleh juga cuba scone dan ice cream strawberry. Nyummeh! 











Nufa selalunye bercuti dengan Ibu, jadi itinerary perjalanan tu kena santai-santai aje. Sebab tu kalau Nufa repeat destinasi yang sama, Nufa akan skip tempat yang kami pernah pergi kecuali kalau tempat tu best sesangat, kita akan pergi lah lagi. Hahahaha.. 


Destinasi terakhir sebelum pulang ke KL adalah Kellie Castle. Selama ini Nufa tak tau pun lokasi Istana Kellie cuma setengah jam pemanduan saja dari exit Simpang Pulai. Dari tol Simpang Pulai anda hanya perlu belok ke sebelah kiri untuk ke Kellie Castle. Ya ampun.. dekat sangat dah tu kan. Jom lah singgah sekejap.






Istana buat isteri tercinta. Gittew!















Lokasi Kellie Castle ini boleh dilihat dari tepi jalan aje uols dan ada bayaran untuk masuk ke sini. Kalau tak silap dalam RM10-15 macam tu. Untuk dapatkan harga ini kita kena tunjukkan MyKad semasa membeli tiket. Nufa sampai ke sini sudah agak tengahari jadi memandangkan cuaca pun semakin terik kami takde lah explore ke setiap tingkat. Sebenarnye takut pun ye jugak.. hahahaha!! Ye lah, macam2 kisah mistik diceritakan ada kat sini. Pulak tu kami boleh tersesat juga sebelum sampai ke sini walaupun katanye 7km saja dari tol Simpang Pulai. Huuu.. dasar penakut. Lolz!


Di sini turut disediakan gerai makan dan khidmat mengambil gambar. Jangan tak tau, dalam mistik Kellie Castle ni pun ada juga pasangan pengantin yang tidak kisah mengabadikan gambar perkahwinan mereka berlatar belakangkan Istana Kellie. Apa macam, ada berani? 


Antara tour operator yang terdapat di CH:-

TJ Nur Cameron Highlands
Transport Cameron


Daaaaa..





Comments

Popular posts from this blog

JOM MELAKA!! ~ Percutian 3D2N

Uolss, kenal tak dengan red building ni? kalau tak kenal memang durhaka la namanye tu! Seperti yang dijanjikan, entry kali ni Nufa akan share pengalaman bercuti di Bandar Hilir, Melaka. Sekitar Bandar Hilir ni banyak sangat tempat menarik. Tapi Nufa tak jejak semua tempat pun sebabnya Bandar Hilir ni panas yee.. Iols kan fefeeling puteri lilin. Bila cuaca semakin panas terus menapak balik ke hotel. Kuikuikui!! Ok, dekat bawah ni Nufa senaraikan antara tempat menarik yang sempat Nufa pergi. 1. Melaka River Cruise Akhirnya, dapat jugak naik cruise Sabar itu penting Row row row the boat - hiks! Plan asalnya adalah untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Tiket kami dah beli awal-awal sebab nak mengelakkan que yang panjang. Tapi sudahnya naik cruise ni pada waktu petang sebelum Maghrib. Takpe la, dapat juga menikmati panorama waktu malam sewaktu cruise membuat pusingan terakhir. Pemandangan waktu malam di sepanjang

KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Part 1

Selamat Tahun Baru 2015! Wah, dah masuk tahun baru rupanya. Pejam celik je kan? Walaupun Januari dah masuk separuh bulan, Nufa tetap terasa seolah berada di bulan December 2014. Sebabnya Nufa masih lagi merindui Sabah yang osem ittew. Poyo - ahahahaha... Ok sebenarnya Nufa nak bercerita pasal percutian ke Sabah pada bulan December yang lepas. Entry ini sepatutnya dibuat awal tetapi oleh kerana kengkangan masa, maka lewat sedikit la jadinya. Bukannya senang jadi part time student ni uols. Kena tunggu habis segala assignment, presentation + mak nenek exam baru tenang nak menulis. Kena juga pastikan segala kerja dekat office selesai baru boleh membebel sesambil recall balik apa info penting untuk dimuatkan dalam setiap entry.  Sebelum tu Nufa nak bagi tau, percutian kali ni lebih tertumpu kepada daerah yang bernama KUNDASANG. Walaupun begitu, kami sempat juga la bermalam 1 hari di Kota Kinabalu. Apa nak buat, tiket promo punya pasal - flight malam pun kami redah. So here w

KUNDASANG & KOTA KINABALU #SABAH YANG OSEM! ~ Final Part

Dalam entry kali ni Nufa akan kongsikan antara tempat-tempat yang sempat kami lawati selama 4 Hari 3 Malam di Sabah. Entry ini juga merupakan final part percutian kami. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Sabah, 4 hari tu tak sempat nak cover semua pun. Mana yang sempat kami singgah akan dikongsikan dalam entry ini ye. Oleh kerana percutian kali ini menggunakan khidmat Agent di sana, apa yang diperlukan adalah senarai tempat yang kami ingin pergi sahaja. Masa pula fleksibel & tidak fix sangat dengan aturcara yang kita dah rangka sendiri. Boleh la dikatakan trip ini ala2 Free & Easy camtu. Rumah terbalik ni kami singgah semasa dalam perjalanan ke Kundasang. Ada di antara blogger yang mengatakan tak rugi kalau tak pergi pun. Tapi mek da terbang beribu batu nak ke Sabah ni uols - harus la nak jejak juga kan. So kami pun decide untuk tengok apa yang menariknya kat rumah terbalik ni. Semuanya pun terbalik. Dari  susunan perabotnya,